Thursday, April 26, 2012

Terima Kasih Allah

Tak ada kata yang mampu aku luah selain dari 'SYUKUR ALHAMDULILLAH'... Sesungguhnya kemaafan itu sangat penting bagi mereka yang memohon. Mohon pada Allah ,pastinya akan diampunkan kerana Allah maha pengampun. Tetapi.. Memohon keampunan dari sesama manusia,kadang-kala hanya mengecewakan. Hati manusia kadang-kala terlalu keras. Dan kadang-kala hati manusia itu terlalu lembut.

Tuhan.. aku memang manusia biasa yang tak mampu melawan semua kehendakMu,tetapi aku perlu usaha untuk dapatkan apa yang sepatutnya. Terima kasih YaAllah kerana kau telah membuka pintu hatinya untuk memaafkan aku. Walaupu penantian itu satu penyeksaan,aku rela... Hari ini semua penyeksaan itu aku rasakan terkurang dengan kata-kata dia. Engkau memang Maha Kuasa.

"Hati yang menyayangi tak akan lelah untuk bertahan, tak akan menyerah untuk berjuang, krn ia yakin adanya kebahagiaan bersama orang yang dia sayang."

Terima Kasih Allah.. Hati tidak akan pernah menipu.. Itu yang selalu buat aku yakin.. <3

Friday, April 20, 2012

Jatuh Cinta

Orang pernah kata aku ni punya jiwa yang JIWANG.... Apa itu jiwang ? Jiwa yang nangis-nangis kot..
Pernah juga orang kata jiwa aku ni jiwa tisu. Jiwa yang lebih lembut dari jiwang. sentuh sikit je koyak.. Suka-suki je kan ?
Tapi minggu ini aku dah buktikan aku bukan yang seperti mereka katakan !

Tidak sama sekali ...

Bila minggu lepas aku mula menonton VERSUS di TV9 aku mula sedar..
"Oh ! rock juga jiwa aku ni "

Aku rasa rancangan versus ni satu-satunya rancangan yang sangat bagus untuk industri muzik Malaysia dan juga untuk golongan-golongan band muda. Seolah-olah mengembalikan zaman kegemilangan SEARCH, WINGS, MAY, LEFTHANDED dan banyak lagi lah. Ditambah pula dengan adanya battle. Memang terbaik .
HUJAN, 6IXTH SENSE, BLACK&PARALLAX, GO GERILA & SOFAZR
Nama-nama yang agak besar dalam industri muzik Malaysia dan juga semuanya masih muda. Kerja mereka sangat-sangat hebat dalam bidang muzik. Tapi dalam lima-lima group ni,aku hanya suka pada 6IXTH SENSE. Ini yang betul-betul aku suka. Yang lain pun suka,tapi 6ixth sense lebih sikit. hehe

Tanpa aku sedar, sebenarnya aku telah jatuh cinta dengan rancangan VERSUS ni.. Dan aku punya jiwa yang ROCK ! Yeah !!!


Sunday, April 15, 2012

HIJABISTA stylo&sopan

Salam semua.. Rasanya nak update pendek je arini sebab badan letih sangat. Apa yang aku nak update pasal satu benda yang aku tunggu. Bukan pasal boyfren ! bukan pasal duit.. Tapi pasal satu magazine. Mesti korang kerut dahi kan bila aku sebut pasal magazine? Tak yah nak kerut dahi sangat la yunk oii..
Korang mesti pernah dengar and maybe tak pernah dengar pasal magazine HIJABISTA. Mana yang dah dengar tu baguslah... Yang tak pernah dengar tu korang baca ni sampai habis tau. Magazine ni keseluruhannya berkisar tentang HIJABISTA.. Korang tahu tak HIJABISTA tu apa? HIJAB+FASHIONISTA = HIJABISTA

Kalau korang nak tahu lagi apa yang ada dalam magazine ni,korang HARUS beli. Tapi kalau korang cari-cari tak jumpa jangan gabra. Kalau tak silap,17hb April ni baru betul-betul ada kat pasaran. Tapi di tempat aku dah ada. Tadi nampak terus beli. Banyak sangat info tentang fashion,hijab dan macam-macam lagi lah.
Amacam ?? Pergilah geledah kedai buku cepat-cepat okey.. Oh ya ! Korang jangan lupa like fanpage HIJABISTA tau untuk dapatkan lebih info dan update about HIJABISTA..

Wednesday, April 11, 2012

Aku Ajar,Aku Selalu Dan Aku Harap

Aku ajar mereka untuk hidup
Aku ajar mereka untuk hentikan air mata
Aku selalu cakap dengan mereka apa pun yang jadi.. hidup perlu diteruskan
Tapi....
Aku sendiri tak boleh lakukan !

Aku selalu lemah sendiri
Aku selalu menangis sendiri
Aku selalu mahu berhenti dari terus hidup
Sebab aku bukan yang kuat..
Aku bukan yang hebat !

Hentilah dari terus lihat aku ketawa kerana itu mungkin bukan aku. Dalam keadaan aku mengingati orang-orang yang aku rindu dan sayang,aku hanya berpura-pura !

Aku ketawa hanya untuk mereka lihat aku kuat...
Hakikatnya aku adalah manusia yang hanya tersungkur lalu rebah.

Pernah mereka nampak?

Biar mereka buta dari lihat semua ini agar mereka senang hati. Agar mereka akan fikir aku sangat kuat !

Tak ada apa lagi yang boleh bangkitkan aku kecuali kekuatan dari yang maha Esa... Harap Dia akan terus memandang aku agar aku tidak sesat dengan kelemahan ini..



Monday, April 09, 2012

Dia GILA

Bila dengan dia aku rasa selesa...Bila dengan dia aku rasa macam dijaga walaupun kadang-kadang aku yang menjaga. Bila dengan dia aku jadi gila...ketawa tak semena-mena..Bila dengan dia aku rasa macam dunia milik kami bersama.
Seronok bila dengan dia...

Dia comel, dia garang, dia matang, dia selalu buat aku marah, dia hitam, dia pendek tapi badan taf,dia kuat lari.. Dia susah nak senyum ! Bengis je. Bajet MACHO la tu. Tapi aku tak takut pun. Banyak orang cakap dia sombong,tapi dia tak macam tu. Dia baik.. Dia selalu ada masa aku dalam lelah mencari udara. Bila aku sedih, bila aku buntu dan bila aku nak lepaskan marah. 

Aku selalu cakap dengan dia..
aku tak cintakan dia..
aku taknak dia..
aku tak rindu dia..
aku taknak persahabatan yang jadi cinta akan berubah jadi dusta.
Aku tak nak !!!

Kalau aku bercinta dengan dia, mesti macam orang gila.. Aku kekanan dia kekiri. Aku minat bola tapi dia tak. Dia seorang pejuang negara,tapi aku entah apa-apa hala. Aku seorang kakak,dia pula adik. Tapi dia nampak lagi tua dari aku. Kenyataan...

Dah dekat sepuluh-bulan aku tak jumpa dia. Message,call,facebook langsung tak ada. Dia selalu merajuk dengan aku. Aku selalu buat dia. Dia pun sama. Aku ingat nak lupakan saja dia pastu nak delete dia dari frenlist,tapi dia macam boleh rasa bila semalam dia message aku. Gila lah ! Dia tak berubah pun.. tetap poyo macam dulu.

Cuma satu benda yang aku suka sangat tentang dia. Kesabaran dia menunggu aku selama dua-tahun. Walaupun dalam waktu tu dia dah berapa kali tukar girlfren,aku tak kesah pun. Hak dia kan? Bila dia ada girlfren,aku jadi kekasih gelap dia. Bila aku ada boyfren,dia jadi kekasih gelap aku.

Sebenarnya aku rindu dengan kau budak HITAM yang POYO,yang BAJET HENSEM.. hurm,,,

Friday, April 06, 2012

Kalau Abah Ada Hari Ini

Andai hari ini arwah abah masih bernafas dan bernyawa diatas bumi,genaplah lima-puluh-lima tahun umur dia. Banyak benda yang dia rancang pada usia ini sebelum nafasnya terhenti. Aku adalah salah seorang anak dan saksi perancangannya.

Macam mimpi....
Bila hari ini tahun kedua abah dah ada untuk menyambut ulangtahun dia. Walaupun bukan setiap tahun aku sambut dengan dia,tapi terasa sangat berbeza bila dia dah tak ada..

Allah itu maha adil...
Ambil abah walaupun saat kami belum bersedia..
Tapi Allah ambil saat kami mampu untuk hadapi semuanya.

Semoga tarikh 06.APRIL ini akan aku ingat sampai bila-bila.
Aku dah tak boleh nak bagi abah hadiah..
Aku dah tak boleh nak belikan abah kek..
Aku dah tak boleh nak buat abah sedih dalam gembira..

Apa yang aku boleh lakukan..
Hadiahkan abah surah Yassin agar dia tenang disana..
Bacaan surah Al-Fatihah selepas solat dan...
Doa untuk dia sebagai seorang anak yang selalu merindui dia.

Semoga aku mampu untuk melalui hari-hari akan datang tanpa abah dan emak seperti sebelum ini.. Tanpa aku sedar,mereka banyak meninggalkan kekuatan pada aku dan aku juga tak pernah sangka kalau aku sekuat ini. Mudah-mudahan kekuatan ini akan kekal sampai berakhirnya denyutan nadi ini.. Semoga Abah dan Emak berada dikalangan orang-orang yang soleh dan solehah.. Amin..

Thursday, April 05, 2012

Caci Maki

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa kosong kosong

Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar !!

Bila orang mula menghina dan mencaci aku,aku diam.. Diam aku bukan sebab aku takut atau memang apa yang dicaci maki itu benar.
TIDAK !!

Tapi aku selalu ingat kata-kata "BERANI KERANA BENAR,TAKUT KERANA SALAH". Buat apa aku nak maki hamun mereka sebabnya bila aku lakukan itu,tidak akan ada bezanya aku dengan mereka. Kata-kata cacian sememangnya sakit dan pahit untuk ditelan. Tetapi yang pahit itulah ubat yang akan menyembuhkan satu hari nanti. Jangan pernah takut untuk menelan KEPAHITAN.

Hari ini.. Kau yang bernama pencaci itu mula berbaik dengan aku. Perlu ke? Nasib kau agak baik bila yang kau caci itu aku kerana aku bukanlah seorang yang akan membenci sampai mati. Tapi kau harus ingat,apa yang kau tinggalkan pada hati aku belum lagi hilang. Dan aku bukan lagi orang yang dulu. Aku berbeza..

Esok..tolong pergi dari hidup aku. Semak.. Aku tak suka nak tengok muka orang yang dah sembur aku dengan air longkang sampai semua orang boleh bau busuk itu dan tinggalkan aku. Kau jahat !

Aku taknak dengar lagi kau cakap
"Saya rindu awak.."
"Saya rindu kenangan kita"
"Rindu nak dengar lagu dengan awk"
dan macam-macam lagi.. Aku nak muntah !

Kalau kau pernah anggap aku kawan,kau takkan pernah mencaci aku sampai semua kau babitkan.
Pergilah cari manusia yang sempurna kalau ada.. Mungkin kau tak perlu nak caci maki dia.. Sebelum menghina orang..ingatlah kau bukan terus mati tapi kau akan hidup lagi dan berhadapan dengan orang lagi.Bila-bila masa orang lain juga akan hina kau. 

Tuesday, April 03, 2012

Akhirnya... T,T

Aku yakin pada takdir yang mana kadang-kala berselang dengan kebetulan. Mula dari hari pertama dia pergi tiggalkan hubungan yang tak pasti ini,aku sentiasa mendoakan dia. Walau apapun keadaan dia.. walau dimana dia berada dan walau apa yang dia rasa pada aku. Aku juga selalu berdoa pada Allah tunjukkan aku jalan atas semua penantian kosong ini.

Kebelakangan ini aku seakan rasa aku harus hentikan apa yang aku buat selama lima bulan ini. Cuma aku tak dapat benar petunjuk untuk lakukan.
Bukan aku penat...
Bukan aku letih..
Tapi aku rasa,masanya dah tiba untuk aku lakukan sesuatu.

Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk aku. Allah seolah-olah ingin menunjukkan aku jawapan atas semua soalan hati aku. Hari ini masuk hari ketiga aku dapat petunjuk. Dan hari ini jugak aku semakin pasti dengan petunjuk Allah. Lepas solat maghrib tadi,satu lagi petujuk yang Allah bagi. Baru aku tahu dia sangat bahagia sekarang..

Hari-hari dia ada DIA
Hari-hari aku sepi tanpa DIA

Apa yang pasti dia sedang bahagia.. Aku perlu jauh dari semua ini.
SEMOGA KAMU AKAN TERUS BAHAGIA DENGAN DIA SAMPAI BILA-BILA.JANGAN GADUH-GADUH LAGI SAMPAI KAMU JADI BUNTU SEBAB LEPAS INI SAYA DAH TAK BOLEH DENGAR CERITA KAMU. KAMU LELAKI YANG BAIK,PASTI AKAN ADA WANITA YANG BAIK UNTUK KAMU.. INSYAALLAH ...

Aku semakin pasti untuk tinggalkan penantian terhadap kamu NZ.. Selamat tinggal semua cerita yang pernah kita cipta walau masanya hanya seketika..
"Lepaskan orang yang kita sayang kerana jika dia kembali,dia akan jadi milik kita sampai bila-bila"

Sunday, April 01, 2012

Hati Aku

Kadang hati kata 'berhenti'. Kadang hati kata 'teruskan'. Kadang juga hati kata 'sabar' dalam buat sesuatu atau menunggu sesuatu. Tapi hati aku selalu bertanya 'sampai bila' ? Sampai sekarang tak ada jawapan..................
Aku diam melihat langit hitam berhias bintang yang indah. Kenapa kehidupan aku tak seindah bintang dilangit? Desas hati.... Tapi akal menerpa dan kata,kehidupan seperti bintang itu hanya indahnya pada waktu malam.Dan tenggelam lenyap disiang hari. Kenyataannya keindahan itu tidak lama.

Hati kita susah nak duga.Kadang kekanan,kadang kekiri,langsung tak tetap. Nak gambarkan pada semua orang pun susah.Nanti orang pening...Hati dicipta untuk kita rasa sesuatu yang datang secara lembut dan diam.Kadang ianya benar,kadang salah tekaan hati.Gerak nak yang ini,tapi hati nak yang itu.susahnya....

Hati kuat,
Semua boleh hadapi.
Hati lemah,
Lemah kaki untuk hadapi..
Jawapnya airmata lah yang jadi teman sejati..

Hati dan cinta ibarat dua ikatan yang tak boleh usai.Tanpa hati kita tak mungkin boleh rasa cinta. Tanpa cinta,kita juga tidak akan pernah kenal kekuatan hati sendiri.
Bila cinta tak ada...hati tetap ada.Tak pernah nak pergi kemana-mana sebab tempat dia memang disitu. Hati tak pernah tinggalkan cinta,tapi cinta...bila dah berubah dia pasti akan tinggalkan hati. Ada sesuatu yang buat aku kuat dan tabah bersama dengan hati.

Dugaan....

Hati aku hancur,remuk,berderai,berdarah,menanah kerana dugaan. Lagi hebat kerana cacian.
Tapi sebab aku hanya punya satu hati yang tak mungkin boleh ganti dengan apapun,jadinya aku cekal dalam menjaganya.Cekal juga aku dalam menanti seseorang. Teruk macam mana pun rupa hati aku,biar aku saja yang tahu...
Cukup.... Hanya aku..
Copyright©2011-2012.All Right Reserve By ✿CherytaJejaryBisu✿