Monday, February 27, 2012

Bertukar !!

Sehari aku duduk depan lappy sebab benda ni
makan jam tiga petang
langsung tak sarapan..

Aku tak rancang pun nak tukar apa-apa dalam blog ni. Tapi bila aku dah mula kemaruk dan pandai buat sikitsikit,mula lah...

Aku tukar lagi header blog
aku buang facebook badge
aku buang twitter badge
aku gantikan dengan hasil tangan aku.
Nampak awesome ...

Batal semua kerja dan temujanji
seolah-olah aku dah berjanji dengan blog pula
padahal mana ada..
Kebetulan saja agaknya..

Aku nak orang enjoy bila masuk blog aku
tak semak dengan blog aku
aku nak blog aku kemas
tak serabut
dan
nampak awesome..
Yang penting aku tekankan vintage modern style...

Itu harapan tinggi aku
ada lagi satu
harapan yang amat-amat tinggi
aku nak rehat..
jumpa lagi nanti...

Thursday, February 23, 2012

Cinta Tak Terlihat

Kenapa kita menutup mata ketika tidur?, ketika kita menangis?, dan ketika kita membayangkan?

Itu kerana hal terindah di dunia ini TIDAK TERLIHAT...

Ketika kita dipertemukan seseorang yang keunikannya sepadan dengan kita. Kita bersatu dengannya dan jatuh kedalam suatu keanehan yang dinamakan CINTA

Ada perkara yang tidak ingin kita lepaskan. Orang-orang yang tidak ingin kita tinggalkan.
Tapi ingatlah, melepaskan bukan berakhir di dunia, malah permulaan suatu kehidupan yang baru.

Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis, mereka yang disakiti, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba.

Kerana MEREKALAH yang mampu menghargai begitu pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka.

Cinta yang AGUNG adalah ketika kita menitiskan air mata dan masih peduli terhadapnya.

Sedangkan ketika dia tidak mempedulikan kita dan kita masih menunggunya dengan setia.

Malah ketika dia mula mencintai orang lain dan kita masih mampu tersenyum sambil berkata di dalam hati,
"Aku turut berbahagia Untukmu"

Apabila cinta tak berhasil
BEBASKANLAH dirimu, biarkan hatimu kembali melebarkan sayapnya dan terbang ke alam bebas kembali.

Ingatlah, bahawa kita mungkin dipertemukan cinta dan kehilangannya.
Tapi ketika cinta itu mati, kita tidak perlu turut mati bersamanya...


Friday, February 17, 2012

This is ME !!


Saja buat dekat FB. Tapi sangat-sangat benar kenyataan diatas.*tutup mata*
Ada sesetengah yang aku boleh terima sebab betul.Tapi yang awal tu memang aku susah nak terima dan aku tak tahu lah samada betul ada atau tak.
Punya daya tarikan kepada sesiapa sahaja...OMG !! ade ke? setahu aku daya penolak ada lah kat aku ni?*Gelak*
Realistik... Yakin... Yang dua ni pun buat aku keliru pening bagai Ezlyn dengan Dato M.Daud Kilau. Realistik tu aku tak berapa nak faham lah, tapi yakin tu,kadang-kadang ada...kadang-kadang tak ada yakin langsung..

Sikap panas baran,,YES ! Aku mengaku 101%. Aku memang seorang yang panas baran. Tapi baik hati. *tangan di dada mata keatas*
Yang lain tu memang betul lah. Dan yang paling aku suka 'anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini'. Bangga beb ! *kembang hidung*

Aku pun tak tahu lah macam mana benda ni boleh tafsir sehebat ini ataupun semuanya mungkin kebetulan. Apa-apa pun,setiap manusia yang dilahirkan,pasti punya sifat,kelebihan dan kekurangan tersendiri.Nama pun manusia.Tiada siapa yang sempurna..

Monday, February 13, 2012

Tuhan.. Bawa Dia Dan Jaga Dia Untuk aku

Tuhan....
Dekat mana pun kau temukan aku dengan dia aku tetap bersyukur. Dalam mimpi pun aku bersyukur. Sekurang-kurangnya aku dapat tengok dia.
Aku dapat sentuh dia.
Aku dapat rasa dia dekat aku.
Aku dapat tengok senyum dia depan aku
dan aku dapat tahu dia sudi datang jumpa aku,

Bila pun kau ambil dia dari mimpi aku, aku akan izinkan.. Walaupun dia datang cuma sesaat,kau ambil lah dia semula sebab kau yang bawa dia datang. Aku dah cukup seronok.
Aku tahu aku mungkin tak mampu untuk berjumpa dia dialam yang nyata ,
jadi aku bersyukur jika pertemuan aku hanya dalam sebuah mimpi usang .
Walau mimpi aku bisu dari bahasa
itu tak apa....
Aku suka
sebab kalau dia bersuara,mungkin hanya akan meluka...

Tuhan... Nanti kalau kau izin lagi,
tolong bawa dia sekali lagi untuk aku
Aku sentisa
RINDU
pada dia.... Aku tak malu.. Memang tak malu !
Aku tak peduli kalau orang kata aku gila,
Aku memang GILA !

Tuhan...
Tolong jagakan dia untuk aku
Jaga hati dia untuk aku agar hati dia tak lagi benci..
Jaga juga hati dia supaya yang luka itu akan hilang sampai bila-bila.
Dia baik..dia jujur..dia tak layak untuk diluka...
TOLONG TUHAN....
Jagakan dia utuk aku dan bawakan lagi dia nanti untuk aku...

Nota Kaki : Malam tadi mimpi NZ. Dia datang segak dan lengkap beruniform. Tapi tak ada satu kata pun dari dia... Beul ke orang kata kalau kita mimpi kan seseorang,maknanya orang tu pun ingat kan kita ?

Thursday, February 09, 2012

Semalam..Dia..Aku




Semalam....aku nampak dia
Semalam...aku nampak dia menulis tentang rasa dia
Semalam...jantung aku macam nak gugur
Semalam....baru aku tahu dia sedang sedih
Semalam...baru aku tahu dia tak benci pada semua orang
Semalam....terbukti aku masih punya rasa yang sama pada dia

Aku tak tahu apa yang bermain dihati dan fikiran dia
Tapi..aku boleh baca mungkin dia sedang sedih
Aku cuba untuk tahu dari dia sendiri
Tapi...aku bukan siapa-siapa
Sudahnya....aku hanya diam disitu tanpa ada satu kata

Andai ada izin..
Mahu saja aku selam dalam-dalam hati dia
Biar aku tahu jawab dia sebenarnya
Tapi aku.....
Aku tak boleh !
Aku bodoh !
Aku lemah !
Aku siapa pada dia untuk buat semua ini?
Masih ada ruang untuk aku ?

Apapun...aku tak lelah untuk tunggu keadaan seterusnya
aku mahu dia tahu aku bukan semua orang yang berputus-asa
aku tetap aku
yang akan tunggu dia sampai bila-bila

Cuma pesan aku...
Andai perlu aku,
Cukup dengan memanggil
Aku pasti datang ...


Wednesday, February 01, 2012

Aku,Dia & FB


Tengok tv9 terlayan pulak cerita melayu yang tajuknya 'Aku,Dia & FB'. Tajuk dia yang interesting tu buat aku nak tengok sangat sampai habis.Tapi tak jangka pulak cerita nya memang masuk la. Aku pun tepacak depan tv tak berganjak.
Situasi macam tu aku sendiri pernah rasa .. Dah ada pasangan(couple) tapi masih mencari yang lain semata-mata untuk keserasian. FB lah tempatnya. Bila dah jumpa someone dalam FB tu,rasanya macam serasi lah sangat.Tapi sebenarnya kita lupa yang kita perlu lalui ketidakserasian tu kalau kita nak cerita hidup kita menarik.
Nama pun manusia mana pernah puas dengan apa yang dia ada,tapi tak salah kalau kita nak cari yang lebih baik kan ? Maksud aku bagi yang belum kahwin lah.Yang dah kahwin tu,better terima saja pasangan apa adanya.Masa bercinta boleh terima,takkan dah kahwin tak boleh kot. Tak aci lah macam ni kan?
Yang masalah lagi satu adalah si mangkuk Facebook !Kononnya nak bagi sesama manusia ni berhubung,tapi berhubung yang lain pulak. Aku bukan nak salahkan FB okey ! lempang sekali.. Aku tahu mesti ade yag bercakap dalam hati cam ni "alah ! tu semua masing-masing punya cara macam mana dia guna". kan? kan? kan? Aku tahu,aku belum habis taip lagi lah. FB ni bergantung pada kita yang guna . Kalau baik,baik lah jadinya..Macam tu juga sebaliknya. Macam-macam lah FB ni. Kadang-kadang aku sendiri pon tak faham.Hubungan yang baik boleh rosak hanya kerana FB. Dan yang best bila yang tak ada hubugan,tiba-tiba buat 'in relationship' pastu tak lama tag picture kad kahwin. Meriah !! Yang tu aku suka sangat-sangat.. Bina masjid melaui FB. Kan bagus macam tu. Ni nak jahanamkan hubungan orang lain. Pokok pangkal hati manusia tu sendiri.Hanya dia saja yang boleh control.
Bak kata Nabil "lu pikir lah sendiri"


Copyright©2011-2012.All Right Reserve By ✿CherytaJejaryBisu✿