Friday, March 30, 2012

Sakit

Dari siang aku menahan sakit yang jarang-jarang datang...

Sampai hari ni kerja cuma halfday. Memang tak tahan sangat !
Dari kepala sebelah kanan..
turun ke mata...
sekarang ni dah sampai ke geraham gigi kanan..

Sakit ....

Ubat dah makan. Nak kata rehat,memang aku tak sempat nak rehat sebab sampai je rumah aku terus kemas rumah sikit-sikit.Sekarang ni sambil menaip ayat-ayat untuk semua baca aku menahan sakit. Abang,adik dan kawan-kawan semua nasihat supaya tidur agar hilang sikit sakit ini. Tapi mata aku degil ! Dia tak nak tidur.. Mana boleh paksa..

Tak boleh nak fikir apa-apa sekarang. Apa yang ditaip hanya apa yang sepintas lalu kemudian hilang saja. Tak boleh diulang. Otak makin kosong.. Tak kan nak makan ubat lagi ? Nak bagi mati ?
Cepatlah pergi sakit. Aku tak tahan dah ni.. Kalau tak baik juga esok,aku perlu duduk diam dirumah.Tak dapat nak makan nasi minyak kawan.. sedih...

LOVE InTrend ♥

Bismillah ...
Asslamualaikum.. Kalau tak jawab dosa,jawab sayang. Hehehe
Penat dah sebenarnya meng-olah blog kesayangan aku ni. Tapi masih rasa ada yang kurang. Tak tahu lah apa dia benda yang kurang tu. Alah.. manusia memang macam ni. Tak pernah nak puas. Tapi ada satu benda yang buat aku rasa puas sangat-sangat.
Mungkin ada yang dah tahu aku ni seorang yang gilakan fashion. Bermakna aku akan habiskan seberapa banyak duit hanya untuk membeli segala sumber yang berkaitan dengan fashion. Selain internet,majalah juga memainkan pernanan yang sangat penting untuk mencari info. Banyak dah magazine dalam Malaysia ni berunsurkan fashion. Boleh dikatakan semua aku suka dan akan beli pada setiap keluaran. Salah satu dari magazine tu adalah InTrend. Kalau ada yang masih garu-garu kepala bila aku sebut InTrend ni,memang nak kena lah.. Tak kan tak tahu kot ? hehehe.. gurau je la .. mesti korang tahu kan ?

Eh ! lari topic dah ni. Apa yang aku nak cerita kat sini sebenarnya ialah .....

Nampak tak ? Haaa... itulah yang aku nak bagitahu. Niat nak sangat intrend terjah blog aku. Manalah tau kan dia boleh promote blog aku dekat magazine dia. Hehe .. gurau je la ..
Sebenarnya aku tak sangka pulak admin InTrend ni akan reply message aku. Korang nampak tak keterujaan aku kat situ. Siap bagi love-love lagi .. Seronok tak ingatlah walaupun cuma itu je yang dia reply. Thanks sangat-sangat admin InTrend yang baik hati.. Love InTrend

Kalau korang perasan dekat bawah sebelah kiri blog ni ada cover magazine untuk InTrend. Jadi kalau sapa-sapa yang belum sempat pergi kedai tengok keluaran dia,bolehlah tengok cover dulu kat blog aku ni ..
Kalau korang nak tahu yang lebih lanjut lagi pasal InTrend ni,boleh lah korang terjah fanpage InTrend kat SINI. Okeylah sebenarnya dalam tangan menaip entry ni,aku menahan sakit kepala yang amat sangat. Aku nak pergi berehat sekejap. Jangan lupa dapatkan Intrend edisi April 2012 .. Bye ..
Picture credit to InTrend Fanpage

Thursday, March 29, 2012

Lesung Pipit

"Amoi.. lu punya senyum manyak cantik maaa"
"Dik,cantik senyum awak"
"Muka u sangat fotogenik ley.. senyum u cantik"

Tiga dialog yang selalu aku dapat dari orang sekeliling. Tapi aku juga selalu fikir macam ni 

"Apa lah yang manisnya senyum aku ni ? Nampak gigi berterabur ada lah"

Itu ayat serius yang aku selalu fikir. Sebab pada aku tak ada yang istimewanya senyuman aku ni. Setiap kali ada yang menegur,aku pasti memikir . Aku sedar akan kewujudan sesuatu dikiri kanan bibir aku. Tapi aku tak fikir pun itu salah satu keistimewaan dan kecantikan. eh ?
Sampailah ada satu hari kawan aku tegur dan cakap

"beb..cantik lesung pipit kau"
"haa ?? apa yang cantiknya ?"
"cantiklah sebab bukan semua orang ada."
"yeke ?" *muka sengal*
"yela .. apa lah kau ni. Aku nak pun tak dapat tau. Jeles tengok lesung pipit kau"
"kau nak ke ?"
"errrr....."

Haaa... mula dari hari tu lah keja aku tengok lesung pipit je depan cermin. Pantang ada lapang. Kejap-kejap senyum sebab nak tengok lesung pipit. Tapi sampai sekarang ni aku masih confuse samada sebutan dia 'lesung pipit' atau 'lesung pipi' erk ? Tapi yang selalu aku dengar and aku sebut 'lesung pipit' la. Maka baru aku tahu apa maksud uncle,handsome boy and akak-akak yang selalu cakap senyum aku manis... hehe
Dalam famili memang aku sorang je yang ada lesung pipit ni. sangat special kan? Anak saudara and cousin-cousin aku pun tak ada benda ni. 

Tapi ada yang cemburu and kata orang yang ada lesung pipit ni 'cacat' !! Haaa ?? Amboiii .. sesedap mulut je cakap kan? Terima saja lah kenyataan anda tak ada macam kami.haha
Sekarang ni aku sangat sayang dengan aset utama ni. Aku gelar benda ni 'bodyguard' sebab duduknya dikiri kanan bibir aku... Setiap kali aku senyum,dia lah yang memain peranan penting.. 
Pada sesiapa yang ada lesung pipit ni,hargailah .. Maksudnya jangan lokek nak senyum. Dalam anda senyum,anda juga bersedekah. Dan bila kita senyum tak ada lah orang kata kita ni somong. Kan ???

Baru aku tahu maksud ketidaksempurnaan dan kelebihan seseorang. Pada sesiapa yang rasa dirinya sangat banyak kekurangan,kaji lah semula dan cuba cari kelebihan tu dimana. Sedangkan orang yang kurang dua tangan bole lebihkan dengan melukis menggunakan kaki,kenapa kita tak boleh cari sendiri dimana kelebihan dan kecantikan kita. Setiap yang Allah cipta punya kecantikan tersendiri. Bukan sekadar hanya pada kecantikan wajah dan tubuh badan,tapi lebih dari tu. Jika kita kecantikan kita itu letaknya pada hati,sesungguhnya itulah kecantikan yang teragung...

Saturday, March 24, 2012

Dia Ego.. Awak Emosi

Dia ego,taknak pujuk.
Awak emosi,merajuk serupa beruk. Teruk teruk.

Dia ego,dia taknak luahkan rasa.
Awak emosi,awak pikir dia tak punyai rasa. Haa,pergi melingkuplah dua dua..

Thursday, March 22, 2012

Kita... Sampai Bila ?

Hari ini aku sedar aku perlu hentikan semua ini. Dah banyak kali aku tulis disini tentang benda yang sama. Walaupun aku tak pernah letih,tapi semakin aku tunggu..semakin aku kecewa. Sampai bila semua ini nak begini ? Aku sendiri kat sini,dia ramai disana.. Aku sepi kat sini,dia gembira kat sana. Kami memang bukan ditakdir untuk bersatu. Hanya aku ...Tak pernah nak sedar akan semua ini..

Apa yang aku buat.. mungkin pada kau hanya kosong.
Tak ada apa..
Tak ada rasa..
Tapi pernah kau tahu apa yang aku buat semuanya datang dari hati yang paling dalam. Hati yang paling ikhlas.

Banyak dah yang aku lakukan untuk yakinkan pada kau bahawa aku bukan seperti yang kau sangka dan aku cuba untuk betulkan semua keadaan,tapi kau masih sama. Berfikir aku salah dan membenci aku.
Aku hantar mesej supaya kau faham apa yamg cuba aku sampaikan...
Aku bagi kau lagu yang boleh membayangkan perasaan aku...
Aku tulis setiap cerita tentang rasa aku pada kau...
Tapi....
Kau masih sama... Aku juga masih sama... Kita masih sama..
Kau masih sama dengan diam membisu serta benci yang banyak pada aku.
Aku juga tetap sama dengan perasaan yang tak pernah berubah terhadap kau..
Kita sama saja..
Degil...
Ego ...
Mungkin juga sama-sama menipu diri sendiri..

Apa yang aku mampu hari ini.. hanya lihat kau dari jauh. Biar kabur..asal aku boleh rasa kau ada. Selagi aku terdaya,aku akan tunggu walau aku tahu satu hari nanti andai Tuhan tak mahu izin kita bersama aku harus hentikan semua ini.. Aku boleh ucap sejuta kali untuk melupakan kau,tapi aku belum mampu lagi.. Maaf ... Aku sangat lemah.

Saturday, March 10, 2012

Aku Punya Hati Batu

Aku cuba bertahan dengan apa yang tongkatkan. Payah macam mana pun,aku mesti kena bertahan. Kenapa macam tu erk ? Sebab aku rasa aku yang mulakan. Hati yang desak. Aku dah terikut hanyut dan hampir lemas dengan kehendak hati. Bukan aku menyesal,tapi aku cuma letih. Mengharungi macam macam benda untuk sampai kepenghujungnya .
Bila ? Aku selalu tanya diri ... Jawabnya ... Entah ...

Menunggu kau yang diam macam tunggul kadang-kadang buat aku rasa macam nak menjerit sampai terkeluar anak tekak. Biar aku tak boleh jerit lagi dan terus diam. Tapi tak boleh macam tu sebab nanti aku dipanggil loser.

Terus tunggu walaupun hati agak goyah dengan dugaan. Cemuh maki orang semua aku dapat. Laju macam air dia datang, kuat hebat macam halilintar dia terpa. Banyak macam hadiah hari-jadi aku terima .Tapi aku bertahan.
Kau nak tahu kenapa? Sebab hati aku ! Hati aku macam dah terikat siap patri pada kau . Tapi kenapa kau tak nak faham ?

Aku pun satu juga.. dah tahu keadaan kau macam mana,masih nak tunggu. Rasa macam bodoh pun ada ! Ah... Lantaklah .. Persetan semua tu. Aku tunggu ada satu ruang untuk aku cakap pada kau yang kau tak boleh buat aku macam ni .Tapi boleh ke? Apa hak aku?

Hey ! Kau ! Aku tak ada begitu panjang dan banyak waktu untuk aku tagih jari jari ini menekan satu persatu abjad di mesin empat-segi milik aku ini, tapi aku cuba adakan waktu tu sebab kau. Aku nak mintak sekali je lagi kau faham hati aku yag batu ini. Bukan buat orang lain,tapi untuk kau dan untuk aku. Aku tak boleh janji bintang yang banyak dan laut yang biru untuk bagi jika kau faham aku...tapi aku janji kau tak akan pernah haus dan lapar dengan kasih sayang yang banyak aku simpan untuk kau... Biar aku jadi batu disini.. asal aku bole tunggu kau. Tolong akhiri penantian aku. :')


Wednesday, March 07, 2012

Aku Benci ! Aku Benci !

Semangat aku buka lappy sebab nak online.. Lupa semua kerja yang patut aku siapkan.. Maklumlah... nama pun  nak buka facebook,memang dah tak ingat apa kan ?

Bila tetikus menekan simbol Google Chrome, aku rasa semacam ..
Tunggu macam nak mati tapi page facebook langsung tak keluar .
Apa ni ?
Itu saja yang aku boleh sebut waktu tu.. Tak tahu dah nak kata apa...

Cuba pula pada mozilla .. Sama juga ! Bezanya Mozilla lebih baik dari Google Chrome.
Baik sebab boleh buka page.. Tapi ...................
Cuma header timeline saja...
Arghhh !
Lagi sakit kot hati aku ni. Tak guna betul la.

Dari pukul 8malam aku buka tutup line ni, lappy ni, tapi... tetap sama !
Sampai lah sekarang ni. Update blog sebab aku dah bosan ! Ini pun apa nasib lah boleh buka dashboard.

Siyes !! Benci giler aku dengan line ni...
Rasa macam nak telan je.
Benci lah ! Benci !!!


Monday, March 05, 2012

Lagi Rasa Buat Awak


Walau kita jauh.... walau kita diam... walau kita hilang...
Itu bukan alasan untuk kita lupa sesame kita.

Awak ada disini.. Dalam hati saya
Tak pernah saya lupa
Walau saya tahu awak memang tak akan ada.

Jauh... dan makin jauh jarak antara kita..
Namun pernah awak fikir sebenarnya cinta itu masih ada dalam diri saya..

Saya diam dari banyakya bicara kerana saya membina harapan
bahawa satu hari nanti saya akan berjumpa awak.... InsyaAllah...

Jangan cipta janji kalau untuk dimungkiri..
Jangan pernah datang kalau hanya untuk pergi nanti...

Biarkan saya disini
dengan ingatan..
Dengan harapan..
Dengan rindu..
Yang tak pernah habis untuk awak...

Andai ada rasa secuit pun dalam hati..
Itu pasti rindu saya pada awak..
Memang awak dah pergi
Tapi...
Pergi dari laluan mata ..
Bukan...
Dari laluan hati dan ruangan ingatan..

Jika mawar itu indah dan segar dipandag mata
Awak akan lbh indah dari mawar dan lebih segar ingatan saya pada awak dari segarnya mawar..

Jangan pernah tinggalkan semua ini
Kerana satu hari nanti awak akan tahu betapa saya ikhlas menanti.
Datang atau tidak,
Saya tidak pernah mempersoalkan kerana....
Saya akan redha dengan penghujung penantian ini...


Sunday, March 04, 2012

Airmata Dan Aku Berdosa

Mata kiri yang bergerak-gerak dari siang tadi akhirnya bagi aku jawapan malam ni. Aku dah boleh agak akan menangis,tapi sebab apa aku nak menangis aku tak tahu.

Sesak nafas bila banyak sangat keluarkan airmata.
Sumpah ....
Aku benci menangis !
Sebab buatkan aku susah nak berbafas dan letih..

Apa yang korang semua rasa bila bertengkar dengan adik beradik ?
sakit kan rasa tu?
Aku juga tengah sakit sekarang...
Menangis tak henti bila adik yang aku kenal mula memaki aku.
Ye..salah aku sebab marah dia.
Tapi semua ada sebab !

Dia tak boleh terima..
Dia Memang macam tu. Selalu buat aku marah..Langsung tak nak dengar.

Bila dah marah dia dengan puas.. aku ingat arwah abah..
Mesti dia sedih kalau tengok semua ni.
Maaf Abah..
Aku ingat aku kuat ! Marah dia dengan lantang sebab aku kakak. Bila abang aku balik dan cuba leraikan semua ni,aku masuk bilik dan...
dengan sendirinya airmata gugur !
Aku lemah rupanya !
Aku berdosa !
Ampunka aku !

Setan apa yang ada dikeliling aku sampai aku marah sebegini?
Aku istighfar dalam hati ..
tutup telinga supaya aku tak dengar semuanya..
Lepas beberapa minit..
aku berhenti beristighfar
aku buka telinga...
Alhamdulillah....
Hati aku sejuk..

Tapi airmata masih jatuh sebab ingatan masih pada arwah abah !
Ampunkan aku Ya Allah... Aku berdosa.. Aku hina sebab ikutkan amarah yang nyata perangai setan.
Ampunkan aku !
Copyright©2011-2012.All Right Reserve By ✿CherytaJejaryBisu✿