Thursday, March 22, 2012

Kita... Sampai Bila ?

Hari ini aku sedar aku perlu hentikan semua ini. Dah banyak kali aku tulis disini tentang benda yang sama. Walaupun aku tak pernah letih,tapi semakin aku tunggu..semakin aku kecewa. Sampai bila semua ini nak begini ? Aku sendiri kat sini,dia ramai disana.. Aku sepi kat sini,dia gembira kat sana. Kami memang bukan ditakdir untuk bersatu. Hanya aku ...Tak pernah nak sedar akan semua ini..

Apa yang aku buat.. mungkin pada kau hanya kosong.
Tak ada apa..
Tak ada rasa..
Tapi pernah kau tahu apa yang aku buat semuanya datang dari hati yang paling dalam. Hati yang paling ikhlas.

Banyak dah yang aku lakukan untuk yakinkan pada kau bahawa aku bukan seperti yang kau sangka dan aku cuba untuk betulkan semua keadaan,tapi kau masih sama. Berfikir aku salah dan membenci aku.
Aku hantar mesej supaya kau faham apa yamg cuba aku sampaikan...
Aku bagi kau lagu yang boleh membayangkan perasaan aku...
Aku tulis setiap cerita tentang rasa aku pada kau...
Tapi....
Kau masih sama... Aku juga masih sama... Kita masih sama..
Kau masih sama dengan diam membisu serta benci yang banyak pada aku.
Aku juga tetap sama dengan perasaan yang tak pernah berubah terhadap kau..
Kita sama saja..
Degil...
Ego ...
Mungkin juga sama-sama menipu diri sendiri..

Apa yang aku mampu hari ini.. hanya lihat kau dari jauh. Biar kabur..asal aku boleh rasa kau ada. Selagi aku terdaya,aku akan tunggu walau aku tahu satu hari nanti andai Tuhan tak mahu izin kita bersama aku harus hentikan semua ini.. Aku boleh ucap sejuta kali untuk melupakan kau,tapi aku belum mampu lagi.. Maaf ... Aku sangat lemah.

No comments:

Copyright©2011-2012.All Right Reserve By ✿CherytaJejaryBisu✿