Monday, April 09, 2012

Dia GILA

Bila dengan dia aku rasa selesa...Bila dengan dia aku rasa macam dijaga walaupun kadang-kadang aku yang menjaga. Bila dengan dia aku jadi gila...ketawa tak semena-mena..Bila dengan dia aku rasa macam dunia milik kami bersama.
Seronok bila dengan dia...

Dia comel, dia garang, dia matang, dia selalu buat aku marah, dia hitam, dia pendek tapi badan taf,dia kuat lari.. Dia susah nak senyum ! Bengis je. Bajet MACHO la tu. Tapi aku tak takut pun. Banyak orang cakap dia sombong,tapi dia tak macam tu. Dia baik.. Dia selalu ada masa aku dalam lelah mencari udara. Bila aku sedih, bila aku buntu dan bila aku nak lepaskan marah. 

Aku selalu cakap dengan dia..
aku tak cintakan dia..
aku taknak dia..
aku tak rindu dia..
aku taknak persahabatan yang jadi cinta akan berubah jadi dusta.
Aku tak nak !!!

Kalau aku bercinta dengan dia, mesti macam orang gila.. Aku kekanan dia kekiri. Aku minat bola tapi dia tak. Dia seorang pejuang negara,tapi aku entah apa-apa hala. Aku seorang kakak,dia pula adik. Tapi dia nampak lagi tua dari aku. Kenyataan...

Dah dekat sepuluh-bulan aku tak jumpa dia. Message,call,facebook langsung tak ada. Dia selalu merajuk dengan aku. Aku selalu buat dia. Dia pun sama. Aku ingat nak lupakan saja dia pastu nak delete dia dari frenlist,tapi dia macam boleh rasa bila semalam dia message aku. Gila lah ! Dia tak berubah pun.. tetap poyo macam dulu.

Cuma satu benda yang aku suka sangat tentang dia. Kesabaran dia menunggu aku selama dua-tahun. Walaupun dalam waktu tu dia dah berapa kali tukar girlfren,aku tak kesah pun. Hak dia kan? Bila dia ada girlfren,aku jadi kekasih gelap dia. Bila aku ada boyfren,dia jadi kekasih gelap aku.

Sebenarnya aku rindu dengan kau budak HITAM yang POYO,yang BAJET HENSEM.. hurm,,,

4 comments:

saya said...

cantik nyer akak :)

FaiezahNajieza said...

tq yunk .. bese je la :)

✿ miSs.FatieN Si buN² ✿ said...

aku pun rindu someone. walau tak penah luah perasaan. bila ta mesej, risau kemain .. hahaha .. sangat lucu!

FaiezahNajieza said...

fatin : rasa yang normal kan ? hehe
ayt best :)

Copyright©2011-2012.All Right Reserve By ✿CherytaJejaryBisu✿