Tuesday, April 03, 2012

Akhirnya... T,T

Aku yakin pada takdir yang mana kadang-kala berselang dengan kebetulan. Mula dari hari pertama dia pergi tiggalkan hubungan yang tak pasti ini,aku sentiasa mendoakan dia. Walau apapun keadaan dia.. walau dimana dia berada dan walau apa yang dia rasa pada aku. Aku juga selalu berdoa pada Allah tunjukkan aku jalan atas semua penantian kosong ini.

Kebelakangan ini aku seakan rasa aku harus hentikan apa yang aku buat selama lima bulan ini. Cuma aku tak dapat benar petunjuk untuk lakukan.
Bukan aku penat...
Bukan aku letih..
Tapi aku rasa,masanya dah tiba untuk aku lakukan sesuatu.

Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk aku. Allah seolah-olah ingin menunjukkan aku jawapan atas semua soalan hati aku. Hari ini masuk hari ketiga aku dapat petunjuk. Dan hari ini jugak aku semakin pasti dengan petunjuk Allah. Lepas solat maghrib tadi,satu lagi petujuk yang Allah bagi. Baru aku tahu dia sangat bahagia sekarang..

Hari-hari dia ada DIA
Hari-hari aku sepi tanpa DIA

Apa yang pasti dia sedang bahagia.. Aku perlu jauh dari semua ini.
SEMOGA KAMU AKAN TERUS BAHAGIA DENGAN DIA SAMPAI BILA-BILA.JANGAN GADUH-GADUH LAGI SAMPAI KAMU JADI BUNTU SEBAB LEPAS INI SAYA DAH TAK BOLEH DENGAR CERITA KAMU. KAMU LELAKI YANG BAIK,PASTI AKAN ADA WANITA YANG BAIK UNTUK KAMU.. INSYAALLAH ...

Aku semakin pasti untuk tinggalkan penantian terhadap kamu NZ.. Selamat tinggal semua cerita yang pernah kita cipta walau masanya hanya seketika..
"Lepaskan orang yang kita sayang kerana jika dia kembali,dia akan jadi milik kita sampai bila-bila"

3 comments:

adhie mempawah said...

ya..., sabar sajalah. Allah Maha Adil. Tak bolehlah mengingat masa lalu yang melelahkan. salam kenal

_mauhaha_corner said...

betul..lepaskan orang yang kita sayang dan jika dia kembali semula pada kita..dia memang untuk kita..
insyallah..
:))

Faiezah Najieza said...

thanks mauhaha & adhie.. InsyaAllah .. sy akn trime semua yg Allah takdirkan untuk sy. Klu dia jodoh sy,pasti dia akn dtg semula pd sy kan ? adhie..salam kenal juga.. Thanks uolls

Copyright©2011-2012.All Right Reserve By ✿CherytaJejaryBisu✿