Showing posts with label KotakHati. Show all posts
Showing posts with label KotakHati. Show all posts

Thursday, December 13, 2012

Ibarat Kucing

Ibarat kucing..
Bila dia datang depan pintu kau dengan bulu yang cantik,
Badan yang gemuk,
Mata yang kehijauan dan bersinar
Serta manja yang terlampau
Pasti kau akan terus ambil dan bawa dia masuk ke dalam rumah tanpa kau tanya siapa tuannya....
Diawalnya..
Kau akan belai dia dengan penuh kasih sayang...
Kau berikan dia makan dengan makanan yang seenak-enaknya
Dan kau akan sediakan tempat yang paling selesa untuk dia....
Kau tidak peduli apa kemungkinan akan datang..
Kau hanya belai dia sepanjang masa.
Kau hebah pada semua orang kau suka dia.
Kau akan jaga dia...
Semua orang pun suka..
Tapi...
Bila lama dia dengan kau
Dan kau mula rasa...
Dia makan terlalu banyak..
Dia menyusahkan kau..
Dia tak mampu buat apa-apa untuk kau..
Dan dia tak membawa apa-apa faedah untuk kau..
Kau mula biarkan dia.
Kau mendiam
Dari membelai dia
Kau biarkan makan dan minum dia
Kau buat dia seperti bayang-bayang yang wujud lalu hilang...
Kalau lempiaskan marah pada benda lain
Kau fikir dia tak ada perasaan?
Dia tak ada rasa nak menangis?
Cukuplah...
Jika benar rasa kebencian mula terbit dalam diri kau
Kau nyatakan..
Nanti dia faham..
Dan dia tahu mana nak pergi
Dan dia tak akan pernah lagi kembali...
Mungkin jika kau boleh mendengar,
betapa banyak terima kasih yang dia mahu luah pada kau..
Betapa banyak doa yang dia cipta untuk kau
Kerana kau banyak berjasa kepada dia.....
NotaKaki : Sekarang aku mula sedar,aku tak ubah seperti kucing.. Cuma aku masih punya akal...

Thursday, September 27, 2012

Awak, Jika Dia Boleh Meminta Dia Tidak Mahu Ketemu Awak


Awak,
Dulu dia pernah menyerahkan semua perasaan dia kepada seseorang yang amat dia sayang.
Tapi,
Orang itu mencampakkan hati dia tanpa belas kasihan
Kemudian,
Dia dipertemukan dengan awak dan awak menjadi 'ubat' pada hati dia

Dia sangat bahagia bila awak semakin rapat dengan dia.
Dah lama dia tak rasa sebahagia itu

Hari ini,
Awak pergi macam itu saja tinggalkan dia
Kenapa awak ?

Awak,
Jika boleh saat ini dia meminta pada Tuhan,
Dia ingin meminta agar dia tidak pernah bertemu dengan awak
kerana hati dia sudah benar-benar hancur !
Dan jika dia boleh meminta pada Tuhan,
dia mahu perasaan ini kekal sampai bila-bila walau dia tidak tahu untuk apa

Tuesday, September 25, 2012

Manusia Bodoh


Selayaknya aku dipanggil 'manusia bodoh'

Bodoh kerana menyerahkan hati pada orang yang aku tahu akan mencampakkan hati itu kedalam tong sampah !

Aku terlupa seketika,
dia takkan pernah memilih aku saat dia berada dalam zon bahagia,
malah aku yang dia lupakan waktu itu.

Makanya aku memang 'manusia bodoh'

Aku tidak menyalahkan sesiapa.
Cumanya aku ini memang 'manusia bodoh'
Hanya jadi bodoh tanpa ada pandainya.

Lain kali jangan buat lagi wahai si bodoh !
Cukup hanya sekali ini sahaja.
Jangan pernah kau lupa luka yang menghancurkan hati.
Jangan kau jadi lagi 'manusia bodoh' seperti sekarang ini.

Jika dia yang terlalu pandai mencipta permainan,
kau seharusnya menjadi pemain yang hebat ...

Sunday, September 23, 2012

Perlukah Aku Diam DanTerus Menangis Atau Lari Dan Memijak Semua Batu

Harus buat apa lagi dalam keadaan sebegini?
Buka mukabuku dan masih perkara yang sama. Buka twitter masih tweet benda yang merapu.

Aku buntu tahu ?

*tunduk diam*

Kenapa mesti ada semua rasa ini?
Kalau dari dulu aku tahu akan jadi sesadis ini,aku akan lari sepantas-pantas yang boleh
Tapi aku manusia yang dijadikan buta tentang masa depan

Aku tak tahu !

Dan sekarang,
Perlukah aku diam dan terus menangis memikirkan semua yang terjadi?

Atau

Aku harus lari dan memijak semua batu-batu yang bertabur dimuka bumi?

Hakikatnya ,
Tetap sama...

Dua-dua akan buat aku SAKIT



Perasaan Itu Abstrak Katanya

Awak,
Semalam dia rasa benci sangat pada awak bila dia dapat tahu kebenaran.
Dia marah bila awak selama ini adalah penipu
Dia menangis sambil berdoa yang baik-baik untuk awak
sebab dia nak awak bahagia walaupun dia rasa dirinya sudah ditipu

Awak,
Malam tadi dia sendiri
Nasib baik ada kazen yang boleh buat dia ketawa dan lupa semua perasaan
Tapi bila kazen dah balik,dia kembali sendiri dan ingat akan perasaan yang satu itu.

Dia ekspresikan perasaan pada gambar dan lagu.
Mungkin awak akan faham,
dan mungkin juga tidak.
Kalau tidak faham itu lebih baik kerana dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
Dia mahu semua nampak tenang seperti tidak ada apa
padahal dalam hati dia sedang bergelora.

Awak pernah kata dulu,
perasaan ini sangat abstrak.
Maka kita boleh rasa apapun dan pada siapa pun.
Dia ingat itu walaupun hampir satu tahun awak katakan.

Hari ini,
ada satu lagi benda yang dia nampak.
Kebiasaannya dia akan gabra bila melaluinya,
tapi kali ini dia diam saja.
Mahu menangis airmata seakan lokek.
Mahu ketawa bibir seakan keras.
Mahu menjerit suara seakan membisu.
Apa yang dia rasa, dia sendiri tidak tahu.
Apa yang awak dah lakukan sampai perasaan dia mati sebegini?
Dia tidak pernah rasa semati ini selama dia mengenali awak.

Dia harap esok akan baik baik saja
Dia tak mahu perasaan ini terus mengekori setiap langkah dan setiap hela nafasnya
Dia mahu semua macam dulu
Hela nafas ada awak,
Langkah kaki ada awak.
Tapi,,,,
Ada banyak benda yang akan buat hati dia kekal seperti ini sampai bila bila.

Kertas Usang : Kepercayaan ibarat kertas,sekali ia renyuk ia langsung tidak boleh diguna lagi

Saturday, September 22, 2012

Cerita Hati


Cerita hati sekali lagi bermula
Bila hati mula rasa disisihkan,

Tapi hati masih teguh
masih setia
dan masih tetap pada dia seorang

Hati pernah berjanji selagi Allah izinkan,
hati akan setia pada yang satu.

Hari ini, hati seakan terluka pada seseuatu yang sahih.
Hati diam,
mahu menangis katanya,
tapi tuan punya hati menahan sebab jangan selalu menangis nanti orang kata kita lemah
Hati diam lagi,
mahu pergi katanya 
pergi lagi dan jauh dari dia..

Kali ini hati seakan yakin,
kalau penantian ini hanya sia-sia
hati perlu tahu,tak semua yang diharapkan bakal didapat
Tuan punya hati juga semakin letih dengan semua ini,

Esok, 
mungkin hati dan tuannya akan pergi jauh dari dia
jauh sehingga tiada lagi kata 
RINDU
tiada lagi sebut sebut nama
Biar si dia puas ! 
biar si dia lemas !
dengan keadaan seperti ini..

Bawa pergi hati
langkah sekali lagi dan jangan pandang kebelakang yang penuh dengan duri..

Tuesday, September 18, 2012

Menghitung Detik Perpisahan

Hati mula rapuh bila aku mula sedar detik perpisahan itu semakin hampir,
Masa semakin mencemburui  bila aku rasa  ia bergerak dengan pantas
Jiwa semakin resah bila tahu aku bakal melalui dan menghadapinya

Tuhan,
Memang bukan ini yang aku minta
Bukan juga yang aku mahukan
kerana hanya Engkau yang tahu betapa aku sayangkan mereka
dan takkan mungkin aku menjemput perpisahan ini

Menatap wajah mereka buatkan aku semakin layu
Mendengar suara mereka membuatkan aku semakin sayu
Kenapa mesti semua ini terjadi pada aku ?
Kenapa bukan dia ?
Kenapa bukan mereka ?
Kenapa bukan orang lain ?

tapi aku tak punya pilihan kerana ini takdir yang telah kau siapkan untuk
menguji sejauh mana aku.
Ini juga dugaan yang mana perlu aku lalui selagi aku bernyawa dan bernama manusia.

Jika ini punya hikmah  yang indah diakhirnya,aku redha...
Jika ini mampu buatkan kami merasa saling menyayangi satu hari nanti aku pasrah
Hanya Engkau yang maha mengetahui kenapa jalan ini yang kau cipta untuk aku..

Tuhan,
Jika nanti mereka jauh dari aku
Tolong jagakan mereka untuk aku ,
Jangan bagi mereka sakit,
Jangan bagi mereka leka
Jangan bagi mereka lupa tentang kehidupan dengan aku
Sampai hujung nyawa aku akan menyayangi mereka ..

Hadiahkan aku ketabahan saat nanti perpisahan berlaku.
Aku tak mahu mereka tahu aku rapuh
Aku mahu mereka tahu aku adalah orang yang paling kuat dalam dunia ini
Yang pernah mereka kenal...

Monday, September 10, 2012

Bahagia

Aku tahu bilamana aku sedang berbahagia aku lupa untuk melekat disini.
Bilamana aku menangis inilah tempatya aku curah semua airmata.

Semua orang tahu aku pernah menghadapi saat sedih dalam cerita dengan dia
Aku pernah menangis untuk beberapa hari kerana dia menghilangkan diri.
Tapi itu semua punya hikmah,
Allah bagi aku menangis untuk beberapa hari dan kemudian berikan aku senyuman sehingga hari ini.

Ya....
Aku sedang berbahagia.

Apa yang membezakan sekarang adalah rindu yang terlalu sarat untuk dia.
Jarak kami sangat jauh,
terlalu jauh hingga tak terjangkau dengan kiraan
Tapi hati masih lagi dekat.

Kebahagiaan yang dia luangkan untuk aku ini amat berharga dan tak mungkin aku siakan.
Kerana ini yang aku cari selama bersama dia,
aku tahu dia juga begitu..

Tuhan, 
terima kasih kerana menghadiahkan aku rasa sebahagia ini.
Sumpah! ini rasa sama waktu pertama kali aku mengenali dia.
Rasa ini pernah hilang, dan kini kembali kesisi aku.
Engkau benar-benar maha mengetahui apa yang aku rasa.
Jangan ambil lagi rasa ini Tuhan, kerana aku terlalu menyayanginya...
Biar aku terus begini jika ini yang terbaik..

Aku akan tunggu kepulangan dia ke Malaysia walaupun aku tidak tahu bila.
Teknologi sekarang juga membantu untuk aku tidak terpisah dengan dia..

Syukur Alhamdulillah, hati masih sama seperti dulu
Aku harap dia juga begitu malah lebih lagi terhadap aku..

Thursday, August 23, 2012

Tuhan Tak Pernah Tidur


Dapat cerita..
Tak tahu nak kata cerita sedih atau cerita nak bagi aku ketawa terbahak-bahak
Kalau aku sedih, memang aku BODOH
Kalau aku ketawa terbahak-bahak, aku JAHAT

Dia juga manusia
Ada lakukan kesilapan
Hidup tak pernah sempurna
Hati selalu digoda
Perasaan sering bercampur-baur
Kaki tidak selalu berjalan lurus

Baru semalam aku tweet kisah silam tentang dia
Hanya untuk lepaskan semua yang tak nak keluar dari ingatan
Bila aku dah tweet berpuluh-puuh tentang dia, baru rasa kosong...
Bukan aku rindu dia
Tapi aku ingat dia
Entah kenapa aku pun tak tahu
Tuhan sengaja nak bagi sedar ingatan pada seseorang memang payah nak dibuang.

Bukak Facebook hati rasa lain
Hati menolak untuk pergi ke satu tempat..
yang mana membawa aku kepada satu penemuan cerita
MasyaAllah... Aku terdiam

Aku terfikir mungkin hanya sampai disini jodoh mereka
Aku juga berfikir inilah takdir yang tertulis buat mereka
Aku juga memikirkan bahawa inilah salah satu balasan untuk dia yang mengkhianati aku
Aku berfikir... memikir tentang apa yang terjadi
Benarkah apa yang aku lihat..aku baca.. dan dengar...

" Tuhan tak pernah tidur "
Mungkin kau lupa aku pernah cakap ayat keramat itu pada kau
sebab kau sedang asyik dilamun cinta baru dengan seorang bidadari palsu
Tak mengapalah.. tak penting bagi kau !

Hari ini tuhan benar-benar memberitahu bahawa Dia tak pernah tidur..
Aku harap apa yang aku baca dan lihat ini hanya sementara kerana aku terlalu ingin kau bahagia
Buktinya... Hati aku sangat sayu mendengar cerita itu ..

Monday, August 20, 2012

Kini Aku Sedar


Kadang-kadang aku lupa aku perlu lupakan dia ...
Itulah sifat manusia.

Kadang-kadang aku leka dengan perasaan menyayangi dia..
Itu silap aku.

Kadang-kadang aku sedar aku langsung tak layak untuk dia..
Itu yang buat aku kerdil.

Tapi disini punya hakikat yang perlu aku terima.
Dia perlu untuk aku lupakan,
Dia tak perlu untuk aku sayang lagi,
Dia memang bukan dicipta untuk aku...

Pergi dari hati
Jauh dari ingatan
Saat ini aku hanya mahu sendiri
tanpa ada lagi bayang hitam tentang dia ....

Wednesday, August 15, 2012

Awak, Ini Luahan Hati Dia

Awak...
Dulu sebelum awak datang dalam hidup dia, dia selalu duduk diam dan dengan tak semena-mena airmata jatuh.Dia selalu ingat kisah silam yang mana hampir membunuh hati dia dengan kejam ! Dia membenci makhluk bernama 'lelaki' yang berhuruf ' S'
Pada dia,hidup macam dah tak bermakna lagi bila semua cinta yang ada diserah pada lelaki itu hanya dipersiakan. Lima tahun dia menyayangi lelaki itu tanpa berbelah bagi, tanpa ada dusta dan tanpa ada orang lain dalam hatinya.. Tapi akhirnya dia ditipu,dicurangi,dihina,difitnah ! Itu amat sakit sekali hingga buat dia jatuh tersungkur dan berdarah.

Selepas setahun dia duduk dalam kolong kesedihan,dia nekad untuk keluar dengan harapan yang baru walau dia tahu hatinya masih belum mampu dia buka untuk orang lain. Pintu hatinya dikunci dengan berjuta mangga besar sampaikan tiada seorang pun yang mampu membuka . Pada dia, memang Allah temukan dia dengan orang yang salah satu saat dulu, tapi dia tak mahu lagi bertemu dengan orang yang salah untuk kali kedua dan seterusnya ...

Awak..
Sampai satu saat takdir awak dan dia sampai,dia sangat gembira. Dan kehadiran awak dalam hidup dia betul-betul tepat pada hati.
Dia jadi seperti berada diawang-awangan
Dia jadi seperti seorang yang baru,yang lupa tentang kepahitan hidupnya
Dia jadi seorang yang mampu tersenyum dua-puluh-empat jam sehari tanpa sebab
Dia jadi seorang pencerita yang hebat dan ceritanya semua tentang awak

Awak...
Tanpa dia sedar,hati dia dah terbuka dengan luas hanya untuk awak. Walau dia tahu itu semua tidak patut dia lakukan,tapi dia hanya manusia biasa yang tak mampu melawan perasaan. Dia jadi seorang yang menanti penuh sabar sedangkan dia tahu awak tak akan dia miliki . Hati dia memilih awak tanpa paksaan dari siapa dan tanpa paksaan dari diri dia sendiri. Dia jadi semakin yakin dengan perasaannya bila awak kerap bagi dia harapan.
Bagi dia lagu yang menyentuh hatinya

Awak..
Ada satu hari awak buat hidup dan harapan dia gelap gelita serta runtuh. Bila marah menguasai,memang manusia akan lakukan apa sahaja. Awak marah pada dia, awak hemburkan kata-kata berbisa yang melukakan hati dia, tapi dia diam dan telan semua kata-kata awak sebab dia tahu bila dia lakukan perkara yang sama pada awak ianya hanya akan merosakkan lagi hubungan kalian. Lagipun apa yang awak katakan pada dia bukan semua betul.. Dia sabar,dia menangis dibalik lappynya dan dia pujuk sendiri hatinya kerana dia terlalu menyayangi awak.

Awak..
Tahu tak awak lelaki pertama yang berjaya buka hati dia selepas kesedihan dia ?
Tahu tak awak lelaki yang buat dia rasa sangat-sangat dihargai ?
Tahu tak awak lelaki pertama yang sangat sweet pernah dia kenal ?
Tahu tak awak lelaki pertama yang punya kekasih tapi dia tetap suka ?
Awak tahu tak ???
Mungkin awak tak pernah tahu semua ini sebab awak tak endah tentang dia ...

Dia kata..
Awak ibarat pelangi, yang datang dengan cantik sekali walaupun hanya seketika
Awak ibarat bintang dilangit, yang selalu buat dia rasa nak mendongak keatas pada waktu malam
Awak ibarat pen, yang buatkan dia suka menulis kata-kata untuk seseorang yang dia cinta
Awak ibarat penawar, yang boleh mengubati semua luka dia
Dan awak juga ibarat racun, yang mampu untuk mebunuh dia tanpa belas kasihan

Tapi...
Awak adalah yang terindah setakat ini dalam hidup dia.. Dia tahu makna 'bertepuk sebelah tangan' sebab itu dia tak pernah ambil hati bila awak mencaci dia.. Kerana dia tahu dalam apa pun hubungan,suka duka adalah salah satu rencahnya.
Hari ini dia tekad untuk tinggalkan semua cerita tentang awak selepas sepuluh-bulan dia bertahan.
Ketawa dengan awak..
Menangis sendiri..
Bercerita dengan awak..
Merintih sendiri..
Dia akan cuba ubah semuanya menjadi sendiri walaupun payah.

Dia tahu cinta awak hanya satu,hati awak hanya satu.. semua itu milik kekasih awak. Dia tak mahu lagi dipandang serong dan dianggap yang ketiga dalam hubungan dan cerita cinta awak.
Dia sudah cukup bersyukur bila awak punya hati yang terlalu mulia bila awak sudi memaafkan semua kesalahan dia .. Awak memang baik dan dia akan ingat awak sampai bila-bila .. Dia berharap hubungan ini tidak akan berakhir sebegitu sahaja. Untuk hari ini,biarkan ianya berakhir kerana dia terlalu letih dengan semua perasaan yang wujud..Bukan dia mengalah sebelum berjuang,tapi dia hanya mahukan kemenangan yang selayaknya. Pengorbanan lebih berharga dari segala-galanya awak ...

Awak..
Dia tak minta untuk awak balas cinta dia , tapi dia akan jaga perasaan dia pada awak sampai bila-bila. InsyaAllah



Sunday, August 12, 2012

Mungkin Ini Yang Terakhir

Ini bukan tulisan terakhir ..
Tapi mungkin cerita terakhir antara kita.

Aku cuba tamatkan dari dulu tapi aku tak mampu!

Aku cuba ..
Jangan kau gundah , nanti kau yang susah
Aku janji,
Ini yang terakhir kali..

Tak kan ada lagi cerita kau disini

Tapi bila nanti semua kenangan datang lagi,
izinkan aku sematkan semuanya disini ..
Aku harus pergi
Pergi dari semua penantian kosong ini ...

# Pergi .. Airmata menitis tanpa henti...

Saturday, July 14, 2012

Eh ! Tolong Jangan Curang

Semalam kau janji akan ada dalam setiap kesusahan dia
kau janji lagi akan ada saat dia perlukan bahu untuk menangis.

Tapi hari ini ...

Dia bernafas bagai ikan diatas darat 
tercungap-cungap mencari nafas
dia menangis bagai nak gila sendirian
tapi kau...
entah kemana ...


Kau tahu yang kau dah lupa pada janji ?
Kau tahu diakhirat nanti semua janji akan diadili ?
Kau tahu semua tu ?
Apa yang kau tahu saat ini ?

Hanya mungkir janji..

Dia diamkan semua janji-janji kau sebab dia malas hendak bertikam lidah dan juga sebab dia sayangkan kau..
Dia rasa semua janji kau itu akan ditunaikan suatu hari nanti dengan penuh bahagia.
Kau pula, tak pernah faham keinginan hati dia ..

Kau nampak pendiam..
pemalu...
penyayang..
kaulah seolah-olah kekasih teragung dia..
Tapi rupa-rupanya...
kau macam mata pedang yang sangat tajam !

Kenapa kau curang ?
kenapa kau dua kan dia ?
kenapa kenapa kenapa kenapa ?

Apa dosa dia pada kau sampai kau buat dia semacam ini ?

Kau hina dia depan khalayak !
kau kata kau benci dia !
kau kata dia pengikis semua ringgit kau !
kau kata keluarga kau tak boeh terima dia !
kau kata lagi dia adalah perempuan yang langsung tak tahu erti menghormati !

Ohhh ... benarkah semua tuduhan kau ?

Jika benar apa yang kau semburkan pada dia ,
kenapa bukan dari bertahun dulu ?
kenapa kenapa kenapa ??

Dalam paksa dia terima semua tuduhan dan cacian kau !

Satu hari dia dapat tahu semua itu hanya alasan untuk mewangikan perbuatan kau yang busuk !
Ternyata tuhan tidak pernah tidur ..
Rupanya kau lebih jahat dari apa yang dia sangka ..
Semua janji yang buat hanya akan kau jawab disana nanti ..
Cukuplah hanya dengan dia..
jangan lagi janji dengan orang lain.

Hey pencurang !!
Kan lebih senang kalau kau kata kau mahu curang !
Tak perlu untuk dia buang waktu berhabis semua untuk kau !
Tak perlu dia bazirkan airmata aku untuk kau !

Eh ! Tolonglah...
Jangan pernah curang lagi !
kerana bila kau curang, kau adalah orang yang paling jahat dalam dunia cinta !
dalam dunia kasih !
dan dalam dunia sayang !!
Kau memang pencurang !!

Jauh.. jauh.. dan jauhkan dari dia manusia seperti ini
kerana dia sudah sangat letih dengan helah seorang pencurang ...

{ Mana Adil Untuk Kita }

Cuba jerit kuat-kuat supaya semua yang terpendam akan tersembul ..
biar aku puas !
biar aku lega !

Angin menerpa ke muka seolah-olah ingin meredakan semua..
padahal tak ada apa-apa yang aku rasa
selain rasa sebal dan sengsara
Bila ingat kekasih dia
aku rasa macam mahu saja tikam dada sendiri
mahu saja aku hentak kepala sendiri
biar hati mati
biar otak mati
tak ada lah aku rasa bersalah semacam ini..

Ini tidak adil untuk kekasih dia
langsung tidak adil !
Tapi mana adil untuk aku ?
perlu kah ada keadilan untuk perempuan ketiga macam aku ?
mana adil untuk dia ?
sajak kah dia mendapat keadilan sebab dia yang memulakan semua ini ?
Ah ! bila bukak mulut pasal adil, semua nak ..
macam budak kecil yang dibaling dengan gula-gula kapas.

entah perlu atau tidak adil untuk aku..
entah mana adil untuk dia ..
entah layak atau tidak adil untuk kekasih dia...
Entah mana adil untuk kami ..

Tapi aku tetap rasa kekasih dia perlu mendapat keadilan ini,
jangan bagi dia mati kerana tidak ada adil
jangan bagi dia pergi kerana kurangnya adil
semua ini milik dia
semua ini milik hak dia..

Ambillah jika kau rasa mahu ambil
aku siapa ?
jangan risau..
aku okay saja..
dia bukan untuk aku
tapi dia untuk kau
bawa dia pergi jauh
jauh dari pandangan mata...
semoga kau dan dia bahagia...                                                                                                                                  

Saturday, June 23, 2012

Tiga Hati

Awak ada satu hati
dia ada satu hati...
dan saya juga ada satu hati

Lumrah manusia hanya dua hati yang bersatu.. bukan tiga.

Awak dengan dia,
saya datang pula.
Ada orang kata saya jadi yang ketiga..
Tak kurang juga mencaci menghina.
Sebenarnya mereka salah sangka.
Bukan itu niat saya....

Saya tak minta untuk jadi macam ni....

Bila saya cuba jauh, awak boleh rasa dan cuba mendekat.
Bila awak menjauh, saya pula mengejar.
Saya janji tak akan cemburu bila lihat awak dengan dia mesra,
tapi hati....
Saya tak tahu macam mana nak kawal.

Awak tetap sayang dia walaupun adanya kehadiran saya.
Awak memang ikhlas dengan dia..

Hati saya menangis
hati saya gusar
hati saya hancur

Semua salah saya... Penyakit cari sendiri

Kalau awak nak tahu ini mungkin hanya sementara,
saya memang inginkan lelaki seperti awak, tapi......
saya tahu dimana tempat saya dan dimana awak simpan hati.
Andai ini hanya mimpi saya, biarkan saya tidur untuk selamanya..
Andainya ini realiti, tolong jangan bagi saya bermimpi lagi.
Sampai satu saat nanti saya akan pergi.
Biarkan saya sebegini untuk melihat dan merasa bahawa awak dekat..
Hanya sekali ini...
Mungkin TUHAN sengaja aturkan jalan cerita kita seperti ini... :'(

Rindu

Tak sangka gerak hati aku benar semalam.
Hati yang sarat dengan rindu menolak-nolak aku untuk send lagi private message pada dia dan harap-harap dia akan balas esok(hari ini)

Bila aku login facebook,
ada dua message.
Macam biasa aku harap itu dari dia.
YaAllah.. Tepat sekali.
Satu message dari anak menakan aku, satu lagi dari DIA !
Dengan pantas aku buka, Jantung sungguh laju,langsung tak kasihan pada aku.
Bibir juga tidak kasihan pada aku ,terus tersenyum meleret sorang-sorang.
Sedangkan waktu itu aku dikhalayak ramai.

Aku tak kisah lah biar orang tengok pun.. Hati tengah girang.
Dah dekat dua minggu kot dia tak online, oh ! RINDU !!

Segala kerisauan...
Segala perasaan..
Segala rindu ..
semua hilang bila dia balas message..

Aku dengan dia bukan macam orang lain,
sentiasa ber'message',
sentiasa bercakap dihujung talifon berjam-jam lamanya,
ber'skype' nampak muka..
Semua itu tak ada !

Kami hanya berhubung melalui FACEBOOK semata-mata.
Mula-mula dulu saja ada message, sekarang langsung tak ada.
Dia kasihankan aku, aku hormat dia..
Aku tak kisah sebab bila semuanya serba kurang kadang lebih indah.
Macam yang aku rasa sekarang.
Pada aku yang paling penting,
aku tahu dia selalu sihat dan baik-baik saja..
Rasanya sudah memadai...


Dah dua kali dia sebut pasal tidur awal. Sebelum ni pun aku dah janji dengan dia. InsyaAllah cuba okey lepas ni. Apa saja untuk awak ..

Thursday, June 21, 2012

Kalau Tuhan ...

Kalau tuhan bagi aku peluang untuk meminta saat ini..
aku akan minta jangan pernah ambil emak dan abah,
jangan pernah ambil orang-orang yang aku sayang.

Kalau tuhan bagi aku peluang untuk meminta saat ini..
aku akan minta jangan pernah temukan aku dengan seorang lelaki yang telah melukakan aku
dan membuang waktu aku selama lima tahun.


Kalau tuhan bagi aku peluang untuk meminta saat ini..
aku akan minta temukan aku dengan dia lebih awal dari kekasihnya,
sebab aku tak boleh lagi berundur dengan perasaan yang ada sekarang.

Dan yang terakhir sekali akan aku minta..
Tolong bukakan hati dia untuk aku,
tolong bawa dia pada aku kerana saat ini.. 
Aku rindukan dia TUHAN...

Sunday, June 17, 2012

Kenapa Susah Lupa

Aku sememangnya bukanlah seorang gadis yang tersangat romantik sampai boleh buat sijejaka cair dan kemudian melutut menghulurkan bunga. Aku juga bukanlah seorang gadis yang sangat lembut tutur katanya tapi bila aku menonton drama korea aku akan menitiskan airmata.

Aku bukan cantik
Aku langsung tak ada penarik
Yang aku ada hanyalah senyuman dan dua bodyguard dikiri kanan bibir (lesung pipit)
Alhamdulillah.. Tapi bukan semua orang nak pandang..
Tak kesah lah..

Aku selalu rasa aku tak layak untuk mana-mana lelaki yang tampan mahupun sederhana ataupun yang biasa-biasa saja. Siapalah aku ni kan ? Cuma seorang perempuan biasa yang mana bila dia lalu pun tak akan ada siapa nak pandang. Lalu dengan bau perfume sebaldi pun tetap sama. Sebab tu beli perfume yang murah-murah saja.

*gelak*

Tapi ada satu hari kehidupan aku seperti cerita sang bidadari. Cantiknya tak terperi. Bila ada seorang lelaki datang dan mengenalkan diri, barulah rasa dihargai. Bukan lah terlalu 'sooo sweet' tapi cukup untuk aku mengerti bahawa ada lagi lelaki sejati untuk aku yang biasa-biasa ini.

Dia bukanlah kacak macam Brad Pitt
Bukan juga romantik macam Awal Ashaari
Malah bukanlah sehebat Cristiano Ronaldo
Tapi dia punya personaliti tersendiri yang buatkan aku menyukai dan mencintai ,mungkin ?

*menaip sambil dengar lagu 'SEDETIK LEBIH' nyanyian Awal Ashaari* Sumpah romantik habis !

Bila aku dah mula mengenali dia, hati sangat degil bila tidak mahu mengikut aku pulang semula. Hati sentiasa ingin dengan dia. Dia pula dah bawa lari hati aku kemudian tidak mahu pulangkannya. Alahai... Susahlah macam ni. Dalam masa yang sama banyak orang bertanya " dalam hati ada siapa" . Aku jawab "ada lah.."
Hari demi hari aku mula sedar,bahawa lelaki ini memang susah untuk aku lupakan. Kalau diikutkan senang saja sebab jarak antara kami jauh. Cuma mungkin hati yang dekat buat aku susah untuk lakukan.

Kali ini baru aku tahu dia lelaki yang SWEET,
Dia agak ROMANTIK,
Dia yang COOL,
Dia juga lelaki yang BAIK .
Kecomelan dia yang buat aku semakin susah nak lupakan, Keromantikan dia yang buat hati aku cair bila ingat dia ...Kebaikan dia yang benar-benar buat aku luruh seperti bunga sakura.. Ohmaigod !

Kalau boleh nak tanya dia beberapa soalan lah macam :

" awak awak.. kenapa awak ni sweet sangat erk ? "
" awak awak kenapa awak ni baik erk ? "
" awak awak kenapa awak ni cool je errk ? "
Kalau macm ni sampai bila-bila pun tak habis bertanya..

Kalau dia baca aku harap dia akan jawab soalan ni . Boleh gitu ?

Awak...tengok saya betul-betul. Saya memang tak layak pun dengan lelaki macam awak,untuk berkawan pun nasib-nasib je. Lagikan yang lebih ? Tapi tak apalah selagi diizinkan saya akan kawan sampai bila-bila. Sampai bila-bila juga takkan boleh lupakan awak .. Jangan lupakan saya tau ! Nanti saya nangis .. ehh ?

Macam mana nak lupa kalau macam ni ? aish ...

Saturday, June 16, 2012

Suratan Dan Kebetulan Kita


Suratan adalah sesuatu yang disiapkan oleh pencipta untuk kita semua.
Kebetulan pula.. sesuatu yang mungkin bukan dirancang tetapi tetap berlaku tanpa diundang.
Semua manusia pasti selalu memikirkan tentang suratan dan juga kebetulan ini. Bohong kalau ada yang kata tidak pernah memikirkan ...

Aku juga manusia yang selalu memikirkan soalan yang sama. Bercerita dengan banyak orang tentang semua ini kadang buat aku semakin keliru. Menunggu jawapan yang kabur dan semakin kabur. Menunggu Sesuatu yang belum pasti milik aku..adalah sesuatu yang sangat letih. Tapi hati memang  tak pernah nak faham. Dan aku sebagai pemilik hati hanya mengikut kehendaknya ..
Adakah cerita aku dan dia sebuah suratan atau hanya sekadar kebetulan untuk menguji ?
Perkenalan aku dan dia bermula dengan sesuatu yang sangat indah untuk dikenang,sangat manis untuk disimpan dan sangat bermakna untuk dilupakan. Walau aku tahu,pertemuan aku satu suratan dari Allah..tapi aku belum ada jawapan kenapa mesti suratan sebegini yang hadir. Aku punya banyak persamaan dengan dia.

Aku dan dia dilahirkan dalam tahun yang sama,hari yang sama dan hanya bulan sahaja membezakan kami. Genap empat bulan kelahiran dia didunia ini,aku pun dilahirkan. Tanpa kami duga,selepas dua-puluh-empat tahun kami ditemukan. Adakah ini suratan ? Mungkin ya...
Aku dan dia juga memerlukan sesuatu yang dipanggil PERHATIAN dan KASIH SAYANG dari seseorang yang kami sayang... Tapi semuanya hanya dibuat alat permainan mereka-mereka yang langsung batu tidak memahami..

Aku tak tahu apa yang ada sebenar-benarnya dalam hati dia. Tapi kebanyakan yang aku rasa,dia juga dapat rasa. Dia boleh baca perasaan aku dari apa yang tulis.. aku kata.. dan layangkan. Apa Allah sengaja temukan aku dengan dia untuk memberitahu bahawa masih ada manusia dan lelaki yang mampu membuat jantung aku berdegup kencang ?
Bila aku cuba untuk jauh.. dia akan rasa dan cepat-cepat bertanya. Bila aku berubah..dia lah orang pertama yang perasan. Aku juga macam itu. Setiap gerak dia,perubahan dia,semua aku boleh rasa. Aneh sungguh... sedangkan kami baru sahaja kenal.

Adakah persamaan aku dan dia itu satu suratan atau hanya kebetulan ?

Dia pernah berikan aku sebuah lagu yang membayangkan perasaan dia.
Jujur.. aku mengalirkan airmata saat aku dengar lagu itu. Salah satu liriknya mengatakan dia tak mahu waktu itu terhenti tanpa aku. Aku juga macam itu. Pedih siksa rasanya bila aku tanpa dia. Dunia seakan kejam aku rasakan bila dia tidak ada.
Kemudian dia menuntut kepercayaan aku dengan memberikan aku sebuah lagi lagu. Tapi dia tidak tahu aku dah lama percaya pada dia bahawa dia memang lelaki yang baik ..

Tapi kadang-kala suratan itu tak seindah yang kita sangkakan. Kebetulan pula tidak seteruk yang kita fikirkan. Samada aku dan dia suratan ataupun kebetulan,aku tetap bersyukur kerana diberi kesempatan untuk rasa sesuatu terhadap dia. Walaupun dia semakin hari semakin jauh jaraknya dengan aku,tapi tak pernah berjarak dengan hati kerana dia datang terus tetap dihati dan InsyaAllah akan teru tetap disini...

*berbulan lamanya aku biarkan entry ini tersimpan didraft*

Hari ini aku semakin yakin walau kami menjauh,hati tidak pernah menjauh. Keadaan membataskan semuanya. Yang pasti aku akan tetap menunggu dia dan terus menunggu dia. Selagi Allah izinkan untuk hati ini tetap,aku akan jaga. Kerana aku yakin Allah punya rancangan disebalik semua ini. Kami tidak lagi menjauh,tapi tidak juga terlalu mendekat. Cukup sekadar bersahaja...
Waktu ini aku terlalu merindui dia... Apa yang aku ingin hanya dia..

Thursday, June 14, 2012

Cerita Aku Dan Dia Sama


Malam tadi saat aku mengembara dialam maya,aku tergerak hati untuk membuka sebuah dunia maya milik seorang lelaki. Aku selalu juga teroka dunia maya dia sebab dunia maya dia banyak menceritakan tentang kisah cinta antara dia dan perempuan dia. Seorang lelaki yang sangat ikhlas menyayangi perempuannya dan berkongsi semua cerita indah untuk para peneroka dunianya. Bukan semua lelaki mampu buat seperti dia. Bukan juga aku terlalu memuji dia..

Tapi kali ini tajuk entri dalam dunianya buat hati aku seakan-akan diheret duduk diam menghadap skrin lappy. Bermacam-macam yang bermain difikiran aku. Tapi dengan pantas aku menghapusnya mengikut angin malam.
Aku mula membaca setiap patah kata yang terkandung dalam penulisannya. Hati aku makin yakin dengan sangkaan yang bermain difikiran.

Terdiam seketika..............

Betullah sangkaan aku. Kisah cinta dia dengan perempuannya telah pun berakhir. Aku seakan tak percaya dengan apa yang aku baca. Aku hanya mengenali mereka melalui laman muka buku. Perempuan dia adalah salah satu dari frenlis aku. Makanya selalu aku lihat dia meghadapkan kebahagiaan mereka kepada umum. Bila membaca tentang akhirnya cerita mereka,aku jadi buntu seketika. Sangat terkejut lah kiranya.

Entri aku bukan kisah keaiban sesiapa,tapi bila aku baca setiap patah kata dalam entri dia sama dengan kisah aku dua tahun lepas. Tiba-tiba aku jadi terbuka hati untuk menceritakan sedikit . Kisah yang dah dua tahun aku buang,hari ini datang semula.

Lumrah dalam bercinta,kita takkan pernah lokek dengan orang yang kita sayang. Dan bukan nak mengungkit bila dua hati berasingan. Itu semua dikuasai oleh amarah. Apa yang aku baca,dia banyak menghabiskan wang dan waktu untuk perempuan dia. Dia jadi seakan orang yang bodoh bila perempuan dia hanya menggunakan dirinya demi kesenangan. Itu yang dia luahkan dalam cerita dia. Kesian kan ? Aku mampu faham apa yang dia rasa.

Bila diri mula rasa dianiaya,manusia mula mengatakan yang bukan-bukan tanpa usul periksa,kebenaran perlu dicari. Dia telah pun menemui bukti tentang perempuannya dan begitu juga dengan aku . Aku lakukan apa sahaja asalkan aku dapat bukti demi membersihkan nama aku. Manusia sekeliling hanya akan mendengar sebelah pihak sahaja dan aku tak salahkan mereka. Sama macam apa yang dia katakan. Tapi kebenaran memang perlu aku pertahankan. Aku dicanang sana dan sini sesuka hati dia. 

Cerita tanpa bukti ibarat kertas yang terbang melayang mengikut angin. KOSONG... Aku cukup simpati bila aku mula memasuki zon bukti yang mana berlaku didepan mata dia. Menurut dia,seluruh tubuh dia menggigil saat mereka BERTIGA bertentang mata. Nampak tak kecurangan dan kebenaran disitu ? Sedangkan alasan  yang diberi bukanlah disebabkan orang ketiga. Tapi lebih kepada kerimasan sepanjang perhubungan. Seperti aku, alasan dia meninggalkan aku kerana aku tidak pernah hormat keluarga dia trutama ibu dia .. Ya Allah sampai macam tu sekali alasan dia. Aku dikatakan tak pernah berubah walaupun dah banyak kali diberi peluang,aku jugalah perempuan yang banyak menghabiskan duit dia. Bermacam-macam alasan dia berikan dan bermacam-macam cerita tentang aku dicanang.
Aku terima bila aku dianiaya dan diaibkan walaupun semua tu tak betul. Aku mengaku aku bukan perempuan yag penuh kelembutan,tapi aku punya hati yang terlalu lembut. 

Benang yang basah walau dicuba macam mana pun dia tak akan tegak,tapi manusia selalu nak buat jugak walaupun dia tahu memang tak boleh . Berbalik pada cerita lelaki tu,dia dapat tahu bahawa alasan yang diberikan bukanlah yang sebenar. Bila semua dah terbongkar,perempuan dia hanya diam dan membuat sesuatu yang tidak pernah dijangka. Hubungan dialam maya juga terputus kerana tidak mahu semua kebohongan dia diketahui.

Sebenarnya kisah aku dan dia langsung tak ada beza. Dari awal cerita dia sampai kehujungnya. Sungguh,siapa yang rasa akan tahu. Siapa saja yang boleh terima bila orang yang kita sayang menyatakan "AKU BENCI KAU" dengan bongkaknya sedangkan wajah dan jasad inilah yang menjadi pujaan. Aku berkongsi semua ini hanya untuk berkongsi pengalaman yang sedikit tetapi punya banyak hikmah. Jangan kita hanya terus memandang kebelakang kerana sayang yang tertinggal dan ditinggalkan. Pandanglah kehadapan kerana banyak yang menanti. 

Hari ini aku mampu bernafas lega walaupun tanpa DIA YANG AKU SAYANG satu masa dulu. Berdiri dengan hinaan dan cacian banyak manusia buat aku matang. Aku juga harap dia boleh jadi seperti aku sekarang tambahan dia seorang lelaki dan bakal punya kerjaya yang membanggakan. 

Tentang perempuan dia,aku harap satu hari nanti tuhan akan bukakan mata dan hati dia. Waktu itu baru dia akan tahu bahawa untuk menemui seseorang yang baik bukanlah mudah. Sekali dia pergi dia tak akan mungkin datang lagi. Hari ini mungkin kita bahagia dengan apa yang kita lakukan,esok lusa kita tidak pernah akan tahu.. Aku sebenarnya ingin sekali kongsi blog dia pada semua tapi aku tak mahu sebab hanya akan mengaibkan perempuan dia. Sebab dalam entri dia siap dengan gambar yang menjadi bukti. Aku harap dia akan terus menjadi lelaki yang punya cinta yang besar. Semoga dia akan jumpa cinta yang benar-benar sejati dan akan bawa sampai kemati. InsyaAllah.. Aku pula terus mengharap pada sebuah takdir yang indah selepas aku melalui kesakitan..

Jadikan apa yang aku ceritakan suatu tauladan dalam bercinta. Bukan semua yang kita miliki hari ini akan menjadi milik kita selamanya. Bukan semua orang yang kita kenal untuk bertahun lamanya takkan mungkin boleh berubah. Manusia boleh berubah dalam sekelip mata.

Copyright©2011-2012.All Right Reserve By ✿CherytaJejaryBisu✿