Malam tadi saat aku mengembara dialam maya,aku tergerak hati untuk membuka sebuah dunia maya milik seorang lelaki. Aku selalu juga teroka dunia maya dia sebab dunia maya dia banyak menceritakan tentang kisah cinta antara dia dan perempuan dia. Seorang lelaki yang sangat ikhlas menyayangi perempuannya dan berkongsi semua cerita indah untuk para peneroka dunianya. Bukan semua lelaki mampu buat seperti dia. Bukan juga aku terlalu memuji dia..
Tapi kali ini tajuk entri dalam dunianya buat hati aku seakan-akan diheret duduk diam menghadap skrin lappy. Bermacam-macam yang bermain difikiran aku. Tapi dengan pantas aku menghapusnya mengikut angin malam.
Aku mula membaca setiap patah kata yang terkandung dalam penulisannya. Hati aku makin yakin dengan sangkaan yang bermain difikiran.
Terdiam seketika..............
Betullah sangkaan aku. Kisah cinta dia dengan perempuannya telah pun berakhir. Aku seakan tak percaya dengan apa yang aku baca. Aku hanya mengenali mereka melalui laman muka buku. Perempuan dia adalah salah satu dari frenlis aku. Makanya selalu aku lihat dia meghadapkan kebahagiaan mereka kepada umum. Bila membaca tentang akhirnya cerita mereka,aku jadi buntu seketika. Sangat terkejut lah kiranya.
Entri aku bukan kisah keaiban sesiapa,tapi bila aku baca setiap patah kata dalam entri dia sama dengan kisah aku dua tahun lepas. Tiba-tiba aku jadi terbuka hati untuk menceritakan sedikit . Kisah yang dah dua tahun aku buang,hari ini datang semula.
Lumrah dalam bercinta,kita takkan pernah lokek dengan orang yang kita sayang. Dan bukan nak mengungkit bila dua hati berasingan. Itu semua dikuasai oleh amarah. Apa yang aku baca,dia banyak menghabiskan wang dan waktu untuk perempuan dia. Dia jadi seakan orang yang bodoh bila perempuan dia hanya menggunakan dirinya demi kesenangan. Itu yang dia luahkan dalam cerita dia. Kesian kan ? Aku mampu faham apa yang dia rasa.
Bila diri mula rasa dianiaya,manusia mula mengatakan yang bukan-bukan tanpa usul periksa,kebenaran perlu dicari. Dia telah pun menemui bukti tentang perempuannya dan begitu juga dengan aku . Aku lakukan apa sahaja asalkan aku dapat bukti demi membersihkan nama aku. Manusia sekeliling hanya akan mendengar sebelah pihak sahaja dan aku tak salahkan mereka. Sama macam apa yang dia katakan. Tapi kebenaran memang perlu aku pertahankan. Aku dicanang sana dan sini sesuka hati dia.
Cerita tanpa bukti ibarat kertas yang terbang melayang mengikut angin. KOSONG... Aku cukup simpati bila aku mula memasuki zon bukti yang mana berlaku didepan mata dia. Menurut dia,seluruh tubuh dia menggigil saat mereka BERTIGA bertentang mata. Nampak tak kecurangan dan kebenaran disitu ? Sedangkan alasan yang diberi bukanlah disebabkan orang ketiga. Tapi lebih kepada kerimasan sepanjang perhubungan. Seperti aku, alasan dia meninggalkan aku kerana aku tidak pernah hormat keluarga dia trutama ibu dia .. Ya Allah sampai macam tu sekali alasan dia. Aku dikatakan tak pernah berubah walaupun dah banyak kali diberi peluang,aku jugalah perempuan yang banyak menghabiskan duit dia. Bermacam-macam alasan dia berikan dan bermacam-macam cerita tentang aku dicanang.
Aku terima bila aku dianiaya dan diaibkan walaupun semua tu tak betul. Aku mengaku aku bukan perempuan yag penuh kelembutan,tapi aku punya hati yang terlalu lembut.
Benang yang basah walau dicuba macam mana pun dia tak akan tegak,tapi manusia selalu nak buat jugak walaupun dia tahu memang tak boleh . Berbalik pada cerita lelaki tu,dia dapat tahu bahawa alasan yang diberikan bukanlah yang sebenar. Bila semua dah terbongkar,perempuan dia hanya diam dan membuat sesuatu yang tidak pernah dijangka. Hubungan dialam maya juga terputus kerana tidak mahu semua kebohongan dia diketahui.
Sebenarnya kisah aku dan dia langsung tak ada beza. Dari awal cerita dia sampai kehujungnya. Sungguh,siapa yang rasa akan tahu. Siapa saja yang boleh terima bila orang yang kita sayang menyatakan "AKU BENCI KAU" dengan bongkaknya sedangkan wajah dan jasad inilah yang menjadi pujaan. Aku berkongsi semua ini hanya untuk berkongsi pengalaman yang sedikit tetapi punya banyak hikmah. Jangan kita hanya terus memandang kebelakang kerana sayang yang tertinggal dan ditinggalkan. Pandanglah kehadapan kerana banyak yang menanti.
Hari ini aku mampu bernafas lega walaupun tanpa DIA YANG AKU SAYANG satu masa dulu. Berdiri dengan hinaan dan cacian banyak manusia buat aku matang. Aku juga harap dia boleh jadi seperti aku sekarang tambahan dia seorang lelaki dan bakal punya kerjaya yang membanggakan.
Tentang perempuan dia,aku harap satu hari nanti tuhan akan bukakan mata dan hati dia. Waktu itu baru dia akan tahu bahawa untuk menemui seseorang yang baik bukanlah mudah. Sekali dia pergi dia tak akan mungkin datang lagi. Hari ini mungkin kita bahagia dengan apa yang kita lakukan,esok lusa kita tidak pernah akan tahu.. Aku sebenarnya ingin sekali kongsi blog dia pada semua tapi aku tak mahu sebab hanya akan mengaibkan perempuan dia. Sebab dalam entri dia siap dengan gambar yang menjadi bukti. Aku harap dia akan terus menjadi lelaki yang punya cinta yang besar. Semoga dia akan jumpa cinta yang benar-benar sejati dan akan bawa sampai kemati. InsyaAllah.. Aku pula terus mengharap pada sebuah takdir yang indah selepas aku melalui kesakitan..
Jadikan apa yang aku ceritakan suatu tauladan dalam bercinta. Bukan semua yang kita miliki hari ini akan menjadi milik kita selamanya. Bukan semua orang yang kita kenal untuk bertahun lamanya takkan mungkin boleh berubah. Manusia boleh berubah dalam sekelip mata.
No comments:
Post a Comment