Showing posts with label KotakPerempuan. Show all posts
Showing posts with label KotakPerempuan. Show all posts

Thursday, December 13, 2012

Ibarat Kucing

Ibarat kucing..
Bila dia datang depan pintu kau dengan bulu yang cantik,
Badan yang gemuk,
Mata yang kehijauan dan bersinar
Serta manja yang terlampau
Pasti kau akan terus ambil dan bawa dia masuk ke dalam rumah tanpa kau tanya siapa tuannya....
Diawalnya..
Kau akan belai dia dengan penuh kasih sayang...
Kau berikan dia makan dengan makanan yang seenak-enaknya
Dan kau akan sediakan tempat yang paling selesa untuk dia....
Kau tidak peduli apa kemungkinan akan datang..
Kau hanya belai dia sepanjang masa.
Kau hebah pada semua orang kau suka dia.
Kau akan jaga dia...
Semua orang pun suka..
Tapi...
Bila lama dia dengan kau
Dan kau mula rasa...
Dia makan terlalu banyak..
Dia menyusahkan kau..
Dia tak mampu buat apa-apa untuk kau..
Dan dia tak membawa apa-apa faedah untuk kau..
Kau mula biarkan dia.
Kau mendiam
Dari membelai dia
Kau biarkan makan dan minum dia
Kau buat dia seperti bayang-bayang yang wujud lalu hilang...
Kalau lempiaskan marah pada benda lain
Kau fikir dia tak ada perasaan?
Dia tak ada rasa nak menangis?
Cukuplah...
Jika benar rasa kebencian mula terbit dalam diri kau
Kau nyatakan..
Nanti dia faham..
Dan dia tahu mana nak pergi
Dan dia tak akan pernah lagi kembali...
Mungkin jika kau boleh mendengar,
betapa banyak terima kasih yang dia mahu luah pada kau..
Betapa banyak doa yang dia cipta untuk kau
Kerana kau banyak berjasa kepada dia.....
NotaKaki : Sekarang aku mula sedar,aku tak ubah seperti kucing.. Cuma aku masih punya akal...

Tuesday, September 25, 2012

Manusia Bodoh


Selayaknya aku dipanggil 'manusia bodoh'

Bodoh kerana menyerahkan hati pada orang yang aku tahu akan mencampakkan hati itu kedalam tong sampah !

Aku terlupa seketika,
dia takkan pernah memilih aku saat dia berada dalam zon bahagia,
malah aku yang dia lupakan waktu itu.

Makanya aku memang 'manusia bodoh'

Aku tidak menyalahkan sesiapa.
Cumanya aku ini memang 'manusia bodoh'
Hanya jadi bodoh tanpa ada pandainya.

Lain kali jangan buat lagi wahai si bodoh !
Cukup hanya sekali ini sahaja.
Jangan pernah kau lupa luka yang menghancurkan hati.
Jangan kau jadi lagi 'manusia bodoh' seperti sekarang ini.

Jika dia yang terlalu pandai mencipta permainan,
kau seharusnya menjadi pemain yang hebat ...

Monday, September 24, 2012

Perlukah Berterima Kasih Pada Mimpi

Dah lama cerita antara kita berakhir.
Dua tahun...
Dulu selalu aku mimpi akan engkau
Lepas aku redha,
Langsung tak ada !

Bermakna kau tidak lagi terletak dalam hati.

Tapi malam tadi aku mimpi engkau.
Ada apa sebenarnya?

Mimpi itu ada orang kata cuma 'mainan tidur'
Tapi aku tak pasti sebab aku pernah dengar ustaz kata kadang-kadang mimpi itu utusan dari Allah.
Utusan apa yang Allah nak berikan pada aku ?

Mimpi itu nampak pelik bilamana aku terlalu sayang dengan kau
Sedangkan realitinya aku dah pasak semua perasaan itu dalam-dalam
bayang pun tidak mahu aku lihat
yang menambahkan keliru aku dalam mimpi itu,
ada dia ...
Si KEKASIH lelaki yang aku puja !

Dia melihat kita,
Dia meyediakan santapan untuk kita,
Dia tertawa dengan kita,
Dan dia melihat kita dengan penuh bahagia.
Ada apa dengan dia ?

Ada wujud perasaan pelik dalam mimpi itu bila aku jadi terlalu sayang pada engkau. Aku jadi seakan malu bila perempuan itu menatap aku bersama kau. Apa yang aku rasa waktu itu,

AKU SUDAH CURANG DENGAN PERASAAN SENDIRI..

Ah ! Itu tak penting
kerana yang penting aku diertemukan dengan kau didalam mimpi.
Seakan tuhan tahu kadang-kala aku merindukan kau
dan kadang-kala juga aku langsung tidak mahu mendengar nama engkau.

Apakah aku perlu berterima kasih kepada mimpi itu ?

Sunday, September 23, 2012

Perlukah Aku Diam DanTerus Menangis Atau Lari Dan Memijak Semua Batu

Harus buat apa lagi dalam keadaan sebegini?
Buka mukabuku dan masih perkara yang sama. Buka twitter masih tweet benda yang merapu.

Aku buntu tahu ?

*tunduk diam*

Kenapa mesti ada semua rasa ini?
Kalau dari dulu aku tahu akan jadi sesadis ini,aku akan lari sepantas-pantas yang boleh
Tapi aku manusia yang dijadikan buta tentang masa depan

Aku tak tahu !

Dan sekarang,
Perlukah aku diam dan terus menangis memikirkan semua yang terjadi?

Atau

Aku harus lari dan memijak semua batu-batu yang bertabur dimuka bumi?

Hakikatnya ,
Tetap sama...

Dua-dua akan buat aku SAKIT



Perasaan Itu Abstrak Katanya

Awak,
Semalam dia rasa benci sangat pada awak bila dia dapat tahu kebenaran.
Dia marah bila awak selama ini adalah penipu
Dia menangis sambil berdoa yang baik-baik untuk awak
sebab dia nak awak bahagia walaupun dia rasa dirinya sudah ditipu

Awak,
Malam tadi dia sendiri
Nasib baik ada kazen yang boleh buat dia ketawa dan lupa semua perasaan
Tapi bila kazen dah balik,dia kembali sendiri dan ingat akan perasaan yang satu itu.

Dia ekspresikan perasaan pada gambar dan lagu.
Mungkin awak akan faham,
dan mungkin juga tidak.
Kalau tidak faham itu lebih baik kerana dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
Dia mahu semua nampak tenang seperti tidak ada apa
padahal dalam hati dia sedang bergelora.

Awak pernah kata dulu,
perasaan ini sangat abstrak.
Maka kita boleh rasa apapun dan pada siapa pun.
Dia ingat itu walaupun hampir satu tahun awak katakan.

Hari ini,
ada satu lagi benda yang dia nampak.
Kebiasaannya dia akan gabra bila melaluinya,
tapi kali ini dia diam saja.
Mahu menangis airmata seakan lokek.
Mahu ketawa bibir seakan keras.
Mahu menjerit suara seakan membisu.
Apa yang dia rasa, dia sendiri tidak tahu.
Apa yang awak dah lakukan sampai perasaan dia mati sebegini?
Dia tidak pernah rasa semati ini selama dia mengenali awak.

Dia harap esok akan baik baik saja
Dia tak mahu perasaan ini terus mengekori setiap langkah dan setiap hela nafasnya
Dia mahu semua macam dulu
Hela nafas ada awak,
Langkah kaki ada awak.
Tapi,,,,
Ada banyak benda yang akan buat hati dia kekal seperti ini sampai bila bila.

Kertas Usang : Kepercayaan ibarat kertas,sekali ia renyuk ia langsung tidak boleh diguna lagi

Wednesday, August 15, 2012

Awak, Ini Luahan Hati Dia

Awak...
Dulu sebelum awak datang dalam hidup dia, dia selalu duduk diam dan dengan tak semena-mena airmata jatuh.Dia selalu ingat kisah silam yang mana hampir membunuh hati dia dengan kejam ! Dia membenci makhluk bernama 'lelaki' yang berhuruf ' S'
Pada dia,hidup macam dah tak bermakna lagi bila semua cinta yang ada diserah pada lelaki itu hanya dipersiakan. Lima tahun dia menyayangi lelaki itu tanpa berbelah bagi, tanpa ada dusta dan tanpa ada orang lain dalam hatinya.. Tapi akhirnya dia ditipu,dicurangi,dihina,difitnah ! Itu amat sakit sekali hingga buat dia jatuh tersungkur dan berdarah.

Selepas setahun dia duduk dalam kolong kesedihan,dia nekad untuk keluar dengan harapan yang baru walau dia tahu hatinya masih belum mampu dia buka untuk orang lain. Pintu hatinya dikunci dengan berjuta mangga besar sampaikan tiada seorang pun yang mampu membuka . Pada dia, memang Allah temukan dia dengan orang yang salah satu saat dulu, tapi dia tak mahu lagi bertemu dengan orang yang salah untuk kali kedua dan seterusnya ...

Awak..
Sampai satu saat takdir awak dan dia sampai,dia sangat gembira. Dan kehadiran awak dalam hidup dia betul-betul tepat pada hati.
Dia jadi seperti berada diawang-awangan
Dia jadi seperti seorang yang baru,yang lupa tentang kepahitan hidupnya
Dia jadi seorang yang mampu tersenyum dua-puluh-empat jam sehari tanpa sebab
Dia jadi seorang pencerita yang hebat dan ceritanya semua tentang awak

Awak...
Tanpa dia sedar,hati dia dah terbuka dengan luas hanya untuk awak. Walau dia tahu itu semua tidak patut dia lakukan,tapi dia hanya manusia biasa yang tak mampu melawan perasaan. Dia jadi seorang yang menanti penuh sabar sedangkan dia tahu awak tak akan dia miliki . Hati dia memilih awak tanpa paksaan dari siapa dan tanpa paksaan dari diri dia sendiri. Dia jadi semakin yakin dengan perasaannya bila awak kerap bagi dia harapan.
Bagi dia lagu yang menyentuh hatinya

Awak..
Ada satu hari awak buat hidup dan harapan dia gelap gelita serta runtuh. Bila marah menguasai,memang manusia akan lakukan apa sahaja. Awak marah pada dia, awak hemburkan kata-kata berbisa yang melukakan hati dia, tapi dia diam dan telan semua kata-kata awak sebab dia tahu bila dia lakukan perkara yang sama pada awak ianya hanya akan merosakkan lagi hubungan kalian. Lagipun apa yang awak katakan pada dia bukan semua betul.. Dia sabar,dia menangis dibalik lappynya dan dia pujuk sendiri hatinya kerana dia terlalu menyayangi awak.

Awak..
Tahu tak awak lelaki pertama yang berjaya buka hati dia selepas kesedihan dia ?
Tahu tak awak lelaki yang buat dia rasa sangat-sangat dihargai ?
Tahu tak awak lelaki pertama yang sangat sweet pernah dia kenal ?
Tahu tak awak lelaki pertama yang punya kekasih tapi dia tetap suka ?
Awak tahu tak ???
Mungkin awak tak pernah tahu semua ini sebab awak tak endah tentang dia ...

Dia kata..
Awak ibarat pelangi, yang datang dengan cantik sekali walaupun hanya seketika
Awak ibarat bintang dilangit, yang selalu buat dia rasa nak mendongak keatas pada waktu malam
Awak ibarat pen, yang buatkan dia suka menulis kata-kata untuk seseorang yang dia cinta
Awak ibarat penawar, yang boleh mengubati semua luka dia
Dan awak juga ibarat racun, yang mampu untuk mebunuh dia tanpa belas kasihan

Tapi...
Awak adalah yang terindah setakat ini dalam hidup dia.. Dia tahu makna 'bertepuk sebelah tangan' sebab itu dia tak pernah ambil hati bila awak mencaci dia.. Kerana dia tahu dalam apa pun hubungan,suka duka adalah salah satu rencahnya.
Hari ini dia tekad untuk tinggalkan semua cerita tentang awak selepas sepuluh-bulan dia bertahan.
Ketawa dengan awak..
Menangis sendiri..
Bercerita dengan awak..
Merintih sendiri..
Dia akan cuba ubah semuanya menjadi sendiri walaupun payah.

Dia tahu cinta awak hanya satu,hati awak hanya satu.. semua itu milik kekasih awak. Dia tak mahu lagi dipandang serong dan dianggap yang ketiga dalam hubungan dan cerita cinta awak.
Dia sudah cukup bersyukur bila awak punya hati yang terlalu mulia bila awak sudi memaafkan semua kesalahan dia .. Awak memang baik dan dia akan ingat awak sampai bila-bila .. Dia berharap hubungan ini tidak akan berakhir sebegitu sahaja. Untuk hari ini,biarkan ianya berakhir kerana dia terlalu letih dengan semua perasaan yang wujud..Bukan dia mengalah sebelum berjuang,tapi dia hanya mahukan kemenangan yang selayaknya. Pengorbanan lebih berharga dari segala-galanya awak ...

Awak..
Dia tak minta untuk awak balas cinta dia , tapi dia akan jaga perasaan dia pada awak sampai bila-bila. InsyaAllah



Saturday, July 14, 2012

Eh ! Tolong Jangan Curang

Semalam kau janji akan ada dalam setiap kesusahan dia
kau janji lagi akan ada saat dia perlukan bahu untuk menangis.

Tapi hari ini ...

Dia bernafas bagai ikan diatas darat 
tercungap-cungap mencari nafas
dia menangis bagai nak gila sendirian
tapi kau...
entah kemana ...


Kau tahu yang kau dah lupa pada janji ?
Kau tahu diakhirat nanti semua janji akan diadili ?
Kau tahu semua tu ?
Apa yang kau tahu saat ini ?

Hanya mungkir janji..

Dia diamkan semua janji-janji kau sebab dia malas hendak bertikam lidah dan juga sebab dia sayangkan kau..
Dia rasa semua janji kau itu akan ditunaikan suatu hari nanti dengan penuh bahagia.
Kau pula, tak pernah faham keinginan hati dia ..

Kau nampak pendiam..
pemalu...
penyayang..
kaulah seolah-olah kekasih teragung dia..
Tapi rupa-rupanya...
kau macam mata pedang yang sangat tajam !

Kenapa kau curang ?
kenapa kau dua kan dia ?
kenapa kenapa kenapa kenapa ?

Apa dosa dia pada kau sampai kau buat dia semacam ini ?

Kau hina dia depan khalayak !
kau kata kau benci dia !
kau kata dia pengikis semua ringgit kau !
kau kata keluarga kau tak boeh terima dia !
kau kata lagi dia adalah perempuan yang langsung tak tahu erti menghormati !

Ohhh ... benarkah semua tuduhan kau ?

Jika benar apa yang kau semburkan pada dia ,
kenapa bukan dari bertahun dulu ?
kenapa kenapa kenapa ??

Dalam paksa dia terima semua tuduhan dan cacian kau !

Satu hari dia dapat tahu semua itu hanya alasan untuk mewangikan perbuatan kau yang busuk !
Ternyata tuhan tidak pernah tidur ..
Rupanya kau lebih jahat dari apa yang dia sangka ..
Semua janji yang buat hanya akan kau jawab disana nanti ..
Cukuplah hanya dengan dia..
jangan lagi janji dengan orang lain.

Hey pencurang !!
Kan lebih senang kalau kau kata kau mahu curang !
Tak perlu untuk dia buang waktu berhabis semua untuk kau !
Tak perlu dia bazirkan airmata aku untuk kau !

Eh ! Tolonglah...
Jangan pernah curang lagi !
kerana bila kau curang, kau adalah orang yang paling jahat dalam dunia cinta !
dalam dunia kasih !
dan dalam dunia sayang !!
Kau memang pencurang !!

Jauh.. jauh.. dan jauhkan dari dia manusia seperti ini
kerana dia sudah sangat letih dengan helah seorang pencurang ...

{ Mana Adil Untuk Kita }

Cuba jerit kuat-kuat supaya semua yang terpendam akan tersembul ..
biar aku puas !
biar aku lega !

Angin menerpa ke muka seolah-olah ingin meredakan semua..
padahal tak ada apa-apa yang aku rasa
selain rasa sebal dan sengsara
Bila ingat kekasih dia
aku rasa macam mahu saja tikam dada sendiri
mahu saja aku hentak kepala sendiri
biar hati mati
biar otak mati
tak ada lah aku rasa bersalah semacam ini..

Ini tidak adil untuk kekasih dia
langsung tidak adil !
Tapi mana adil untuk aku ?
perlu kah ada keadilan untuk perempuan ketiga macam aku ?
mana adil untuk dia ?
sajak kah dia mendapat keadilan sebab dia yang memulakan semua ini ?
Ah ! bila bukak mulut pasal adil, semua nak ..
macam budak kecil yang dibaling dengan gula-gula kapas.

entah perlu atau tidak adil untuk aku..
entah mana adil untuk dia ..
entah layak atau tidak adil untuk kekasih dia...
Entah mana adil untuk kami ..

Tapi aku tetap rasa kekasih dia perlu mendapat keadilan ini,
jangan bagi dia mati kerana tidak ada adil
jangan bagi dia pergi kerana kurangnya adil
semua ini milik dia
semua ini milik hak dia..

Ambillah jika kau rasa mahu ambil
aku siapa ?
jangan risau..
aku okay saja..
dia bukan untuk aku
tapi dia untuk kau
bawa dia pergi jauh
jauh dari pandangan mata...
semoga kau dan dia bahagia...                                                                                                                                  

Thursday, June 14, 2012

Cerita Aku Dan Dia Sama


Malam tadi saat aku mengembara dialam maya,aku tergerak hati untuk membuka sebuah dunia maya milik seorang lelaki. Aku selalu juga teroka dunia maya dia sebab dunia maya dia banyak menceritakan tentang kisah cinta antara dia dan perempuan dia. Seorang lelaki yang sangat ikhlas menyayangi perempuannya dan berkongsi semua cerita indah untuk para peneroka dunianya. Bukan semua lelaki mampu buat seperti dia. Bukan juga aku terlalu memuji dia..

Tapi kali ini tajuk entri dalam dunianya buat hati aku seakan-akan diheret duduk diam menghadap skrin lappy. Bermacam-macam yang bermain difikiran aku. Tapi dengan pantas aku menghapusnya mengikut angin malam.
Aku mula membaca setiap patah kata yang terkandung dalam penulisannya. Hati aku makin yakin dengan sangkaan yang bermain difikiran.

Terdiam seketika..............

Betullah sangkaan aku. Kisah cinta dia dengan perempuannya telah pun berakhir. Aku seakan tak percaya dengan apa yang aku baca. Aku hanya mengenali mereka melalui laman muka buku. Perempuan dia adalah salah satu dari frenlis aku. Makanya selalu aku lihat dia meghadapkan kebahagiaan mereka kepada umum. Bila membaca tentang akhirnya cerita mereka,aku jadi buntu seketika. Sangat terkejut lah kiranya.

Entri aku bukan kisah keaiban sesiapa,tapi bila aku baca setiap patah kata dalam entri dia sama dengan kisah aku dua tahun lepas. Tiba-tiba aku jadi terbuka hati untuk menceritakan sedikit . Kisah yang dah dua tahun aku buang,hari ini datang semula.

Lumrah dalam bercinta,kita takkan pernah lokek dengan orang yang kita sayang. Dan bukan nak mengungkit bila dua hati berasingan. Itu semua dikuasai oleh amarah. Apa yang aku baca,dia banyak menghabiskan wang dan waktu untuk perempuan dia. Dia jadi seakan orang yang bodoh bila perempuan dia hanya menggunakan dirinya demi kesenangan. Itu yang dia luahkan dalam cerita dia. Kesian kan ? Aku mampu faham apa yang dia rasa.

Bila diri mula rasa dianiaya,manusia mula mengatakan yang bukan-bukan tanpa usul periksa,kebenaran perlu dicari. Dia telah pun menemui bukti tentang perempuannya dan begitu juga dengan aku . Aku lakukan apa sahaja asalkan aku dapat bukti demi membersihkan nama aku. Manusia sekeliling hanya akan mendengar sebelah pihak sahaja dan aku tak salahkan mereka. Sama macam apa yang dia katakan. Tapi kebenaran memang perlu aku pertahankan. Aku dicanang sana dan sini sesuka hati dia. 

Cerita tanpa bukti ibarat kertas yang terbang melayang mengikut angin. KOSONG... Aku cukup simpati bila aku mula memasuki zon bukti yang mana berlaku didepan mata dia. Menurut dia,seluruh tubuh dia menggigil saat mereka BERTIGA bertentang mata. Nampak tak kecurangan dan kebenaran disitu ? Sedangkan alasan  yang diberi bukanlah disebabkan orang ketiga. Tapi lebih kepada kerimasan sepanjang perhubungan. Seperti aku, alasan dia meninggalkan aku kerana aku tidak pernah hormat keluarga dia trutama ibu dia .. Ya Allah sampai macam tu sekali alasan dia. Aku dikatakan tak pernah berubah walaupun dah banyak kali diberi peluang,aku jugalah perempuan yang banyak menghabiskan duit dia. Bermacam-macam alasan dia berikan dan bermacam-macam cerita tentang aku dicanang.
Aku terima bila aku dianiaya dan diaibkan walaupun semua tu tak betul. Aku mengaku aku bukan perempuan yag penuh kelembutan,tapi aku punya hati yang terlalu lembut. 

Benang yang basah walau dicuba macam mana pun dia tak akan tegak,tapi manusia selalu nak buat jugak walaupun dia tahu memang tak boleh . Berbalik pada cerita lelaki tu,dia dapat tahu bahawa alasan yang diberikan bukanlah yang sebenar. Bila semua dah terbongkar,perempuan dia hanya diam dan membuat sesuatu yang tidak pernah dijangka. Hubungan dialam maya juga terputus kerana tidak mahu semua kebohongan dia diketahui.

Sebenarnya kisah aku dan dia langsung tak ada beza. Dari awal cerita dia sampai kehujungnya. Sungguh,siapa yang rasa akan tahu. Siapa saja yang boleh terima bila orang yang kita sayang menyatakan "AKU BENCI KAU" dengan bongkaknya sedangkan wajah dan jasad inilah yang menjadi pujaan. Aku berkongsi semua ini hanya untuk berkongsi pengalaman yang sedikit tetapi punya banyak hikmah. Jangan kita hanya terus memandang kebelakang kerana sayang yang tertinggal dan ditinggalkan. Pandanglah kehadapan kerana banyak yang menanti. 

Hari ini aku mampu bernafas lega walaupun tanpa DIA YANG AKU SAYANG satu masa dulu. Berdiri dengan hinaan dan cacian banyak manusia buat aku matang. Aku juga harap dia boleh jadi seperti aku sekarang tambahan dia seorang lelaki dan bakal punya kerjaya yang membanggakan. 

Tentang perempuan dia,aku harap satu hari nanti tuhan akan bukakan mata dan hati dia. Waktu itu baru dia akan tahu bahawa untuk menemui seseorang yang baik bukanlah mudah. Sekali dia pergi dia tak akan mungkin datang lagi. Hari ini mungkin kita bahagia dengan apa yang kita lakukan,esok lusa kita tidak pernah akan tahu.. Aku sebenarnya ingin sekali kongsi blog dia pada semua tapi aku tak mahu sebab hanya akan mengaibkan perempuan dia. Sebab dalam entri dia siap dengan gambar yang menjadi bukti. Aku harap dia akan terus menjadi lelaki yang punya cinta yang besar. Semoga dia akan jumpa cinta yang benar-benar sejati dan akan bawa sampai kemati. InsyaAllah.. Aku pula terus mengharap pada sebuah takdir yang indah selepas aku melalui kesakitan..

Jadikan apa yang aku ceritakan suatu tauladan dalam bercinta. Bukan semua yang kita miliki hari ini akan menjadi milik kita selamanya. Bukan semua orang yang kita kenal untuk bertahun lamanya takkan mungkin boleh berubah. Manusia boleh berubah dalam sekelip mata.

Saturday, November 05, 2011

6 REASON WHY SWEET TO BE SINGLE

Tidak berteman? Rasa sunyi? Usah harungi detik bersendirian dengan perspektif pesimistik. Berikut adalah antara alasan mengapa single ROCKS!!!

1. Bebas dan berdikari
Jika terasa ingin membeli belah, jangan fikir lama-lama. Dengan kebebasan yang ada, anda boleh membuat apa sahaja yang anda suka, sama ada menonton wayang romantiks seorang diri atau ke salun kecantikan. Jika teringin mencuba stail rambut baru, pergilah ke salun dan dapatkan nasihat. Bukan sahaja kebebasan ini dapat memberi anda ruang untuk mebuat perkara yang diinginkan, anda juga dapat berkenalan dengan lebih ramai rakan baru tanpa perlu risau boyfriend berasa cemburu.


2. Jadi rakan yang baik
Sememmangnya tanpa kekasih di sisi, anda mempunyai banyak masa berkualiti bersama rakan-rakan. Anda boleh ke spa bersama-sama dan mengadakan parti di rumah. Bukan sahaja mengeratkan hubungan malah memberi peluang mengenali diri dan rakan. Detik yang dikongsi bersama boyfriend ke padang bola atau futsal boleh digantikan dengan membuat aktiviti yang lebih berfaedah dengan rakan baik.

3. Lebih banyak masa berkualiti di rumah
Ibu bapa sering terasa keseorangan apabila anak gadis sudah besar dan mempunyai boyfriend terutamanya apabila anak-anak sudah bekerja dan mempunyai rumah sendiri. Kalau single, lebih banyak masa boleh diluangkan bersama mereka di rumah. Sama ada makan malam bersama atau berbual-bual di hujung minggu cukup bermakna kepada kedua-dua ibu bapa anda. Bukan itu sahaja, anda juga boleh membantu ibu mengemas rumah atau menolong ayah mencuci kereta. Hubungan kekeluargaan akan lebih erat.

4. Kuat keuntungan dengan part-time
Dengan banyak masa terluang, anda boleh membuat kerja part-time. Bukan sahaja memberi wang lebih malah berpeluang berkenalan dengan orang baru. mungkin anda bertuah bertemu teman baru yang berkongsi minat yang sama.

5. Jimat kos
Bila berdating, perbelanjaan akan meningkat. Bila single, perbelanjaan boelh dijadikan simpanan dan digunakan untuk aktiviti yang diinginkan seperti melancong ke luar negara dan membeli komputer riba baru. Anda boleh memilih untuk makan fast food dan pulang ke rumah menikmati makanan ibu. Bukan itu sahaja, anda tidak perlu keluarkan bajet untuk hari2 speselseperti hari kekasih, ulang tahun dan sebagainya.

6. Kurang beban tanggungjawab
Anda tidak perlu risau sama ada rakan-rakan boyfriend sukakan anda atau tidak. Anda juga tidak perlu risau sama ada ibu bapabya mempunyai impresi positif terhadap anda. Dengan menjadi single, anda hanya perlu bertanggungjawab pada diri sendiri. Segala keputusan terletak di tangan anda dan tak rasa gusar atau bimbang sama ada ia akan merisaukan boyfriend anda.

Friday, October 28, 2011

Period ??? Masalah ke ??


Assalamualaikum..

Hari ni jejaryBisu saya agak rajin lah untuk update blog ni ...(memang hari2 pon update) hheheheehe
Masa duduk2 ngan kawan-kawan tadi mereka sibuk dok cerita pasal period. Ada yang kata bila period tak ada mood nak kerja la,tak ada mood nak pergi dating ngan bf la .. Macam2 lah masalah yang dorang hadapi. Pada saya sendiri,period tu tak ada masalah sebenarnya..Bila saya sendiri period,aktiviti saya akan berjalan macam biasa je . Lagi2 kerja saya kebanyakannya outdoor and banyak bergerak berbanding my fren yang kerja duduk dalam office je..

Setiap kita(perempuan) yang sihat mesti akan period setiap bulan kan??. Ada juga yang bila period mereka senggugut,lenguh-lenguh badan,emo dan banyak lagi.Tapi u all janganlah risau,benda2 ni semua boleh u all atasi sebenarnya.Saya adalah sikit tips untuk dikongsi.. Jom kita usha tips2 ni ..

KAWAL PEMAKANAN
- Beberapa hari sebelum period,elakkan memakan makanan yang berempah,yang pedas ataupun minuman yang bergas dan berkafein.Sebaiknya,u all makan yogurt atau buah-buahan ataupun u all boleh lah makan snek2 yang berkhasiat.

KEKAL AKTIF
-Make sure u all sentiasa cergas dengan mengamalkan rutin senaman setiap hari. Kalau tak sempat,senaman ringan pun da okey dear asalkan u all berpeluh.Kajian ada menunjukkan bahawa gaya kehidupan yang aktif mampu membantu mengurangkan risiko senggugut semasa period.(Saya tgk dlm magazine je kajian ni)So lepas ni jangan lah bagi banyak alasan kerana senggugut okey.. hehe

RELAKS
-Hah!! yang ni paling best sekali lah.. Jangan lah stress sangat ngan period. Jangan buat something yang boleh bagi u all stress atau ganggu emosi u all.U all kekalkan ceria and buatlah apa-apa aktiviti yang boleh menyenangkan u all like tengok wayang dengan kawan-kawan ke,lepak kat rumah sambil baca buku ke,
bermeditasi untuk tenangkan fikiran.

MANJAKAN DIRI
-Bunyi macam gediks je kan?? hehe.. Sebenarnya maksud manjakan diri tu bukanlah gediks2 ..Biasanya sebelum period badan kita akan sakit2 and mungkin akan jadi lesu je .. So inilah masanya unutk u all pergi ke spa and relaks sampai muntah. hahaha
Bila sebut je spa,memang kita akan dimanjakan lah .. Dari hujung rambut sampai hujung kaki.. waaa~~ bestnyeee !!! Saya pun dah lama tak pergi spa.. huhu
Lagi satu kalau u all tak sempat nak pergi spa ke apa, u all boleh duduk rumah and makan your favourite chocolate.. sebab chocolate ni boleh hilangkan stress tau ..erm,,, seronoknyeee !!

So,macam mana? Saya pun selalu gak buat apa yang saya tulis tu. Tapi bukanlah setiap bulan.. hehe.. Hope u all dapatlah gunakan tips2 tu okey.. Saya dah nak keluar ni ngan kawan2 .. Kami nak pergi buat terapi .. Window shopping !! bubye sayang !! love u all :D

Tuesday, October 25, 2011

9 wanita yang jadi perhatian


1 . SIKAP KEIBUAN
Banyak lelaki yg terpikat pd wanita yg bersikap keibuan,lembut , mengambil berat dan penuh kasih sayang.Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketikasedang stress,cemas, gelisah dan senang.

2 . KEANAK-ANAKKAN
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakkan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki.Mereka terasa terhibur dengan keletah anda, tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati.Tetapi sikap keanakan yang menyenangkan. Misalny­a kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dankelakian lelaki,wanita ceria membuat lelaki lebih ghairah.

3 . PENUH PENGERTIAN
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya.Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya.

4 . MENGHARGAI 
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki.Berbeza dgn wanita yg suka di perlakukan dgn lembut,lelaki suka dihargai ,dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Pengharg­aan dari wanita membuat lelaki berasa bangga. 

5 . MENJAGA PENAMPILAN
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilan agar sentiasa kelihatan cantik,bersih, kemas dan menarik.Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.

6 . PANDAI BERBICARA
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual.Walau walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif,tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik,serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik.

7 . PANDAI BERGAUL DAN MENYESUAIKAN DIRI
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih dimata lelaki.Wanita tersebut tahu menghadapi org yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda.Apabila berhadapan dgn suasan yg baru,wanita tersebut tidak gentar,malah cepat menyesuaikan diri.Dia mudah diajak kemana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

8 . MENGHORMATI DIRI SENDIRI 
Lelaki suka wanita yg menghargai dirinya sendiri sebagai seorang wanita,bersikap sopan dan mempunyai etika.Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. 

9 . SIMPATI DAN PRIHATIN
Lelaki suka wanita yg murah hati,mengambil berat,simpati pada nasib yg susah.Sayang pada kanak2 dan tidak memilih bulu.Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yng mulia.Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dengan indah dan mempesona.
(keluarga sakinah)

♡ Love Her ♡

"Love her …when she sips on your coffee or tea. She only wants to make sure it tastes just right for you.

Love her…when she "pushes" you to pray. She wants to be with you in Jannah (Paradise).

Love her…when she asks you to play with the kids. She did not "make" them on her own.
...
Love her...when she is jealous. Out of all the men she can have, she chose you

Love her…when she has annoying little habits that drives you nuts. You have them too.

Love her…when her cooking is bad. She tries.

Love her…when she looks dishevelled in the morning. She always grooms herself up again.

Love her…when she asks to help with the kids homework. She only wants you to be part of the home.

Love her...when she asks if she looks fat. Your opinion counts, so tell her she's beautiful.

Love her…when she looks beautiful. She's yours so appreciate her.

Love her...when she spends hours to get ready. She only wants to look her best for you.

Love her…when she buys you gifts you don't like. Smile and tell her it's what you've always wanted.

Love her…when she has developed a bad habit. You have many more and with wisdom and politeness you have all the time to help her change. Love her…when she cries for absolutely nothing. Don't ask, tell her its going to be okay

Love her…when she suffers from PMS. Buy chocolate, rub her feet and back and just chat to her (trust me this works!)

Love her…when whatever you do is not pleasing. It happens and will pass

Love her…when she stains your clothes. You needed a new thobe (kurta) anyway

Love her…when she tells you how to drive. She only wants you to be safe.

Love her…when she argues. She only wants to make things right for both

Love her…she is yours. You don't need any other special reason!!!!



30 ways to make a girl smile



Okey.. Arini saya nak share sqet la info tentang perempuan.. Artikel ni bukan datang dari jejary bisu saya ni,tp saya terjumpa kat tepi jalan .. hehe .. Tak nak buang masa,so jom la kita baca sama2 okey..

1. tell her she is beautiful
2. hold her hand at any moment.. even if its just for a second
3. hug her from behind
4. leave her voice messages to wake up to
5. introduce her to your friends... as your special one..
6. don't go hang out with your ex when she is not with you, you might not     realize how badly it hurts her.
7. if you're talking to another girl, when you're done talking, walk over and hug her and kiss her.. let her know she's yours and they aren't
8. write her notes or call her just to say "HI"
9. play with her hair
10. pick her up (she loves it)
11. get upset if another guy touches her and she doesn't like it
12. make her laugh
13. let her fall asleep in your arms
14. if she's mad at you, kiss her
15. if you care about her, then TELL HER
16. every guy should give their girl 3 things: a stuffed animal (she'll hug it every time she goes to sleep), jewelery (she'll treasure it forever) and one of her t-shirt (she'll most likely wear it to bed) or sweatshirt sprayed with her cologne!
17. treat her the same around your friends as you do when you're alone
18. look her in the eyes and smile
19. hang out with her on weekends
20. kiss her in the rain (girls love this)
21. kiss her just for the heck of it
22. if you listening to music, let her listen too
23. remember her birthday and get her something, even is it's simple and inexpensive, it came from YOU. it means all the world to HER
24. when she gives you a present on your birthday, or whatever, take it and tell her you love it, even if you don't (it'll make her happy)
25. always call her when you say you will, it may not seem like it, but it does hurt her and make her think you don't care. so call even if you can only talk for a minute. girls don't necessarily have to have hour long conversations every night but its nice for her to hear your voice even for a quick hello. (strongly agreeeed!)
26. give her what she wants
27. recognize the small thing.. they usually mean the most
28. don't hug her friends or your friends that are girls cause she'll feel left out
29. hang out with her whenever you are free and u should be free to hang with your girl all the time
30. if u care about her. SHOW her!

Wednesday, October 05, 2011

APABILA KAMOO KECEWA (⋋▂⋌)

MENANGIS SEPUAS-PUAS HATI
Walaupon airmata tak dapat selesaikan masalah tp ianya dpt meredakan hati yg kecewa n sakit aty. So drpd korang lepaskn geram kt org lain , lbh baik korang menangis sepuas-puasnye. Jgn menahan rse sedih korang sebab ianye akn bt korang rse lebih tertekan... J

CURAHKAN PADA TEMAN
Carilah sahabat yg btl2 korang pecaye. Jadikan die sbgai tempat mengadu. Curahkan semua perasaan sedih korang pd die. Mungkin nasihat mereka akn meredakan kesedihan korang...

CURAHKAN PADA KERTAS
Apakata klo koang malu or segan nk luahkan pada kawan2, korang tulis atas kertas cam korang bt diary .. cra yg ni safe sqet kot sbb kite pon xkn malu .. hehe .. n cara ni gak korang boleh jujur untuk meluahkan perasaan sebab ianya x melibatkan sesiapa..

KELUAR BERSERONOK NGAN KAWAN-KAWAN
Jgn menyisihkan diri daripada kawan2. Hidup mesti kene teruskn. Teruskan beseronok ngan kwn2 but jgn plak smpai lupe diri okey ! Berseronok just tok lupekan jap mslah korang 2 ...

BERUBAH KEARAH KEBAIKAN
Die tolak cinta korang mungkin sebab korang de kekurangn yg susah untuk die terima. Oleh sebab 2 apakate korang cuba berubah. Tp bkn untuk die. Berubah tok diri korang sendiri. Xde salahnye berubah kearah kebaikan kn ??

JAUHKAN DIRI DARI TEMPAT BERSEJARAH KORANG NGAN DIE
Elakkan pegi ke tempat yg pernah jd sejarah antara korang ngan die. Tambah lagi tmpt 2 tempat kesukaan die. Cara terbaik tok korang lupakan die adalah buang semua kenangan silam dr hidup korang ...

BUAT PENAMPILAN BARU
Ubah penampilan diri korang agar Nampak lebih segar wlaupon sebenarnye korang tgh kecewa.. Jangan nk kusut masaikn diri korang lg. Korang akn lbih tak bermaya dan tak bersemangat tok teruskan hidup.

CARI PENGGANTI
Tak payah mengharap pada yg tak sudi. Cuba cari pengganti. Percayalah ada yg lebih baik dr die kt luar sana. Cme korang je yg perlu bukak mate . ( x dinafikan,cara ni mmg ssh sqet nk ikt sbb kite msh syg die kn ?? huhu)

p/s : sy harap ape yg dikongsi ni akn berguna tok korang. Sy cme gne kn pengalaman yg ade. Yang mana korang rse ok , blh la ikt. Tp ape pon yg kite nk bt, kite kne mulakan dr haty.. haty mmg ssh nk dipakse. Jd, tepuk dada korg, n tye la selera... salam syg tok korang semua...
Copyright©2011-2012.All Right Reserve By ✿CherytaJejaryBisu✿