Tuesday, September 18, 2012

Menghitung Detik Perpisahan

Hati mula rapuh bila aku mula sedar detik perpisahan itu semakin hampir,
Masa semakin mencemburui  bila aku rasa  ia bergerak dengan pantas
Jiwa semakin resah bila tahu aku bakal melalui dan menghadapinya

Tuhan,
Memang bukan ini yang aku minta
Bukan juga yang aku mahukan
kerana hanya Engkau yang tahu betapa aku sayangkan mereka
dan takkan mungkin aku menjemput perpisahan ini

Menatap wajah mereka buatkan aku semakin layu
Mendengar suara mereka membuatkan aku semakin sayu
Kenapa mesti semua ini terjadi pada aku ?
Kenapa bukan dia ?
Kenapa bukan mereka ?
Kenapa bukan orang lain ?

tapi aku tak punya pilihan kerana ini takdir yang telah kau siapkan untuk
menguji sejauh mana aku.
Ini juga dugaan yang mana perlu aku lalui selagi aku bernyawa dan bernama manusia.

Jika ini punya hikmah  yang indah diakhirnya,aku redha...
Jika ini mampu buatkan kami merasa saling menyayangi satu hari nanti aku pasrah
Hanya Engkau yang maha mengetahui kenapa jalan ini yang kau cipta untuk aku..

Tuhan,
Jika nanti mereka jauh dari aku
Tolong jagakan mereka untuk aku ,
Jangan bagi mereka sakit,
Jangan bagi mereka leka
Jangan bagi mereka lupa tentang kehidupan dengan aku
Sampai hujung nyawa aku akan menyayangi mereka ..

Hadiahkan aku ketabahan saat nanti perpisahan berlaku.
Aku tak mahu mereka tahu aku rapuh
Aku mahu mereka tahu aku adalah orang yang paling kuat dalam dunia ini
Yang pernah mereka kenal...

No comments:

Copyright©2011-2012.All Right Reserve By ✿CherytaJejaryBisu✿