Showing posts with label KotakCerita. Show all posts
Showing posts with label KotakCerita. Show all posts

Saturday, June 16, 2012

Suratan Dan Kebetulan Kita


Suratan adalah sesuatu yang disiapkan oleh pencipta untuk kita semua.
Kebetulan pula.. sesuatu yang mungkin bukan dirancang tetapi tetap berlaku tanpa diundang.
Semua manusia pasti selalu memikirkan tentang suratan dan juga kebetulan ini. Bohong kalau ada yang kata tidak pernah memikirkan ...

Aku juga manusia yang selalu memikirkan soalan yang sama. Bercerita dengan banyak orang tentang semua ini kadang buat aku semakin keliru. Menunggu jawapan yang kabur dan semakin kabur. Menunggu Sesuatu yang belum pasti milik aku..adalah sesuatu yang sangat letih. Tapi hati memang  tak pernah nak faham. Dan aku sebagai pemilik hati hanya mengikut kehendaknya ..
Adakah cerita aku dan dia sebuah suratan atau hanya sekadar kebetulan untuk menguji ?
Perkenalan aku dan dia bermula dengan sesuatu yang sangat indah untuk dikenang,sangat manis untuk disimpan dan sangat bermakna untuk dilupakan. Walau aku tahu,pertemuan aku satu suratan dari Allah..tapi aku belum ada jawapan kenapa mesti suratan sebegini yang hadir. Aku punya banyak persamaan dengan dia.

Aku dan dia dilahirkan dalam tahun yang sama,hari yang sama dan hanya bulan sahaja membezakan kami. Genap empat bulan kelahiran dia didunia ini,aku pun dilahirkan. Tanpa kami duga,selepas dua-puluh-empat tahun kami ditemukan. Adakah ini suratan ? Mungkin ya...
Aku dan dia juga memerlukan sesuatu yang dipanggil PERHATIAN dan KASIH SAYANG dari seseorang yang kami sayang... Tapi semuanya hanya dibuat alat permainan mereka-mereka yang langsung batu tidak memahami..

Aku tak tahu apa yang ada sebenar-benarnya dalam hati dia. Tapi kebanyakan yang aku rasa,dia juga dapat rasa. Dia boleh baca perasaan aku dari apa yang tulis.. aku kata.. dan layangkan. Apa Allah sengaja temukan aku dengan dia untuk memberitahu bahawa masih ada manusia dan lelaki yang mampu membuat jantung aku berdegup kencang ?
Bila aku cuba untuk jauh.. dia akan rasa dan cepat-cepat bertanya. Bila aku berubah..dia lah orang pertama yang perasan. Aku juga macam itu. Setiap gerak dia,perubahan dia,semua aku boleh rasa. Aneh sungguh... sedangkan kami baru sahaja kenal.

Adakah persamaan aku dan dia itu satu suratan atau hanya kebetulan ?

Dia pernah berikan aku sebuah lagu yang membayangkan perasaan dia.
Jujur.. aku mengalirkan airmata saat aku dengar lagu itu. Salah satu liriknya mengatakan dia tak mahu waktu itu terhenti tanpa aku. Aku juga macam itu. Pedih siksa rasanya bila aku tanpa dia. Dunia seakan kejam aku rasakan bila dia tidak ada.
Kemudian dia menuntut kepercayaan aku dengan memberikan aku sebuah lagi lagu. Tapi dia tidak tahu aku dah lama percaya pada dia bahawa dia memang lelaki yang baik ..

Tapi kadang-kala suratan itu tak seindah yang kita sangkakan. Kebetulan pula tidak seteruk yang kita fikirkan. Samada aku dan dia suratan ataupun kebetulan,aku tetap bersyukur kerana diberi kesempatan untuk rasa sesuatu terhadap dia. Walaupun dia semakin hari semakin jauh jaraknya dengan aku,tapi tak pernah berjarak dengan hati kerana dia datang terus tetap dihati dan InsyaAllah akan teru tetap disini...

*berbulan lamanya aku biarkan entry ini tersimpan didraft*

Hari ini aku semakin yakin walau kami menjauh,hati tidak pernah menjauh. Keadaan membataskan semuanya. Yang pasti aku akan tetap menunggu dia dan terus menunggu dia. Selagi Allah izinkan untuk hati ini tetap,aku akan jaga. Kerana aku yakin Allah punya rancangan disebalik semua ini. Kami tidak lagi menjauh,tapi tidak juga terlalu mendekat. Cukup sekadar bersahaja...
Waktu ini aku terlalu merindui dia... Apa yang aku ingin hanya dia..

Friday, April 20, 2012

Jatuh Cinta

Orang pernah kata aku ni punya jiwa yang JIWANG.... Apa itu jiwang ? Jiwa yang nangis-nangis kot..
Pernah juga orang kata jiwa aku ni jiwa tisu. Jiwa yang lebih lembut dari jiwang. sentuh sikit je koyak.. Suka-suki je kan ?
Tapi minggu ini aku dah buktikan aku bukan yang seperti mereka katakan !

Tidak sama sekali ...

Bila minggu lepas aku mula menonton VERSUS di TV9 aku mula sedar..
"Oh ! rock juga jiwa aku ni "

Aku rasa rancangan versus ni satu-satunya rancangan yang sangat bagus untuk industri muzik Malaysia dan juga untuk golongan-golongan band muda. Seolah-olah mengembalikan zaman kegemilangan SEARCH, WINGS, MAY, LEFTHANDED dan banyak lagi lah. Ditambah pula dengan adanya battle. Memang terbaik .
HUJAN, 6IXTH SENSE, BLACK&PARALLAX, GO GERILA & SOFAZR
Nama-nama yang agak besar dalam industri muzik Malaysia dan juga semuanya masih muda. Kerja mereka sangat-sangat hebat dalam bidang muzik. Tapi dalam lima-lima group ni,aku hanya suka pada 6IXTH SENSE. Ini yang betul-betul aku suka. Yang lain pun suka,tapi 6ixth sense lebih sikit. hehe

Tanpa aku sedar, sebenarnya aku telah jatuh cinta dengan rancangan VERSUS ni.. Dan aku punya jiwa yang ROCK ! Yeah !!!


Friday, March 30, 2012

LOVE InTrend ♥

Bismillah ...
Asslamualaikum.. Kalau tak jawab dosa,jawab sayang. Hehehe
Penat dah sebenarnya meng-olah blog kesayangan aku ni. Tapi masih rasa ada yang kurang. Tak tahu lah apa dia benda yang kurang tu. Alah.. manusia memang macam ni. Tak pernah nak puas. Tapi ada satu benda yang buat aku rasa puas sangat-sangat.
Mungkin ada yang dah tahu aku ni seorang yang gilakan fashion. Bermakna aku akan habiskan seberapa banyak duit hanya untuk membeli segala sumber yang berkaitan dengan fashion. Selain internet,majalah juga memainkan pernanan yang sangat penting untuk mencari info. Banyak dah magazine dalam Malaysia ni berunsurkan fashion. Boleh dikatakan semua aku suka dan akan beli pada setiap keluaran. Salah satu dari magazine tu adalah InTrend. Kalau ada yang masih garu-garu kepala bila aku sebut InTrend ni,memang nak kena lah.. Tak kan tak tahu kot ? hehehe.. gurau je la .. mesti korang tahu kan ?

Eh ! lari topic dah ni. Apa yang aku nak cerita kat sini sebenarnya ialah .....

Nampak tak ? Haaa... itulah yang aku nak bagitahu. Niat nak sangat intrend terjah blog aku. Manalah tau kan dia boleh promote blog aku dekat magazine dia. Hehe .. gurau je la ..
Sebenarnya aku tak sangka pulak admin InTrend ni akan reply message aku. Korang nampak tak keterujaan aku kat situ. Siap bagi love-love lagi .. Seronok tak ingatlah walaupun cuma itu je yang dia reply. Thanks sangat-sangat admin InTrend yang baik hati.. Love InTrend

Kalau korang perasan dekat bawah sebelah kiri blog ni ada cover magazine untuk InTrend. Jadi kalau sapa-sapa yang belum sempat pergi kedai tengok keluaran dia,bolehlah tengok cover dulu kat blog aku ni ..
Kalau korang nak tahu yang lebih lanjut lagi pasal InTrend ni,boleh lah korang terjah fanpage InTrend kat SINI. Okeylah sebenarnya dalam tangan menaip entry ni,aku menahan sakit kepala yang amat sangat. Aku nak pergi berehat sekejap. Jangan lupa dapatkan Intrend edisi April 2012 .. Bye ..
Picture credit to InTrend Fanpage

Sunday, November 27, 2011

Kisah Benar aku |Salam Maalhijrah

Assalamualaikum...
Salam Maalhijrah pada semua yang baca entry ni..
Sebenarnya saya nak buat satu entry yang agak
istimewa semperna dengan Maalhijrah.
Sebuah kisah yang benar *tak tipu*
Moga-moga akan beri inspirasi or ape-apelah 
untuk u all okey !

Nama aku Nor Faizah binti Amran . Aku dilahirkan pada tanggal 07.mei.1987.Kelahiran aku berlaku di Hospital Batu Pahat Johor. Nama aku diberi oleh kakak aku yang sulung .. Aku ada 7 orang adik beradik. 4perempuan and 3lelaki. Aku anak perempuan bongsu. Agak manja dengan keluarga,kasar,lasak,lain dari adik beradik perempuan yang lain.. 

Masa sekolah pulak aku memang tak minat bersukan.Paling benci awal tahun yang sibuk dengan sukan. Tapi bila da besar ni, kalau tak support sukan aku rasa cam aku lah orang paling bodoh sekali .. Support je lah . Nak main memang tak lah . hahaha

Kisah jahiliah aku bermula bila aku bekerja disebuah bandar kat Batu Pahat. Masa tu dah jumpa macam-macam orang and kawan-kawan yang baru . Kawan-kawan sekolah aku ramai yang sambung belajar. Tapi aku taklah sebab aku semak bila ingat homework.*aku tak bodoh* hehehe

Bila dah kerja kat tengah-tengah bandar,and kerja aku tu hari-hari berhadapan dengan orang ramai. So,style and penampilan aku kenalah jaga. Jadinya aku mulalah berfesyen sakan. Tapi bukanlah jenis fesyen yang haruk-haruk okey. Ikut perkembangan semasa . Untuk pengetahuan korang, aku ni jenis yang tak bertudung and memang tak serasi lah dengan tudung.*dulu* 

Dari situ aku mula bercampur dengan macam-macam orang. Ikut group yang top kat tempat aku . Waktu tu tahun 2005.Aku dah aktif dengan kawan-kawan yang extreme ni sejak dari sekolah. Tapi tak ada lah sampai ponteng sekolah ke,balajar hancur ke.Aku belajar masih okey. Stay duduk kelas ke 2 dr 8 kelas.Bila exam stay dlm top5 .. So aku memang tak bodoh la kan ? hahaha

Pada tahun 2003,malaysia penuh dengan kumpulan skuter.Tahun ni dah aktif semula group tu. Tapi masa tahun 2003,skuter Suzuki VS125 yg paling popular .. Bila dapat boyfren naik skuter, rasanya kitalah yang paling hot. Sebab kat skuter tu ade speaker and design cantik-cantik. Aku pun dapat lah sorang boyfren yang ada skuter dengan design yang simple warna merah(Red Devil) .. Perangai pon dah macam 'devil'. hahaha

Bila dah ade boyfren and aku bakal jadi hot,aku pun mulalah tambahkan keextereman style aku. Dari pakai skirt yang panjang,aku mula pendekkan skirt aku.Yelah.. nak naik skuter kan, takkan nak pakai yang panjang lak . Lagi satu cam akak-akak kilang je .. hehehe
Rambut aku yang panjang and comel*prasa jap* tu aku kerat bagi pendek and aku warnakan .. Ikut trend la katakan .. Baju lak sendat abis and kadang-kadang pakai singlet je . Dalam sebulan aku akan spend hampir rm500 untuk beli baju ,skirt ,kasut and accessories .. Semuanya yang branded ! Aku memang gile brand !

Keluarga aku terutama arwah abah,memang baran gile bila aku berubah sampai macam tu. Tapi dia tahu perangai anak die yang kepala batu ni. Sampai masa dia malas nak cakap,dia biarkan aje. Apa yang die selalu cakap pada aku,pandai-pandai jaga diri. Aku pulak kira berjaya lah jaga diri sebab aku memang pantang orang sesuka hati sentuh-sentuh aku and cerita benda -benda yang berunsur 18sx.Boyfren aku pun sekadar pegang tangan aku je .. Sumpah la aku tak suka !! 

Lepas abis je trend skuter tu, aku and boyfren dah tak couple lagi, Banyak hal lah jantan tu .. Tapi dia memang baik ! hehehe.. Aku pun bertukar tempat kerja. Dari bandar aku beralih kedalam shopping complex lak . Butik baju. Masa ni lagi lah extreme.. Sebab orang ingat aku ni chinese ! Berkawan dengan amoi-amoi yang hot,cantik and sosial membuatkan aku lebih hot .. Tapi masa ni aku dah tak pakai singlet lagi sebab aku rasa aku dah besar kot .. malu je .. short skirt sentiasa .. Sebab aku ni tak lah tinggi sangat, so bila pakai short skirt,aku akan nampak tinggi .. hahaha
Masa kerja kt butik ni, aku buat lak perangai lain,aku kawan dengan ramai lelaki .. Tak kira la dia tu single ke,boyfren orang ke..aku tak kisah ! dorang yag cari aku .. so, aku layan kan je lah .. Masa ni gak aku banyak kecewakan aty lelaki .. hahaha.. 
Tapi laki orang aku tak ambik port okey !Aku tak suka kacau laki orang ! Depa tu semua gataiii ! 

Nak jadikan cerita yang tak membosankan, aku bertukar kerja sekali lagi.. Kedai gambar yang agak ekslusif kat Batu Pahat.. Masa ni lah aku berjumpa cinta sejati aku.. Dari sini lah aku mula kenal makna hidup,makna diri aku sebagai seorang perempuan .. Yess !! die berjaya ikat aty aku untuk mencintai die sorang je .. Tapi aku taknak cerita pasal kisah cinta aku,nanti lari tajuk lak .. Senang cerita die berjaya ubah aku walaupun bukan 100%

Dari short skirt aku mula pandai pakai long pants. Aurat lah kan ? Rambut pun dah mula panjang and siap rebonding lagi. Make up bagi sweet . Tapi orang yang berjaya mengubah aku tu,hanya bertahan dengan aku untuk masa 5tahun ..April 2010 dia tinggalkan aku sebab die pilih orang lain .. Tapi alhamdulillah,walaupun aku frust,aku taklah bertindak ape-ape yang bodoh ! aku still dengan keadaan yang sedia ada .. 

Bulan Ramadhan 2010,adalah bulan yang benar-benar merubah aku menjadi yang lebih baik dr sebelumnya.. Bukan baik tahap malaikat,tapi lebih baik dari sebelum ni lah .Pada satu hari 2 , aku nak keluar dengan my sis,my sis ckp, 'kau ni cubalah pakai tudung'.. Aku cuma ketawa je .. aku kate kat dia,macam lah aku ni suka sangat dengan tudung tu .. Nanti pakai ikut trend buat dosa je .. Tapi sebelum keluar tu,aku tergerak hati nak test tudug my sis. Ye lah anak sedara aku yang umur 12 tahun pun pakai tudung,aku ni makcik dia yang dah 20++ tahun takkn tak nak pakai kan ??

Bila aku dah pakai tudung 2, aku pun terus lah tegok cermin .. macam biasa lah kan ? Bila aku tengok je cermin tu,tiba-tba aku ternampak yang muka aku ni memang lain gile ! Nak kate cantik ? cun ? tak tahu lah nak kate apa . Tapi memang lain lah .. Dengan kuasa Allah,aku rasa cam sayang sangat aku nak bukak tudung tu .. So aku pun decide tok keluar dengan pakai tudung . My sis agak kaget la .. Tapi die suka sangat .. 

Bermula dari hari tu,dalam bulan yang baik dari seribu bulan,aku terus memakai tudung .. Langsung tak tanggal.. And semua habit-habit buruk aku, telah pun aku buang jauh-jauh .. Tak nak dah buat semua tu . Aku pun makin dewasa, kalau tak berubah,lelaki mana yang nakkan aku.Aku pun dah tak ade parents. So,aku kene pandai-pandai jaga diri ..Sampai saat ni semperna Maalhijrah,aku terfikir penghijrahan terbesar aku adalah menutup rambut aku dari dilihat orang-orang yang bukan muhrim dan menutup aurat .. Aku harap semuanya akan bertahan sampai aku mati nanti . Moga-moga Allah menerima apa yang aku lakukan sekarang dan akan mengampunkan dosa-dosa aku yang kelmarin ...

Itulah sebuah kisah benar yang aku kongsikan dengan korang . Aku bukanlah manusia yang baik,tapi aku mencuba menjadi yang lebih baik . Aku harap korang pun akan lakukan penghijrahan dalam diri korang pada tahun ni .. Tak rugi sebenarnya melakukan perubahan terutama sekali perubahan kearah kebaikan .. Cuma bila kita cuba kearah kebaikan,akan banyak dugaan .So, hadapi dengan tabah dan tenang sebab tu lah ujian dari Allah .. 

P/S : Bukan nak bukak pekong kat dada sendiri,tapi aku rasa mungkin cerita aku ni boleh membuka mata sesetengah orang yang ingin berubah .. Jangan takut dengan perubahan .. :)


Thursday, November 10, 2011

Ceritera Seorang Sahabat

Salam...Mood saya agak baik tengahari ni sebabnya saya tak perlu pergi kerja.. My boss call and he said 'Iza,hari ini kamu tak perlu ikut sy outdoor ok.sebab semalam kamu sudah tolong saya..' hahaha.. memang seronok lah kan bila dapat berita yang macam tu. Tapi saya sebenarnya bukan nak cerita tentang my boss yang terlalu baik aty tu.Saya nak cerita sesuatu yang lebih seronok about my bestfriend..

Tadi buka-buka je FB,saya dapat 1 invitation dari someone ...


Cantikkan kad ni ? Saya suke sangat tengok ... Tengok-tengok nama tu macam kenal .. Belek punya belek picture 2,rupanya kawan saya la ... KHAIDIR SHAHRI... Dia adlah kawan baik saya masa kami dalam alam sekolah menengah lagi. Walaupun saya dengan dia bukanlah satu sekolah yang sama,tapi itu semua tak menghalang kami untuk berkawan baik .. Banyak benda yang kami kongsi bersama. Suka , duka , segala masalah semua kami kongsi bersama... Semua itu kami mulakan pada tahun 2000.

Perkenalan kami ni sebenarnya cuma lah dalam telefon aje .. Tak pernah jumpa pun.. Tapi demi sebuah persahabatan,kami okey je .. Khaidir /lebih mesra saya panggil D,memang seorang baik .. Suka buat saya ketawa dengan lawak-lawak dia... Lepas 3tahun kami begayut kat dalam telefon,kami pun berjumpa face to face.. So, bermula lah dari situ kami makin rapat ... Saya sentiasa hormat dia sebagai kawan yang baik pada saya.

Lepas masing-masing habis alam sekolah,kami jarang berjumpa dan masing-masing bawa haluan sendiri. Saya tak tahu kemana dia pergi,apa yang dia buat. Apa yang saya tahu dia pindah ke KL .. So makin jauh lah kami.. Tapi demi Allah saya tak pernah lupakan dia. Rupanya dia pun tak pernah lupakan saya.. Bila dia balik Batu Pahat,dia akan jumpa saya.. Saya tak ingat bila kali terakhir kami jumpa,Tapi apa yang saya ingat,kami pernah contact melaui fon,tapi after that terpisah lagi..

Agak lama kami tak berhubung.. Makan tahun jugak lah.Tapi tak ingat.Sampai lah saya buat Fb .. Dengan harapan saya akan jumpa semula semua kawan-kawan sekolah yang dulu.And harapan yang paling besar adalah nak jumpa Fb dia.. Agak lama lepas buat fb ni,baru jumpa fb dia.So,saya dengan xcited nye pon add lah.. Seronok sangat dapat jumpa fb dia. Bila da add ofcourse la nak tahu tentang dia kan ? bila selak2 album dia,terjumpa picture masa dia tunang.. Alhamdulillah,kawan baik saya dah tunang rupanya.


03.Dec.2011,Mereka berdua ini akan bersatu.. Saya memang tak kenal dengan bakal wife dia ni .. Tapi tengok orangnya sweet je.. Sesuailah mereka berdua ni..Apa yang saya harap agar perkahwinan mereka nanti bakal membawa kesyurga.Insyaallah ... Sebagai kawa yang agak lama kenal dengan dia,saya tahu dia mampu menjadi suami yang baik ..

Untuk D & Fafa,Iza ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU & SEMOGA U ALL KEKAL HINGGA KEAKHIR HAYAT.. Tak ada apa yang meggembirakan saya selain melihat orang sekeliling saya bahagia dan ketawa..

Walaupun semuanya dah berubah,tapi perkataan S A H A B A T itu tak pernah padam dalam kehidupan saya sepanjang mengenali dia.Dia satu-satunya sahabat yang terlalu baik dengan saya ,yang boleh melayan kerenah mengarut saya ni,keras kepala saya and macam-maam lagi... Dia mungkin tak akan ada pengganti .. Saya mungkin bole cipta seribu kawan baik,tapi satu pun belum tentu akan sama dengan KHAIDIR SHAHRI.

Tujuan saya buat entry ni bukanlah untuk apa-apa,tapi untuk menghargai dia yang pernah menjadi sebahagian dari kisah hidup saya.Sesungguhnya kawan itu boleh dicari dimana sahaja,tetapi hanya sahabat lah yang akn bersama dengan kita saat suka dan duka.Sahabat jugalah yang menghulurkan tangan untuk membantu kita bangun saat kita jatuh.. Maka,ciptalah seorang sahabat dari mencipta seribu kawan .. sekian,



- Semoga Aidie & Fafa Bahagia Sampai Akhir Hayat-
Picture credit to :https://www.facebook.com/kolongnisme (Kolongnisme Stories)

Tak Terubahkan

dalam keadaan aku bersujud tubuh sehingga terkebas setiap rongga;
aku meminta dia izinkan kamu untukku
aku merayu agar disudikan nafasmu milikku.

dalam terjasad aku bersimpuh terus sehingga tergamam setiap raksa;
aku memujuk dia datangkan kamu selalu
aku menyembah agar dihulurkan ikhlasmu setuju.

dalam suasana aku berduduk teguh sehingga terkeras setiap hirup;
aku menunggu dia hidupkan sepenuhnya
aku menangis agar dikasiankan mimpiku seikhlasnya.

dalam bayangan aku berlutut tegap sehingga terkemam setiap degup;
aku mengemis dia bagikan seredhanya
aku merengek agar diihsankan dirimu selamanya.

namun aku lupa;
dalam keadaan terjasad suasana bayangan aku bersujudsimpuh duduk-berlutut itu tadi,
telah tertulis atas awan berdakwat pekat likat kekal tak-terubahkan--

jodoh mati sesungguhnya--
wahai manusia, pendeta dan rakyat jelata;
telah siap hikayatnya.

mintarayulah,
pujuksembahlah,
tunggutangislah,
emisrengeklah;

--tak terubahkan.

Wednesday, October 26, 2011

Story Of 26.Oct

Salam semua ... Hari ni 26.October.2011 kan ? Teringat kan sesuatu pada tarikh ni ... 6years ago,sebelum sampai tarikh ni, saya akan sibuk pergi ke shopping mall untuk mencuci mata .. Jangan salah anggap ea. Cuci mata tok survey barang okey !! Erm,, sambung balik story. Biasanya seminggu sebelum tarikh ni saya akan pergi la.. And akan ingat setiap hari apa yang saya nak beli ... U all mesti nak tau kan apa yang saya maksudkan dengan tarikh ni ... okey la .. cube baca tol2 short story kat bawah ni ..

Pada 26.October.1984,lahirlah seorang bayi lelaki yang sangat comel .. Masa tak tahu la pukul berapa sebab tak sempat nak tanye.. hehe... Bayi lelaki yang comel tu adalah bayi pertama milik pasangan Zainon & Mohd Salleh. Pastinya mereka sangat gembira dengan kelahiran teristimewa ini selepas 3tahun berkahwin.. Bayi yang comel itu diberi nama MOHD SYAFIQ.. Comel kan nama dia ?? Mereka membesarkan bayi itu dengan semmpurna sehigga lah mreka mendapat cahayamata ke2 dan terakhir ke 6.. Adik yang ke 4 meninggal dunia .. Keluarga mereka sangatlah bahagia ..




(21 tahun kemudian)
Bayi lelaki itu telah pun membesar dengan baik dan sihatnye.. Cuma badan die kurus cm org x sihat je ... hahaha... Takdir telah menentukan segalanya ... Pada suatu hari die telah dipertemuakan dengan seorang gadis yang agak cute(perasan jap) .. Dengan ketawa bersama,pas 2 bertukar no.fon,balik kerja sama2,and lastly mereka pun declair la untuk couple..




(5 tahun selepas couple)
Allah itu lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita .. Jadi, pasangan bahagia dan agak dikenali antara kawan2 mereka ni pun berpisah.. Yang lelaki sangat rela kerana itu adalah keputusannya. Tapi yang si gadis sangat tersiksa dengan keputusan itu. Dia mencuba membaiki keadaan,tetapi lelaki itu telah pun ada yang lain..
Kisah hidup mereka bersama berakhir disitu dengan si lelaki bahagia disaming insan baru,manakala si gadis derita bersama airmata.. Lama-kelamaan si gadis dapat menerima kenyataan bahawa si lelaki bukan lah miliknya dan tak mungkin akan jadi miliknya kerana si lelaki telah pun berkahwin.. Si gadis meneruskan hidup dengan kenangan yang tersisa..
Dia sentiasa ingat dalam masa 5tahun mereka bersama , setiap tahun pasti dia akan berikan kejutan pada si lelaki pada 26.October... Tarikh itu la yang dia selalu nantikan sebab pada masa tu lah dia akan tunjukkan pada si lelaki yang dia sangat sayang pada si lelaki..

(1 tahun 6bulan selepas berpisah)
Kini.. si gadis tetap setia dengan kenangan yang tak pernah luput.. Kemana pun dia pergi pasti kenangan itu ada.. Si gadis tak lupa pada tarikh keramat tu dimana dia akan sentiasa ingat.. Biar perkara itu semua sudah lama berlalu,namun masih segar dalam ingatan....


Erm ,, camne ngn short story yang tak short sangat 2 ... Itu lah maksud saya.. Tarikh arini adalah tarikh hari lahir insan yang pernah saya sayang dan mungkin akan saya sayang sampai bila-bila . Saya masih lagi jadi frenlist dia,tapi saya tak boleh nak tulis kat wall dia.. Saya tak nak nanti wife dia akan fikir bukan-bukan.
So arini saya nak ucap je kat my blog khas untuk dia..

MOHD SYAFIQ,SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 27TAHUN.. SEMOGA KAMU DILINDUNGI OLEHNYA , DIMURAHKAN REZEKI DAN DIBERI KEBAHAGIAAN SEPERTIMANA YANG PERNAH KAMU BERI PADA SAYA...

Thursday, October 20, 2011

Kelahiran Yang Terindah (20.10.2010)

Pada pagi 20.10.2010 jam 7.00,pintu bilik aku tiba -tiba diketuk dengan kuatnya sampai tebantut mimpi yang indah.. hehe.. Bila aku bukak je tengok akak aku yang sarat mengandung.. Dia suruh aku bangun pas 2 p mandi sebab perut die sakit sangat.. Kalau ikutkan date die,22hb br bersalin.So,dgn pantasnye aku pun mandi n siap2 mane yg bole je .. make up wajib !! kelam-kabut cmne pon.. haha..

Siap je aku pun trs ikt akak aku n husband die p hspital. 1st time ni bawak org nk bersalin n 1st time nk p nek kt labour room.nasib baik la siang..kalau malam,aku tak tau la nak cakap pe. Tapi memng benda 2 la yg aku dok pk selama 9bulan sebelum akak aku besalin.. Alhamdulillah die sakit da pagi.. :)

Sampai je hospital aku terus bawak die p labour room untuk check. Aku ngn husband die tunggu kat luar je. Dia  terus masuk labour room. Kalau tak silap mase 2 dalam kol 8.00pg. Dekat 2jam setengah la aku n husband die menunggu.. pukul 10.30 baru la die keluar dengan pakai kain batik mintak baju n pampers baby. Aku nampak je die keluar , aku yang jadi gabra. Siyes!! cm aku je yg nak beranak.Muka die yg pucat,bibir kering..die 2 penakut sqet orgnye.. Nenek kami de bekalkan air selusuh tok die .. kalo ikt org dulu2 air 2 untuk kelancaran bersalin.. Aku pun bagi la die minum pas2 sapu sikit2 kat perut die.. Pas2 terus je die msuk..

Pas je die masuk semula labour room, aku pon call la semua makcik2 aku n adik beradik aku yg lain. Husband die muke memang cuak gile. diam je kan..x cakap pape pon. Kitaorang tunggu sampai pukul 12.00tghari.. Rasanya cam da lama menunggu kiteorang pon masuk la kt kaunter 2 tanye. Bila nurse 2 check,die kate lom besalin lagi.. Ya Allah.. aku makin risau da ni.. Aku tak berenti2 berdoa tok die .. Tengok orang lain da keluar bawak baby cm seronok je . Tapi akak aku tak keluar2 lagi...

Dalam kol 1.30 along aku dari kluang pon sampai.. And adik ipar akak aku pon sampai la dalam 2,3 orang.. So kt depan labour room 2 meriah la sqet. Aku memang lom makan ape2 lagi dari pagi.. Takde selera nak makan. Along sampai dari kluang bawak kan nasi ngn lauk. Tapi susah nak makan kat situ. So,aku biarkan je dulu.. Jam da kol 2.00 petang.. Along masuk sekali lagi kat kaunter n tanye. Tapi nurse 2 kate lom besalin lagi .. Ya Allah,, aty ni makin risau bercampur x sabar nak tgk muke ank sedara baru n nak tau baby boy ke baby girl..

Bila dapat tau yang akak aku lom bersalin lagi, kami pon trs la tunggu kat luar labour room 2.. Memang seronok tengok orang yang keluar bawak baby masing2.. Semuanya comel2.Masa 2 ramai melayu yang bersalin. And macam2 masalah gak yang aku dpt dgr dr nurse kat situ.. Tapi aku memang harap akak aku dapat bersalin dengan selamat.. Tapi aty aku memang tak tenang selagi akak aku tak keluar dari labour room 2.. Bila tengok nurse keluar bawak kad je,kami cepat2 tengok.. Tapi bukan akak aku punya..Risau lagi aty ni ..

Lastly pukul 3.05 kami memang da x leh tahan nk tunggu,husband die pegi dalam tanye .. Bila die keluar je , die cakap akak aku da selamat bersalin !!! Ya Allah,, aku siap macam tak percaya ape yang die cakap. siap tanye sampai 2x !! yes!! aku tambah lagi sorang ank sedara !! And yang paling best akak aku dapat BABY GIRL ...


Akak aku lahrkan anak die kol 2.05 petang.. Baby die berat 3.02kg.. Tarikh yang sangat cantik,20.10.2010..
Akak aku keluar dari labour room dalam kol 5.30petang n terus ditolak masuk wad.. Baby die comel.. Suke sangat tengok !! Aku pun mula ligat dok pikir nak bagi nama apa kat anak die sebab die tak pikir pon nak bg nama ape.. Dengan menggunakan skill aku yabg teror bab2 nama ni, aku pun suggest kat die nama 'QASEH NUR INSYIRA'. Pas aku suggest kat die n husband die,maka mereka pun setuju .. wahhh !! seronok la aku sebab dapat abdikan nama yang aku suka 2 kat nama anak sedara aku .. Seronok semacam la kami semua sebab anak sedara aku yang paling kecik mase 2 da 5tahun. So, kami da 5tahun x dapat baby..

Petang tu aku balik n sampai uma dalam kol 8.00malam.. Badan memang letih gile.. Sehari dok kat hospital. Memang penat giler .. Tapi sesungguhnye kelahiran Qaseh adalah yang terindah bagi pasangan SURAIDAH & MOHD.ESA ..


Aku harap baby yang menyambut hari lahir setahun arini (QASEH) akn jadi seorang anak yang solehah dan akan menjadi seorang anak yang tahu membalas jasa kedua ibubapa die satu hari nanti .. Aku memang sayang semua anak sedara aku .. 5 orang anak sedara .. 4 orang perempaun n cume sorang je lelaki .. huhu
Hebat lah yang hero sorang 2 ..

Okey lah .. 2 je yang dapat aku ceritakan tentang kelahiran yang terindah  seorang bayi perempuan bernama QASEH.. next time aku akan masukkan pic die yang belambak2 ni .. hehe
bye all .. love u .. :)
Ni kt bawah aku bagi sikit la pic die .. aku memang suke amik pic die .. n baby sebab baby ni pose die semua natural walaupun ssh nk amek .. hehe

Monday, October 10, 2011

BeRDiRi


Aku selalu ketawa depan semua orang dengan harapan aku nak tunjukkan pada mereka bahwa aku sangat gembira waktu itu.. Tapi takde sape yang tahu hati aku yang jauh tersimpan berjuta-juta kisah hidup yang memeritkan.
Setiap detik yang dilalui pastinye ade airmata.Berselang-seli dengan ketawa,tanpa aku sedar sebenarnya airmata adalah teman baik aku.Merindui orang-orang yang aku sayang,cukup buat aku menderita. Arwah mak, arwah abah dan arwah atok adalah org utama yang sangat-sangat aku rindu.Tak ada sorang pon yang tau gelora yang menghentam kuat dalam jiwa aku ini.
Dugaan demi dugaan aku lalui dlm hidup untuk menjadikan aku semakin dewasa.Aku redha dengan apa yang Dia takdirkan untuk aku hambanya yang sangat lemah ni.Tapi sampai bila airmata harus menjadi teman baik aku ??
Sesungguhnya melalui jalan hidup yang berliku ni memang bukan mudah.Lagi-lagi terpaksa melalui seorang diri.Merindukan sebuah kasih sayang dan belaian yang manja dari seseorang menjadikan aku seorang yang xtreme dalam becinta.Aku curahkan segala kasih sayang yang ada untuk menjaga seseorang yang bernama kekasih..Biar aku terluka,asalkan die bahagia dengan aku.Ape saja yang aku lakukan adalah untuk mereka yang aku sayang sebab aku taknak mereka tinggalkan aku.
Tapi kuasa Allah mengatasi segala-galanya..Datangnye kasih sayang dari Dia,dan perginya kasih sayang juga dengan kehendak Dia..Bila orang yang paling aku sayang pergi,gelapnye aku rasa hidup ni.. Orang yang aku harap akan jaga aku satu hari nanti,akhirnya pergi bersama kasih sayang aku dan hanya benci yang die tinggalkan.Aku cuba belajar menerima kenyataan walaupun amat pahit untuk aku telan..
Alhamdulillah.. Selepas setahun lebih aku cuba,akhirnya aku berjaya.. Aku mampu untuk melalui hidup yang getir sendirian..
Tetapi semalam, jiwa aku sekali rapuh dengan sekelip mata. Aku jadi lupa dimana aku berpijak.. Aku mencintai milik orang.Aku jadi hina dipandangan orang.. aku lemah sekali lagi..Bangkit pagi ini dengan semangat dan titisan airmata yang belum kering. Aku jadi tak pasti ape yang berlaku esok.. Aku cuba untuk berdiri hari ini dengan berjuta harapan agar aku mampu untuk melaluinye.. esok,aku sangat berharap agar tiada lagi titisan airmata ini untuk aku curahkan..cukup lah engkau wahai si airmata menjadi sahabat sedihku.. Aku mahukan engkau menjadi sahabat bahagia aku satu hari nanti..
Benarlah kate orang, Hidup ni tak selalunye indah... Cinta itu hanya satu perasaan yang mungkin boleh mengecewakan.. Berdiri lah wahai Faiezah,agar engkau mampu untuk berjalan lebih jauh dan laju esok hari. Kerana banyak lagi onak dan ranjau yang perlu kau lalui..
Mungkin hari ini bukan nasib aku untuk merasai bahagia.. Tapi aku selalu berdoa agar akan ade bahagia untukku esok,luse atau hari-hari yang lainnya..Insyaallah :'(
"Kalau aku gelisah. Aku ingat Tuhan supaya ia memujuk daku dengan zikir supaya aku tenang.
Bila aku risau , Ini menandakan urusan aku dengan Tuhan belum selesai.
Bila aku sedih disaat ditimpa ujian , Tuhan ingatkan aku bahawa Dia buat begitu supaya hati aku kuat."

Wednesday, October 05, 2011

Aku Dilupakan ....

Dalam hidup ni mmg banyak sangat dugaan .. suke , duka , ape sje la .ttp dugaan .. x lpe gak aq ni diberi dugaan  . tp x lah hebat sgt .. tentang seseorang yang dtg dlm hidup aq pas2 pergi cm 2 je .. rse cm kecewa pon ade. benci pon ade .. tp nk buat cmne , 2 semua hak masing2.
Bermula dgn satu pertemuan , pas 2 knl mengenal kt fon , nasihat menasihati ..tb2 diam membisu seribu bahasa . ape salah aq , aq pon x tau. tp aq redha sbb allah 2 maha mengetahui ape yg dia da takdirkn tok kite ..

Hari ini aq bangkit ngn seribu kemaafan yg terindah .. biarlah die pg bawak diri kemana pon .. aq disini akn sentiase mendoakn die .. cme aq harap die xkn bt perkara ni pd org lain plak. sakit sgt rsenye bl kite dipermainkan .. memberi harapan kemudian memusnahknnye ..
aq x kesah klo aq dilupakan , tp jgn la dgn cr mcm ni .. rse terhina pon ade .. pd die , sy slalu doakn agr awk bahgia di samping org tersayang .. ingatlah bahwa hidup kita seperti roda . kadang kite diatas , kadang kite dibawah ...
walaupon aq telah atau mungkin dilupakan,aq redha ... yang pastinye, Allah da menyediakan sesuatu yg lebih baik dari ini .. :)
Copyright©2011-2012.All Right Reserve By ✿CherytaJejaryBisu✿