Tadi buka-buka je FB,saya dapat 1 invitation dari someone ...
Cantikkan kad ni ? Saya suke sangat tengok ... Tengok-tengok nama tu macam kenal .. Belek punya belek picture 2,rupanya kawan saya la ... KHAIDIR SHAHRI... Dia adlah kawan baik saya masa kami dalam alam sekolah menengah lagi. Walaupun saya dengan dia bukanlah satu sekolah yang sama,tapi itu semua tak menghalang kami untuk berkawan baik .. Banyak benda yang kami kongsi bersama. Suka , duka , segala masalah semua kami kongsi bersama... Semua itu kami mulakan pada tahun 2000.
Perkenalan kami ni sebenarnya cuma lah dalam telefon aje .. Tak pernah jumpa pun.. Tapi demi sebuah persahabatan,kami okey je .. Khaidir /lebih mesra saya panggil D,memang seorang baik .. Suka buat saya ketawa dengan lawak-lawak dia... Lepas 3tahun kami begayut kat dalam telefon,kami pun berjumpa face to face.. So, bermula lah dari situ kami makin rapat ... Saya sentiasa hormat dia sebagai kawan yang baik pada saya.
Lepas masing-masing habis alam sekolah,kami jarang berjumpa dan masing-masing bawa haluan sendiri. Saya tak tahu kemana dia pergi,apa yang dia buat. Apa yang saya tahu dia pindah ke KL .. So makin jauh lah kami.. Tapi demi Allah saya tak pernah lupakan dia. Rupanya dia pun tak pernah lupakan saya.. Bila dia balik Batu Pahat,dia akan jumpa saya.. Saya tak ingat bila kali terakhir kami jumpa,Tapi apa yang saya ingat,kami pernah contact melaui fon,tapi after that terpisah lagi..
Agak lama kami tak berhubung.. Makan tahun jugak lah.Tapi tak ingat.Sampai lah saya buat Fb .. Dengan harapan saya akan jumpa semula semua kawan-kawan sekolah yang dulu.And harapan yang paling besar adalah nak jumpa Fb dia.. Agak lama lepas buat fb ni,baru jumpa fb dia.So,saya dengan xcited nye pon add lah.. Seronok sangat dapat jumpa fb dia. Bila da add ofcourse la nak tahu tentang dia kan ? bila selak2 album dia,terjumpa picture masa dia tunang.. Alhamdulillah,kawan baik saya dah tunang rupanya.
03.Dec.2011,Mereka berdua ini akan bersatu.. Saya memang tak kenal dengan bakal wife dia ni .. Tapi tengok orangnya sweet je.. Sesuailah mereka berdua ni..Apa yang saya harap agar perkahwinan mereka nanti bakal membawa kesyurga.Insyaallah ... Sebagai kawa yang agak lama kenal dengan dia,saya tahu dia mampu menjadi suami yang baik ..
Untuk D & Fafa,Iza ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU & SEMOGA U ALL KEKAL HINGGA KEAKHIR HAYAT.. Tak ada apa yang meggembirakan saya selain melihat orang sekeliling saya bahagia dan ketawa..
Walaupun semuanya dah berubah,tapi perkataan S A H A B A T itu tak pernah padam dalam kehidupan saya sepanjang mengenali dia.Dia satu-satunya sahabat yang terlalu baik dengan saya ,yang boleh melayan kerenah mengarut saya ni,keras kepala saya and macam-maam lagi... Dia mungkin tak akan ada pengganti .. Saya mungkin bole cipta seribu kawan baik,tapi satu pun belum tentu akan sama dengan KHAIDIR SHAHRI.
Tujuan saya buat entry ni bukanlah untuk apa-apa,tapi untuk menghargai dia yang pernah menjadi sebahagian dari kisah hidup saya.Sesungguhnya kawan itu boleh dicari dimana sahaja,tetapi hanya sahabat lah yang akn bersama dengan kita saat suka dan duka.Sahabat jugalah yang menghulurkan tangan untuk membantu kita bangun saat kita jatuh.. Maka,ciptalah seorang sahabat dari mencipta seribu kawan .. sekian,
- Semoga Aidie & Fafa Bahagia Sampai Akhir Hayat-
Picture credit to :https://www.facebook.com/kolongnisme (Kolongnisme Stories)
No comments:
Post a Comment