Thursday, November 10, 2011

Akhirnya Cerita Kita

Akhirnya,ape yang saya fikirkan terjadi juga... Saya pernah cakap,saya tak akan delete die dari frenlist walau apepun terjadi.. Tapi hari ni akhirnya dia yang delete saya and block saya skali ... Dasyatkan marah dia pada saya? Sapa yang saya cakap ni? Jeng..jeng..jeng.. Walaupun dia dah block saya,tapi saya tak akan berhenti dari bercerita tentang dia .. Perasaan ni natural macam yang selalu saya cakap.Bukan mudah untuk saya lupakan kehadiran dia dalam hidup saya..

Saya jugak tak tahu lah nak delete atau tak entry lama tentang dia.Seriously memang sayang sangat nak delete sebab ... saya buat blog ni khas untuk dia. Untuk cerita tentang perjalanan suka duka kami..Tapi siapa yang akan baca kalau dia da tak ada dengan saya lagi?


Boleh ke saya teruskan hidup ini tanpa melihat lagi nama dia setiap malam? berbual dengan dia setiap malam ? membuat status tentang dia setiap hari ? argh !! pastinya sekarang ni memang tak boleh  .. Untuk cuba? Sudah semestinya.. Saya akan cuba. Tapi bila akan benar-benar saya lupa? Adakah semudah perasaan saya pada dia? Memang tidak mungkin semudah itu..

Saya memang jahat,saya memang degil.. Tapi saya tak pernah nak benci dia.Dia dah salah faham dengan saya..Saya tak diberi peluang untuk jelaskan semua ini.Saya nak memberontak dengan apa yang berlaku .. Tapi untuk ape ? saya nak menangis dengan apa yang berlaku,tapi apa alasannya ? Saya nak menjerit dengan sekuat-kuat hati,tapi apa motifnya? Saya tak nak semua ini berlaku !!!

Apa lagi yang boleh saya lakukan ?? Tolong lah jiwa.. tolonglah hati ... saya tak mampu lagi nak bertahan dengan perasaan sebegini !! Kenapa mesti semua ini terjadi ? Kenapa datangkan dia kalau inilah kesudahannya ? Saya bukan melawan takdir,tapi saya belum bersedia untuk semua ini..

Berilah saya sekali lagi peluang untuk menjadi yang lebih baik untuk kamu . Walau kamu tak mendengar,walau kamu takkan membaca,walau kamu takkan melihat,saya pasti Allah dapat tahu semua tu jauh dari lubuk hati kecewa ni. Allah yang datangkan perasaan ni untuk menguji, dan sekarang Dia ambil semula untuk diuji sekali lagi..


Redhalah wahai hati,tabahlah wahai perasaan dan akur lah wahai jiwa bahawa semuanya hanyalah pinjaman semata-semata.Dia hanyalah bayang-bayang hitam yang akan muncul bila ada cahaya dan akan hilang bila gelapnya malam .. Berpijaklah dibumi yang nyata dimana banyak lagi insan yang menyayangi kamu. Memerlukan kamu untuk menggembirakan mereka..

Akan saya biarkan air mata ini mengalir selaju dan semahunya kerana inilah kekuatan saya sebagai seorang wanita. Kalau masa boleh diundur,hanya satu soalan saja yang saya perlu tanya pada dia. Dan hanya satu jawapan sahaja yang saya perlu dengar dari dia.
"APA PERASAAN AWK PADA SAYA?"
Soalan tu takkan mungkin dapat saya tanya sehingga kenangan ini lusuh dimakan waktu. Dan tak mungkin saya dapat mendengar jawapannya kerana pemilik jawapan semakin menjauh dari saya ...

Terima kasih wahai sang pembaca .Kerana sudi membaca nota bisu yang banyak compang-campingnya.. Apa yang berlaku,biarlah berlaku dengan keredhaan hati. Susah atau payah penerimaan itu,biarlah saya tanggung sendiri ..

No comments:

Copyright©2011-2012.All Right Reserve By ✿CherytaJejaryBisu✿