Friday, June 29, 2012

Takdir Kita

Aku tak pernah minta untuk kau hadir walau seinci dalam ruang hidup aku,
aku juga tidak pernah meminta untuk mengenali kau.

Ini takdir yang tak boleh kita ubah..

Sesulit mana perjalanan cerita kita, hanya ALLAH yang tahu penghujugnya,
hanya ALLAH juga yang akan menambah rasa bahagia.
Kadang mahu saja aku beralah dengan semua ini...
tapi hati tidak pernah mahu berhenti.

Aku tahu apa rasanya sakit.
Aku tahu apa rasa perit.
Aku juga tahu apa rasanya bila berada disebuah persimpangan...

Kau pernah minta untuk aku melupakan kau,
kau juga pernah minta aku untuk tidak lagi mengganggu hidup kau.
Aku faham...
mungkin aku boleh lakukan walau terpaksa,
tapi...
TUHAN MASIH MAHU KITA DEKAT..

Hingga hari ini kita masih lagi dekat dengan izin ALLAH .. Alhamdulillah

Aku mahu jadi semua untuk kau...
Aku mahu jadi bintang malam yang berkelip supaya malam kau jadi indah,
aku mahu jadi bulan supaya malam kau jadi terang,
aku mahu jadi kelip-kelip supaya kau mampu tersenyum melihat cahaya didalam pekat malam..

walau aku tahu dia mampu jadi lebih dari itu dan kau juga menyenanginya...
tapi izinkan aku untuk kali ini...

Jika satu hari nanti kisah kita ini temui penghujungnya,
ingat hanya satu perkara tentang aku...
aku akan jadi semua keindahan malam untuk melihat kau senyum dan akan sentiasa menemani kegelapan
hidup kau..

Aku janji ... selagi diizinkan...

Thursday, June 28, 2012

Perasaan Saya

Hanya awak boleh cipta bermacam-macam perasaan dalam diri saya... 

Tapi hanya satu perasaan yang tak kan boleh saya lupakan ....

Menyayangi kamu ....
Terima kasih untuk semua perasaan ini ..... 

Sunday, June 24, 2012

Kau, Aku, Kita


KAU...
Hidup penuh dengan keindahan.
Kegemilangan yang tak berpenghujung,

AKU...
Hidup dengan serba kekurangan.
Menikmati kehidupan dengan nafas yang tersekat-sekat.

KITA..
Punya sesuatu yang sama, iaitu bernafas untuk terus hidup.

Kita ditemukan dengan satu tujuan, yang mana hanya ALLAH yag tahu. Kita ibarat patung berlidi yang riwayatnya digerakkan oleh tangan manusia. Kita pula digerakkan segala hati oleh Dia sang pencipta.
Diberi bernafas
Diberi bersuara
Diberi bergerak
hanya untuk mengenali erti sebuah kehidupan dan erti mengenali sesama ciptaanNya.

KAU...
Seorang arjuna yang terlalu agung dalam bercinta

AKU...
Hanya sitempang yang tidak berjalan dan hanya mendongak melihat langit tinggi

KITA...
Masih punya persamaan iaitu manusia yang perlukan KASIH SAYANG.

Pandang aku jika perlu
Tegur aku jika mahu

Biarkan aku lihat kamu
Biarkan aku senyum selalu

Kerana kamu punya hak ,aku juga punya yang sama...

Saturday, June 23, 2012

Tiga Hati

Awak ada satu hati
dia ada satu hati...
dan saya juga ada satu hati

Lumrah manusia hanya dua hati yang bersatu.. bukan tiga.

Awak dengan dia,
saya datang pula.
Ada orang kata saya jadi yang ketiga..
Tak kurang juga mencaci menghina.
Sebenarnya mereka salah sangka.
Bukan itu niat saya....

Saya tak minta untuk jadi macam ni....

Bila saya cuba jauh, awak boleh rasa dan cuba mendekat.
Bila awak menjauh, saya pula mengejar.
Saya janji tak akan cemburu bila lihat awak dengan dia mesra,
tapi hati....
Saya tak tahu macam mana nak kawal.

Awak tetap sayang dia walaupun adanya kehadiran saya.
Awak memang ikhlas dengan dia..

Hati saya menangis
hati saya gusar
hati saya hancur

Semua salah saya... Penyakit cari sendiri

Kalau awak nak tahu ini mungkin hanya sementara,
saya memang inginkan lelaki seperti awak, tapi......
saya tahu dimana tempat saya dan dimana awak simpan hati.
Andai ini hanya mimpi saya, biarkan saya tidur untuk selamanya..
Andainya ini realiti, tolong jangan bagi saya bermimpi lagi.
Sampai satu saat nanti saya akan pergi.
Biarkan saya sebegini untuk melihat dan merasa bahawa awak dekat..
Hanya sekali ini...
Mungkin TUHAN sengaja aturkan jalan cerita kita seperti ini... :'(

Rindu

Tak sangka gerak hati aku benar semalam.
Hati yang sarat dengan rindu menolak-nolak aku untuk send lagi private message pada dia dan harap-harap dia akan balas esok(hari ini)

Bila aku login facebook,
ada dua message.
Macam biasa aku harap itu dari dia.
YaAllah.. Tepat sekali.
Satu message dari anak menakan aku, satu lagi dari DIA !
Dengan pantas aku buka, Jantung sungguh laju,langsung tak kasihan pada aku.
Bibir juga tidak kasihan pada aku ,terus tersenyum meleret sorang-sorang.
Sedangkan waktu itu aku dikhalayak ramai.

Aku tak kisah lah biar orang tengok pun.. Hati tengah girang.
Dah dekat dua minggu kot dia tak online, oh ! RINDU !!

Segala kerisauan...
Segala perasaan..
Segala rindu ..
semua hilang bila dia balas message..

Aku dengan dia bukan macam orang lain,
sentiasa ber'message',
sentiasa bercakap dihujung talifon berjam-jam lamanya,
ber'skype' nampak muka..
Semua itu tak ada !

Kami hanya berhubung melalui FACEBOOK semata-mata.
Mula-mula dulu saja ada message, sekarang langsung tak ada.
Dia kasihankan aku, aku hormat dia..
Aku tak kisah sebab bila semuanya serba kurang kadang lebih indah.
Macam yang aku rasa sekarang.
Pada aku yang paling penting,
aku tahu dia selalu sihat dan baik-baik saja..
Rasanya sudah memadai...


Dah dua kali dia sebut pasal tidur awal. Sebelum ni pun aku dah janji dengan dia. InsyaAllah cuba okey lepas ni. Apa saja untuk awak ..

Thursday, June 21, 2012

Kalau Tuhan ...

Kalau tuhan bagi aku peluang untuk meminta saat ini..
aku akan minta jangan pernah ambil emak dan abah,
jangan pernah ambil orang-orang yang aku sayang.

Kalau tuhan bagi aku peluang untuk meminta saat ini..
aku akan minta jangan pernah temukan aku dengan seorang lelaki yang telah melukakan aku
dan membuang waktu aku selama lima tahun.


Kalau tuhan bagi aku peluang untuk meminta saat ini..
aku akan minta temukan aku dengan dia lebih awal dari kekasihnya,
sebab aku tak boleh lagi berundur dengan perasaan yang ada sekarang.

Dan yang terakhir sekali akan aku minta..
Tolong bukakan hati dia untuk aku,
tolong bawa dia pada aku kerana saat ini.. 
Aku rindukan dia TUHAN...

Sunday, June 17, 2012

Kenapa Susah Lupa

Aku sememangnya bukanlah seorang gadis yang tersangat romantik sampai boleh buat sijejaka cair dan kemudian melutut menghulurkan bunga. Aku juga bukanlah seorang gadis yang sangat lembut tutur katanya tapi bila aku menonton drama korea aku akan menitiskan airmata.

Aku bukan cantik
Aku langsung tak ada penarik
Yang aku ada hanyalah senyuman dan dua bodyguard dikiri kanan bibir (lesung pipit)
Alhamdulillah.. Tapi bukan semua orang nak pandang..
Tak kesah lah..

Aku selalu rasa aku tak layak untuk mana-mana lelaki yang tampan mahupun sederhana ataupun yang biasa-biasa saja. Siapalah aku ni kan ? Cuma seorang perempuan biasa yang mana bila dia lalu pun tak akan ada siapa nak pandang. Lalu dengan bau perfume sebaldi pun tetap sama. Sebab tu beli perfume yang murah-murah saja.

*gelak*

Tapi ada satu hari kehidupan aku seperti cerita sang bidadari. Cantiknya tak terperi. Bila ada seorang lelaki datang dan mengenalkan diri, barulah rasa dihargai. Bukan lah terlalu 'sooo sweet' tapi cukup untuk aku mengerti bahawa ada lagi lelaki sejati untuk aku yang biasa-biasa ini.

Dia bukanlah kacak macam Brad Pitt
Bukan juga romantik macam Awal Ashaari
Malah bukanlah sehebat Cristiano Ronaldo
Tapi dia punya personaliti tersendiri yang buatkan aku menyukai dan mencintai ,mungkin ?

*menaip sambil dengar lagu 'SEDETIK LEBIH' nyanyian Awal Ashaari* Sumpah romantik habis !

Bila aku dah mula mengenali dia, hati sangat degil bila tidak mahu mengikut aku pulang semula. Hati sentiasa ingin dengan dia. Dia pula dah bawa lari hati aku kemudian tidak mahu pulangkannya. Alahai... Susahlah macam ni. Dalam masa yang sama banyak orang bertanya " dalam hati ada siapa" . Aku jawab "ada lah.."
Hari demi hari aku mula sedar,bahawa lelaki ini memang susah untuk aku lupakan. Kalau diikutkan senang saja sebab jarak antara kami jauh. Cuma mungkin hati yang dekat buat aku susah untuk lakukan.

Kali ini baru aku tahu dia lelaki yang SWEET,
Dia agak ROMANTIK,
Dia yang COOL,
Dia juga lelaki yang BAIK .
Kecomelan dia yang buat aku semakin susah nak lupakan, Keromantikan dia yang buat hati aku cair bila ingat dia ...Kebaikan dia yang benar-benar buat aku luruh seperti bunga sakura.. Ohmaigod !

Kalau boleh nak tanya dia beberapa soalan lah macam :

" awak awak.. kenapa awak ni sweet sangat erk ? "
" awak awak kenapa awak ni baik erk ? "
" awak awak kenapa awak ni cool je errk ? "
Kalau macm ni sampai bila-bila pun tak habis bertanya..

Kalau dia baca aku harap dia akan jawab soalan ni . Boleh gitu ?

Awak...tengok saya betul-betul. Saya memang tak layak pun dengan lelaki macam awak,untuk berkawan pun nasib-nasib je. Lagikan yang lebih ? Tapi tak apalah selagi diizinkan saya akan kawan sampai bila-bila. Sampai bila-bila juga takkan boleh lupakan awak .. Jangan lupakan saya tau ! Nanti saya nangis .. ehh ?

Macam mana nak lupa kalau macam ni ? aish ...

Untuk ABAH

Abah..
mungkin dah terlalu lewat semua kata-kata yang anakmu ini ingin sampaikan,
tapi jiwa meronta dan memberontak untuk hembus dan luahkan walau hanya pada angin.

dari usia tujuh-tahun hidup ini hanya ada satu lelaki gagah..
tak pernah mata ini lihat orang lain yang gagah selain abah,
bangun diawal pagi menghantar aku dan adik kesekolah
kemudian pulang untuk menjamah segelas air dan tanpa aku tahu samada abah makan atau tidak dipagi itu.

Peluh keringat membasahi dahi dan seluruh badan sehingga lencun baju yang dipakai kerana mengerah tenaga untuk mencari sesuap nasi demi anak-anak dirumah. Abah tak kesah dengan semua itu asal anak-anak tidak lapar dirumah. Mulianya hati seorang lelaki macam abah.

Bila aku besar,aku bukanlah seorang anak yang membanggakan. Tapi abah tetap selalu senyum walaupun aku tahu hati abah selalu terluka dengan kedegilan yang aku miliki.

Maaf abah..

Walau hidup kita bukanlah seperti orang-orang yang lain diluar sana,tapi kita tetap bahagia.
Kebahagiaan aku seolah diragut bila abah menghembuskan nafas terakhir.
kelu..
terdiam..
sedih..
sayu..
hanya perlu waktu itu cuma satu.. ABAH BALIK LAGI

Hari ini dengan sayu hati bila melihat semua orang memeluk ayah mereka,
aku juga mahu.
mengucapkan SELAMAT HARI BAPA sangat berat untuk aku luahkan. Tapi aku masih boleh hadiahkan abah AL-FATIHAH cukup untuk buat dia tenang disana.

Tuhan.. sampaikan kesaratan dalam hati ini untuk abah . Katakan padanya aku terlalu merinduinya..

Saturday, June 16, 2012

Suratan Dan Kebetulan Kita


Suratan adalah sesuatu yang disiapkan oleh pencipta untuk kita semua.
Kebetulan pula.. sesuatu yang mungkin bukan dirancang tetapi tetap berlaku tanpa diundang.
Semua manusia pasti selalu memikirkan tentang suratan dan juga kebetulan ini. Bohong kalau ada yang kata tidak pernah memikirkan ...

Aku juga manusia yang selalu memikirkan soalan yang sama. Bercerita dengan banyak orang tentang semua ini kadang buat aku semakin keliru. Menunggu jawapan yang kabur dan semakin kabur. Menunggu Sesuatu yang belum pasti milik aku..adalah sesuatu yang sangat letih. Tapi hati memang  tak pernah nak faham. Dan aku sebagai pemilik hati hanya mengikut kehendaknya ..
Adakah cerita aku dan dia sebuah suratan atau hanya sekadar kebetulan untuk menguji ?
Perkenalan aku dan dia bermula dengan sesuatu yang sangat indah untuk dikenang,sangat manis untuk disimpan dan sangat bermakna untuk dilupakan. Walau aku tahu,pertemuan aku satu suratan dari Allah..tapi aku belum ada jawapan kenapa mesti suratan sebegini yang hadir. Aku punya banyak persamaan dengan dia.

Aku dan dia dilahirkan dalam tahun yang sama,hari yang sama dan hanya bulan sahaja membezakan kami. Genap empat bulan kelahiran dia didunia ini,aku pun dilahirkan. Tanpa kami duga,selepas dua-puluh-empat tahun kami ditemukan. Adakah ini suratan ? Mungkin ya...
Aku dan dia juga memerlukan sesuatu yang dipanggil PERHATIAN dan KASIH SAYANG dari seseorang yang kami sayang... Tapi semuanya hanya dibuat alat permainan mereka-mereka yang langsung batu tidak memahami..

Aku tak tahu apa yang ada sebenar-benarnya dalam hati dia. Tapi kebanyakan yang aku rasa,dia juga dapat rasa. Dia boleh baca perasaan aku dari apa yang tulis.. aku kata.. dan layangkan. Apa Allah sengaja temukan aku dengan dia untuk memberitahu bahawa masih ada manusia dan lelaki yang mampu membuat jantung aku berdegup kencang ?
Bila aku cuba untuk jauh.. dia akan rasa dan cepat-cepat bertanya. Bila aku berubah..dia lah orang pertama yang perasan. Aku juga macam itu. Setiap gerak dia,perubahan dia,semua aku boleh rasa. Aneh sungguh... sedangkan kami baru sahaja kenal.

Adakah persamaan aku dan dia itu satu suratan atau hanya kebetulan ?

Dia pernah berikan aku sebuah lagu yang membayangkan perasaan dia.
Jujur.. aku mengalirkan airmata saat aku dengar lagu itu. Salah satu liriknya mengatakan dia tak mahu waktu itu terhenti tanpa aku. Aku juga macam itu. Pedih siksa rasanya bila aku tanpa dia. Dunia seakan kejam aku rasakan bila dia tidak ada.
Kemudian dia menuntut kepercayaan aku dengan memberikan aku sebuah lagi lagu. Tapi dia tidak tahu aku dah lama percaya pada dia bahawa dia memang lelaki yang baik ..

Tapi kadang-kala suratan itu tak seindah yang kita sangkakan. Kebetulan pula tidak seteruk yang kita fikirkan. Samada aku dan dia suratan ataupun kebetulan,aku tetap bersyukur kerana diberi kesempatan untuk rasa sesuatu terhadap dia. Walaupun dia semakin hari semakin jauh jaraknya dengan aku,tapi tak pernah berjarak dengan hati kerana dia datang terus tetap dihati dan InsyaAllah akan teru tetap disini...

*berbulan lamanya aku biarkan entry ini tersimpan didraft*

Hari ini aku semakin yakin walau kami menjauh,hati tidak pernah menjauh. Keadaan membataskan semuanya. Yang pasti aku akan tetap menunggu dia dan terus menunggu dia. Selagi Allah izinkan untuk hati ini tetap,aku akan jaga. Kerana aku yakin Allah punya rancangan disebalik semua ini. Kami tidak lagi menjauh,tapi tidak juga terlalu mendekat. Cukup sekadar bersahaja...
Waktu ini aku terlalu merindui dia... Apa yang aku ingin hanya dia..

Thursday, June 14, 2012

Cerita Aku Dan Dia Sama


Malam tadi saat aku mengembara dialam maya,aku tergerak hati untuk membuka sebuah dunia maya milik seorang lelaki. Aku selalu juga teroka dunia maya dia sebab dunia maya dia banyak menceritakan tentang kisah cinta antara dia dan perempuan dia. Seorang lelaki yang sangat ikhlas menyayangi perempuannya dan berkongsi semua cerita indah untuk para peneroka dunianya. Bukan semua lelaki mampu buat seperti dia. Bukan juga aku terlalu memuji dia..

Tapi kali ini tajuk entri dalam dunianya buat hati aku seakan-akan diheret duduk diam menghadap skrin lappy. Bermacam-macam yang bermain difikiran aku. Tapi dengan pantas aku menghapusnya mengikut angin malam.
Aku mula membaca setiap patah kata yang terkandung dalam penulisannya. Hati aku makin yakin dengan sangkaan yang bermain difikiran.

Terdiam seketika..............

Betullah sangkaan aku. Kisah cinta dia dengan perempuannya telah pun berakhir. Aku seakan tak percaya dengan apa yang aku baca. Aku hanya mengenali mereka melalui laman muka buku. Perempuan dia adalah salah satu dari frenlis aku. Makanya selalu aku lihat dia meghadapkan kebahagiaan mereka kepada umum. Bila membaca tentang akhirnya cerita mereka,aku jadi buntu seketika. Sangat terkejut lah kiranya.

Entri aku bukan kisah keaiban sesiapa,tapi bila aku baca setiap patah kata dalam entri dia sama dengan kisah aku dua tahun lepas. Tiba-tiba aku jadi terbuka hati untuk menceritakan sedikit . Kisah yang dah dua tahun aku buang,hari ini datang semula.

Lumrah dalam bercinta,kita takkan pernah lokek dengan orang yang kita sayang. Dan bukan nak mengungkit bila dua hati berasingan. Itu semua dikuasai oleh amarah. Apa yang aku baca,dia banyak menghabiskan wang dan waktu untuk perempuan dia. Dia jadi seakan orang yang bodoh bila perempuan dia hanya menggunakan dirinya demi kesenangan. Itu yang dia luahkan dalam cerita dia. Kesian kan ? Aku mampu faham apa yang dia rasa.

Bila diri mula rasa dianiaya,manusia mula mengatakan yang bukan-bukan tanpa usul periksa,kebenaran perlu dicari. Dia telah pun menemui bukti tentang perempuannya dan begitu juga dengan aku . Aku lakukan apa sahaja asalkan aku dapat bukti demi membersihkan nama aku. Manusia sekeliling hanya akan mendengar sebelah pihak sahaja dan aku tak salahkan mereka. Sama macam apa yang dia katakan. Tapi kebenaran memang perlu aku pertahankan. Aku dicanang sana dan sini sesuka hati dia. 

Cerita tanpa bukti ibarat kertas yang terbang melayang mengikut angin. KOSONG... Aku cukup simpati bila aku mula memasuki zon bukti yang mana berlaku didepan mata dia. Menurut dia,seluruh tubuh dia menggigil saat mereka BERTIGA bertentang mata. Nampak tak kecurangan dan kebenaran disitu ? Sedangkan alasan  yang diberi bukanlah disebabkan orang ketiga. Tapi lebih kepada kerimasan sepanjang perhubungan. Seperti aku, alasan dia meninggalkan aku kerana aku tidak pernah hormat keluarga dia trutama ibu dia .. Ya Allah sampai macam tu sekali alasan dia. Aku dikatakan tak pernah berubah walaupun dah banyak kali diberi peluang,aku jugalah perempuan yang banyak menghabiskan duit dia. Bermacam-macam alasan dia berikan dan bermacam-macam cerita tentang aku dicanang.
Aku terima bila aku dianiaya dan diaibkan walaupun semua tu tak betul. Aku mengaku aku bukan perempuan yag penuh kelembutan,tapi aku punya hati yang terlalu lembut. 

Benang yang basah walau dicuba macam mana pun dia tak akan tegak,tapi manusia selalu nak buat jugak walaupun dia tahu memang tak boleh . Berbalik pada cerita lelaki tu,dia dapat tahu bahawa alasan yang diberikan bukanlah yang sebenar. Bila semua dah terbongkar,perempuan dia hanya diam dan membuat sesuatu yang tidak pernah dijangka. Hubungan dialam maya juga terputus kerana tidak mahu semua kebohongan dia diketahui.

Sebenarnya kisah aku dan dia langsung tak ada beza. Dari awal cerita dia sampai kehujungnya. Sungguh,siapa yang rasa akan tahu. Siapa saja yang boleh terima bila orang yang kita sayang menyatakan "AKU BENCI KAU" dengan bongkaknya sedangkan wajah dan jasad inilah yang menjadi pujaan. Aku berkongsi semua ini hanya untuk berkongsi pengalaman yang sedikit tetapi punya banyak hikmah. Jangan kita hanya terus memandang kebelakang kerana sayang yang tertinggal dan ditinggalkan. Pandanglah kehadapan kerana banyak yang menanti. 

Hari ini aku mampu bernafas lega walaupun tanpa DIA YANG AKU SAYANG satu masa dulu. Berdiri dengan hinaan dan cacian banyak manusia buat aku matang. Aku juga harap dia boleh jadi seperti aku sekarang tambahan dia seorang lelaki dan bakal punya kerjaya yang membanggakan. 

Tentang perempuan dia,aku harap satu hari nanti tuhan akan bukakan mata dan hati dia. Waktu itu baru dia akan tahu bahawa untuk menemui seseorang yang baik bukanlah mudah. Sekali dia pergi dia tak akan mungkin datang lagi. Hari ini mungkin kita bahagia dengan apa yang kita lakukan,esok lusa kita tidak pernah akan tahu.. Aku sebenarnya ingin sekali kongsi blog dia pada semua tapi aku tak mahu sebab hanya akan mengaibkan perempuan dia. Sebab dalam entri dia siap dengan gambar yang menjadi bukti. Aku harap dia akan terus menjadi lelaki yang punya cinta yang besar. Semoga dia akan jumpa cinta yang benar-benar sejati dan akan bawa sampai kemati. InsyaAllah.. Aku pula terus mengharap pada sebuah takdir yang indah selepas aku melalui kesakitan..

Jadikan apa yang aku ceritakan suatu tauladan dalam bercinta. Bukan semua yang kita miliki hari ini akan menjadi milik kita selamanya. Bukan semua orang yang kita kenal untuk bertahun lamanya takkan mungkin boleh berubah. Manusia boleh berubah dalam sekelip mata.

Monday, June 11, 2012

Sebal Lagi Bebal


melangkah masuk dengan sehelai surat dr JB
mengambil no giliran dan duduk bersama kesabaran.
hati berdetik "wahh .. ramainya orang"kesabaran harus tahap maksima.
mata meliar lihat orang yang lalu lalang depan aku
berdetik lg hati "kaya jugak orang Batu Pahat ni erk"
iskh ! x baik kata cm 2. dosa2..

masih sabar sbb no giliran lambat lg..
tiba-tiba dtg incik pilos bantuan bertanya "nak buat urusan apa ?"
aku hulur surat ditangan..
terus dia bawa pergi kedalam dan serahkan pada pegawai bertugas.
duduk diam lagi...

kesabaran aku seolah-olah sengaja dicabar bila aku pandang si pegawai buat dekk je depan komputer dia.
eh ! mane boleh jadi. hari dah tengahari,perut dah lapo..
aku ada bende lain nk buat selain dudk dlm ni.
Aku bangun dan tanya..
dgn muka selamba ,dia bangun dan serahkan srt aku pd pegawai yg selayaknya.
BARU NAK SEMAK !!!!
menyumpah aku dalam hati walaupun bibir mengukir senyum yg manis + plastik!

ingatkan dah selesai.. rupanya dia pulangkan surat aku dan minta aku berurusan dengan pihak lain dulu
kemudian baru datang semula pada dia ..
aku melangkah dengan rasa yang terpendam .. rasa mcm nk maki hamun kt situ jugak !
nasib baik masih ada iman didada. cewahhh !
aku cukup kecewa hari ini dengan layanan BANK SIMPANAN NASIONAL ...


Sunday, June 10, 2012

Berkacamata Berlipstik Merah

Berkacamata ala vintage dan berlipstik merah ... Sumpah ! bukan aku semacam itu,tapi nak juga cuba sebab fashion. Beranikan diri demi mengikuti perkembangan.. Muka aku macam apa aku pun tak tahu. Yang aku tahu hanyalah pakai cermin mata itu sambil kelip-kelip mata dan calit dengan riangnya lipstik warna merah itu.

Okey ... aku ada satu toturial yang super ohsem untuk korang .. kalau berani boleh ikut tuto ni .. kalau x nak buat,korang memang belum tahap berani .. Enjoy dengan video ni okey ... bubye 

Tuesday, June 05, 2012

Kesempatan Yang Singkat

Setelah beberapa minggu sibuk dengan kerja yang melelahkan,akhirya hari ini aku mampu mencuri sedikit waktu untuk menghilangkan semua lelah yang ada. Bersama anak saudara yang berhoneymoon dari hari persekolahan,kami menikmati keindahan udara nyaman tiruan..
HOTLINK yang sangat hot ! auww
Cantik wallpaper ni .. kami suka sangat :')
Aku mula marah bila tak ada siapa nak tolong snap picture kami. hahaha
yeah ! muka ada sinyum ..
Mencari novel .. tapi satu pun tak memikat hati.
Dia nak berjalan mengelilingi dunia. Tu yang dok tengok peta . Besar giteww :P
Comel toping ni duduk dalam bottle <3
Menyempat saja ...

Biarpun masa cuma sekejap,tapi harganya tidak mungkin terbayar. 
Copyright©2011-2012.All Right Reserve By ✿CherytaJejaryBisu✿