mungkin dah terlalu lewat semua kata-kata yang anakmu ini ingin sampaikan,
tapi jiwa meronta dan memberontak untuk hembus dan luahkan walau hanya pada angin.
dari usia tujuh-tahun hidup ini hanya ada satu lelaki gagah..
tak pernah mata ini lihat orang lain yang gagah selain abah,
bangun diawal pagi menghantar aku dan adik kesekolah
kemudian pulang untuk menjamah segelas air dan tanpa aku tahu samada abah makan atau tidak dipagi itu.
Peluh keringat membasahi dahi dan seluruh badan sehingga lencun baju yang dipakai kerana mengerah tenaga untuk mencari sesuap nasi demi anak-anak dirumah. Abah tak kesah dengan semua itu asal anak-anak tidak lapar dirumah. Mulianya hati seorang lelaki macam abah.
Bila aku besar,aku bukanlah seorang anak yang membanggakan. Tapi abah tetap selalu senyum walaupun aku tahu hati abah selalu terluka dengan kedegilan yang aku miliki.
Maaf abah..
Walau hidup kita bukanlah seperti orang-orang yang lain diluar sana,tapi kita tetap bahagia.
Kebahagiaan aku seolah diragut bila abah menghembuskan nafas terakhir.
kelu..
terdiam..
sedih..
sayu..
hanya perlu waktu itu cuma satu.. ABAH BALIK LAGI
Hari ini dengan sayu hati bila melihat semua orang memeluk ayah mereka,
aku juga mahu.
mengucapkan SELAMAT HARI BAPA sangat berat untuk aku luahkan. Tapi aku masih boleh hadiahkan abah AL-FATIHAH cukup untuk buat dia tenang disana.
Tuhan.. sampaikan kesaratan dalam hati ini untuk abah . Katakan padanya aku terlalu merinduinya..
1 comment:
:')
Post a Comment