Sunday, August 05, 2012

Give Up Aku Giveup !!

Satu saat dulu aku pernah berdiri tegap disini hanya untuk dia ..
Aku kata dalam hati, aku akan diam disini selagi aku mampu hanya untuk dia...
Aku bahagia walau hakikatnya menyakitkan,
aku ketawa walau hakikatnya aku menangis teresak-esak..

Demi dia, aku terus diam disini
walau aku lelah,
walau aku letih,
aku tetap berdiri..
Hanya kerana hati aku mahukan dia.
Dia istimewa untuk aku,
dia sempurna untuk aku,

Tapi hari ini aku mula rasa kaki aku lemah
kaki aku tak mampu lagi bertahan
Hati aku mula goyah
Hati aku mula rapuh
Dan hati ini mula memberitahu untuk aku berlalu pergi dari sini..
Aku hanya mendiamkan diri mendengar sang hati berkata.

Perlukah aku pergi ?
Perlukah aku hentikan semua ini ?
Perlukah aku pergi begitu sahaja ?
Airmata mula menitis bila mengingati dia ...

Jawapannya.... YA
Aku perlu pergi dari sini dan tinggalkan semua ini.
Aku letih..
Dan yang paling aku ingin katakan pada semua ,
AKU GIVE UP !!
Aku tak mampu lagi bertahan dengan rasa yang terlalu sakit ini !!

Dia mungkin tersenyum saat ini,
Tapi aku...
Oh,, biar Allah saja yang tahu
Mungkin banyak cerita yang akan muncul selepas ini ..
Yang pasti aku mula give up dengan penantian yang aku mulakan dulu..

Untuk dia..
Biarlah waktu yang menentukan semua.
Aku perlu pergi untuk bagi kamu lebih selesa melalui kehidupan dengan dia.
Aku hanya orang yang dipanggil 'ketiga'
Maaf jika aku mengganggu walau bukan itu yang aku mahu...

Tuhan.. tolong aku !
Bawa aku pergi dari semua kisah hidup dia..
Jauhkan aku jika dia bukan yang tercipta untuk aku ..

*Mula pergi dengan perlahan serta airmata.. Sakit.. hanya itu yang aku rasa*


2 comments:

athirah said...

give up bercinta ke?


http://athirahshariffudin.blogspot.com/2012/08/apa-la-sangat-bakti-siswa-ni.html

♥ Cik Zack ♥ said...

Bersabarlah dlm stiap ape yg berlaku. Psti ade mkne yg trsirat kn. Chill ya :)

Copyright©2011-2012.All Right Reserve By ✿CherytaJejaryBisu✿