Wednesday, August 01, 2012

Akulah Perempuan Itu..

Akulah perempuan itu..
Yang tersenyum demi sebuah kebahagiaan  
Yang tertawa untuk orang sekeliling

Akulah perempuan itu..
Yang menahan cacian dan makian manusia lain dengan kudratnya
Yang melangkah dengan gagah hanya untuk sebuah kehidupaan

Akulah permpuan itu...
Yang melukakan hatinya sendiri demi sebuah cinta
Yang merelakan kedukaan demi seorang lelaki yang dicintainya

Akulah perempuan itu...
Yang menangis disebalik senyum yang terukir dihadapan berjuta manusia
Yang merintih disebalik lopak-lopak hati
Yang rapuh disebalik kudrat yang dimiliki
Yang longlai langkah kaki
Yang sakit tak terperi demi lelaki

Ya!! Akulah perempuan itu...
Sanggup lakukan apa sahaja untuk orang yang dikasihi
Mencintai walau diri hanya kecil disisi mereka yang tinggi
Mencuba berdiri tegap dihadapan mereka-mereka

Aku akan ketawa untuk buat kamu rasa bahagia
biar aku terluka derita
itu tidak apa !!
kerana aku... permpuan itu ...
yang dicipta untuk menean semua rasa yang ada
untuk melihat semua cerita yang tercipta...




1 comment:

Cekodok said...

ayat ! hehe semangat perempuan

Copyright©2011-2012.All Right Reserve By ✿CherytaJejaryBisu✿