Saturday, May 26, 2012

Terlalu Sakit

Salam .. Erm,, minggu ni adalah minggu yang mana aku TERLALU penat dan sibuk dengan kerja yang tak pernah nak habis. Tak pernah nak habis tu jangan percaya,memang tipu. Hari-hari pun kerja habis cuma kadang-kadang rasa macam taknak habis.

Mula dari hari isnin banyak sangat photoshoot yang perlu disettlekan. Dari konsep yang romantik,konsep funny,dan yang paling aku teruja nak buat adalah semalam iaitu konsep tentera. Macam konsep Schawal tu.. Tapi yang ni tentera laut. Location kami di Batu Layar Kota Tinggi Johor. Wahh ! memang best ,walaupun aku ni cuma 2nd camera je,tapi teruja yang amat sangat !

Bila dah teruja tu memang tak ingat lah yang panas terik bakal membakar kulit muka,angin yang bertiup kuat buatkan pasir masuk mata. hehe .. mane de pasir masuk mata :P
Tapi kulit memang masak garing kat sana. Panasnya masyaAllah .. tapi semuanya terubat bila tengok laut. Mungkin ada yang belum tahu aku seorang manusia yang terlampau cintakan laut ! Kalau boleh aku nak bina satu banglow yang indah ditepi laut. Best kan ? erm,, tapi memang tak boleh lah .. Apa yang buat kan aku lebih teruja adalah bila dari tepi pantai tu aku dapat tengok kapal-kapal dagang yang berlabuh. Cantik !! Walaupun nampak kecil,tapi cantik sangat ! Kalau malam lagilah cantik sebab akan ada lampu..

Bila dah banyak sangat kerja,pasti ada sebahagian badan yang mogok. Bangun je pagi tadi rusuk sebelah kanan aku sakit sangat ! Rasa macam apa aku pun tak tahu nak cakap...tapi gagahkan juga bangun dan pergi kerja. Minggu ni juga paling gile bila kitaorang semua gerak pergi location seawal jam 0400. Mata memang tak boleh nak bukak lah kalau time-time macam tu nak keluar kan? Bangun sahur pun tak awal macam tu,tapi sebabkan aku minat gile dengan photography ni dan kerja ni aku yang pilih aku buat juga asalkan aku puas ! Malaysia boleh ! Faiezah juga boleh ! hahhaha

Tapi yang tak boleh bila sakit aku langsung tak kurang,menahan sakit dan buat-buat ketawa depan kawan-kawan. Bukan hipokrit,tapi saja taknak menyusahkan orang lain selagi aku boleh tahan. Bila dapat stop and rehat sekejap,aku duduk termenung lihat ombak yang menghempas pantai. Sama macam manusia ,sekali ombak bah,sekali pantai berubah.. (tak tahulah betul tak peribahasa tu)
Lupakan pasal pantai tu semua ,aku cuma nak bagitau yang aku busy sangat dan sakit sangat dekat rusuk ni. Macam nak jerit je kuat2 ! Kalau ada boypren kan best.. boleh bagi semangat sikit.. hehe *gatal*
Okeylah guys, mata dah mengantuk sangat ni.. jumpa lagi nanti ..

1 comment:

Abey Mirul said...

Wah! Seronok tu kalau buat rumah di laut.. Hehe. tp kalau takut dilanda ombak jgn berumah di tepi pandai.. Hihi.

Hurm, cepat2 la mkn ubat..nnti smkin parah kan..lagi la sakit.. ^^

p/s: Abey pun minat fotografi. Oh ya! Salam perkenalan. :)

Copyright©2011-2012.All Right Reserve By ✿CherytaJejaryBisu✿