Tuesday, December 27, 2011

Semuanya Tak Ada Lagi


Aku rasa macam baru semalam aku dengar dia melafazkan
azan ditelinga menyambut kelahiranku..
baru semalam dia tatang aku dengan penuh kasih sayang..
baru semalam aku rasa dia memanggil nama aku
balik kerumah kerana hari makin senja.
baru semalam dia menghantar aku kesekolah..
baru semalam dia berasa bangga dengan keputusan peperiksaan aku..
baru semalam dia pesan agar aku sentiasa jaga diri
dan baru semalam dia melafazkan kerisauannya tentang aku...

Tapi hari ini...
aku termanggu sendiri
mengingati segala-galanya dengan air mata
mengingati setiap jalan yang aku lalui dengannya
setiap langkah yang aku tempuhi dengannya
dan susah payah yang aku tanggung dengannya..

Azan,
jeritan,
nasihat,
kerisauan..
kini tidak ada lagi...
Yang ada hanya SEPI...

Kemana aku harus aku pergi
setelah dia meninggalkan aku sendiri begini
melangkah longlai dan tanpa arah tuju
mencari insan seperti dia..

Demi Allah,
aku rindu dia..
aku belum berkesempatan meminta ampun dan maaf dengannya
aku belum lagi balas semua budi dia
aku belum lagi jadi anak yang solehah untuk dia
aku masih perlukan dia

Kalau aku boleh undur waktu
aku nak jadi anak yang baik untuk dia
anak yang takkan pernah melukakan hati dia
menyakiti dia
dan akan menyayangi dia...
Tapi semua itu dah terlambat

Aku redha dengan semua yang tercipta untuk aku
Allah pinjamkan aku seorang lelaki yang baik macam dia
walaupun banyak kekurangan,
tapi dia cukup sempurna dimata aku..

Saat ini,hanya kenangan yang tinggal.
aku harus pandai bawa diri tanpa dia lagi
aku harus tahu yang aku tak ada lagi tempat mengadu
aku harus tahu tak ada lagi tempat aku bergurau senda
dan aku perlu tahu dia sudah tidak ada lagi..

Sesungguhnya Engkau telah meminjam seseorang yang hebat buat aku..
Walaupun sekejap,
ianya sangat bererti..

Abah..Bersemadilah disana dengan tenang
moga-moga Allah menempatkan abah bersama orang-orang yang soleh
kami anak-anak akan sentiasa mendoakan kesejahteraan abah disana..

AL-FATIHAH ... Amran Bin Adam (06.04.1956-19.01.2011)

5 comments:

Eera Shera said...

semoga Allah tempatkan dia dikalangan hamba yg mulia ;)

Faiezah Najieza said...

Amin Ya Robbal A'lamin..
thanks dear.. :'(

liza nora said...

be strong dear..

Faiezah Najieza said...

insyaallah .. tq dear liza nora

AMEI said...

http://cicimei2.blogspot.com/

Copyright©2011-2012.All Right Reserve By ✿CherytaJejaryBisu✿