Saturday, March 30, 2013

Terima Kasih

Terima kasih kerana hadir
Terima kasih kerana mencipta rasa
Terima kasih kerana membuka hati yang tertutup rapat
Terima kasih kerana mencipta senyuman
Terima kasih kerana menghadiahkan airmata
Dan terima kasih kerana pergi...

Terima kasih kerana memberi harapan
Lalu memusnahkan!
Terima kasih kerana banyak mengajar apa itu erti perasaan...

Aku biarkan kau pergi
Kerana ini bukan pertama kali

Kau datang mencantumkan hati
Kemudian kau pergi menghancurkan hati

Kau mungkin lupa aku ini manusia
Aku punya hati
Tetapi tak mengapa...
aku terima...
Allah tahu kenapa ini yang perlu terjadi

Aku harap kau akan bahagia sampai bila-bila
Aku akan selalu doakan kau

Tapi satu aku minta jangan pernah lupakan aku...
manusia bodoh yang selalu menyayangi kau...

Terima kasih..

No comments:

Copyright©2011-2012.All Right Reserve By ✿CherytaJejaryBisu✿