Monday, September 24, 2012

Perlukah Berterima Kasih Pada Mimpi

Dah lama cerita antara kita berakhir.
Dua tahun...
Dulu selalu aku mimpi akan engkau
Lepas aku redha,
Langsung tak ada !

Bermakna kau tidak lagi terletak dalam hati.

Tapi malam tadi aku mimpi engkau.
Ada apa sebenarnya?

Mimpi itu ada orang kata cuma 'mainan tidur'
Tapi aku tak pasti sebab aku pernah dengar ustaz kata kadang-kadang mimpi itu utusan dari Allah.
Utusan apa yang Allah nak berikan pada aku ?

Mimpi itu nampak pelik bilamana aku terlalu sayang dengan kau
Sedangkan realitinya aku dah pasak semua perasaan itu dalam-dalam
bayang pun tidak mahu aku lihat
yang menambahkan keliru aku dalam mimpi itu,
ada dia ...
Si KEKASIH lelaki yang aku puja !

Dia melihat kita,
Dia meyediakan santapan untuk kita,
Dia tertawa dengan kita,
Dan dia melihat kita dengan penuh bahagia.
Ada apa dengan dia ?

Ada wujud perasaan pelik dalam mimpi itu bila aku jadi terlalu sayang pada engkau. Aku jadi seakan malu bila perempuan itu menatap aku bersama kau. Apa yang aku rasa waktu itu,

AKU SUDAH CURANG DENGAN PERASAAN SENDIRI..

Ah ! Itu tak penting
kerana yang penting aku diertemukan dengan kau didalam mimpi.
Seakan tuhan tahu kadang-kala aku merindukan kau
dan kadang-kala juga aku langsung tidak mahu mendengar nama engkau.

Apakah aku perlu berterima kasih kepada mimpi itu ?

1 comment:

lynndAmya said...

kdg2, bila kita rindu, mimpilah yg jadi pengubat rindu kita..say thanx to dream :D

Copyright©2011-2012.All Right Reserve By ✿CherytaJejaryBisu✿