Sunday, September 23, 2012

Perasaan Itu Abstrak Katanya

Awak,
Semalam dia rasa benci sangat pada awak bila dia dapat tahu kebenaran.
Dia marah bila awak selama ini adalah penipu
Dia menangis sambil berdoa yang baik-baik untuk awak
sebab dia nak awak bahagia walaupun dia rasa dirinya sudah ditipu

Awak,
Malam tadi dia sendiri
Nasib baik ada kazen yang boleh buat dia ketawa dan lupa semua perasaan
Tapi bila kazen dah balik,dia kembali sendiri dan ingat akan perasaan yang satu itu.

Dia ekspresikan perasaan pada gambar dan lagu.
Mungkin awak akan faham,
dan mungkin juga tidak.
Kalau tidak faham itu lebih baik kerana dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
Dia mahu semua nampak tenang seperti tidak ada apa
padahal dalam hati dia sedang bergelora.

Awak pernah kata dulu,
perasaan ini sangat abstrak.
Maka kita boleh rasa apapun dan pada siapa pun.
Dia ingat itu walaupun hampir satu tahun awak katakan.

Hari ini,
ada satu lagi benda yang dia nampak.
Kebiasaannya dia akan gabra bila melaluinya,
tapi kali ini dia diam saja.
Mahu menangis airmata seakan lokek.
Mahu ketawa bibir seakan keras.
Mahu menjerit suara seakan membisu.
Apa yang dia rasa, dia sendiri tidak tahu.
Apa yang awak dah lakukan sampai perasaan dia mati sebegini?
Dia tidak pernah rasa semati ini selama dia mengenali awak.

Dia harap esok akan baik baik saja
Dia tak mahu perasaan ini terus mengekori setiap langkah dan setiap hela nafasnya
Dia mahu semua macam dulu
Hela nafas ada awak,
Langkah kaki ada awak.
Tapi,,,,
Ada banyak benda yang akan buat hati dia kekal seperti ini sampai bila bila.

Kertas Usang : Kepercayaan ibarat kertas,sekali ia renyuk ia langsung tidak boleh diguna lagi

1 comment:

Nur Azila said...

cinta tu pun susah ungkapkan.. follow me http://zilaviolet.blogspot.com/

Copyright©2011-2012.All Right Reserve By ✿CherytaJejaryBisu✿