Saturday, June 16, 2012

Suratan Dan Kebetulan Kita


Suratan adalah sesuatu yang disiapkan oleh pencipta untuk kita semua.
Kebetulan pula.. sesuatu yang mungkin bukan dirancang tetapi tetap berlaku tanpa diundang.
Semua manusia pasti selalu memikirkan tentang suratan dan juga kebetulan ini. Bohong kalau ada yang kata tidak pernah memikirkan ...

Aku juga manusia yang selalu memikirkan soalan yang sama. Bercerita dengan banyak orang tentang semua ini kadang buat aku semakin keliru. Menunggu jawapan yang kabur dan semakin kabur. Menunggu Sesuatu yang belum pasti milik aku..adalah sesuatu yang sangat letih. Tapi hati memang  tak pernah nak faham. Dan aku sebagai pemilik hati hanya mengikut kehendaknya ..
Adakah cerita aku dan dia sebuah suratan atau hanya sekadar kebetulan untuk menguji ?
Perkenalan aku dan dia bermula dengan sesuatu yang sangat indah untuk dikenang,sangat manis untuk disimpan dan sangat bermakna untuk dilupakan. Walau aku tahu,pertemuan aku satu suratan dari Allah..tapi aku belum ada jawapan kenapa mesti suratan sebegini yang hadir. Aku punya banyak persamaan dengan dia.

Aku dan dia dilahirkan dalam tahun yang sama,hari yang sama dan hanya bulan sahaja membezakan kami. Genap empat bulan kelahiran dia didunia ini,aku pun dilahirkan. Tanpa kami duga,selepas dua-puluh-empat tahun kami ditemukan. Adakah ini suratan ? Mungkin ya...
Aku dan dia juga memerlukan sesuatu yang dipanggil PERHATIAN dan KASIH SAYANG dari seseorang yang kami sayang... Tapi semuanya hanya dibuat alat permainan mereka-mereka yang langsung batu tidak memahami..

Aku tak tahu apa yang ada sebenar-benarnya dalam hati dia. Tapi kebanyakan yang aku rasa,dia juga dapat rasa. Dia boleh baca perasaan aku dari apa yang tulis.. aku kata.. dan layangkan. Apa Allah sengaja temukan aku dengan dia untuk memberitahu bahawa masih ada manusia dan lelaki yang mampu membuat jantung aku berdegup kencang ?
Bila aku cuba untuk jauh.. dia akan rasa dan cepat-cepat bertanya. Bila aku berubah..dia lah orang pertama yang perasan. Aku juga macam itu. Setiap gerak dia,perubahan dia,semua aku boleh rasa. Aneh sungguh... sedangkan kami baru sahaja kenal.

Adakah persamaan aku dan dia itu satu suratan atau hanya kebetulan ?

Dia pernah berikan aku sebuah lagu yang membayangkan perasaan dia.
Jujur.. aku mengalirkan airmata saat aku dengar lagu itu. Salah satu liriknya mengatakan dia tak mahu waktu itu terhenti tanpa aku. Aku juga macam itu. Pedih siksa rasanya bila aku tanpa dia. Dunia seakan kejam aku rasakan bila dia tidak ada.
Kemudian dia menuntut kepercayaan aku dengan memberikan aku sebuah lagi lagu. Tapi dia tidak tahu aku dah lama percaya pada dia bahawa dia memang lelaki yang baik ..

Tapi kadang-kala suratan itu tak seindah yang kita sangkakan. Kebetulan pula tidak seteruk yang kita fikirkan. Samada aku dan dia suratan ataupun kebetulan,aku tetap bersyukur kerana diberi kesempatan untuk rasa sesuatu terhadap dia. Walaupun dia semakin hari semakin jauh jaraknya dengan aku,tapi tak pernah berjarak dengan hati kerana dia datang terus tetap dihati dan InsyaAllah akan teru tetap disini...

*berbulan lamanya aku biarkan entry ini tersimpan didraft*

Hari ini aku semakin yakin walau kami menjauh,hati tidak pernah menjauh. Keadaan membataskan semuanya. Yang pasti aku akan tetap menunggu dia dan terus menunggu dia. Selagi Allah izinkan untuk hati ini tetap,aku akan jaga. Kerana aku yakin Allah punya rancangan disebalik semua ini. Kami tidak lagi menjauh,tapi tidak juga terlalu mendekat. Cukup sekadar bersahaja...
Waktu ini aku terlalu merindui dia... Apa yang aku ingin hanya dia..

2 comments:

mohdhazlan Dreadlock said...

suratan atau kebetulan dalah ketentuan ilahi ..

Masmira Masri said...

Teringat lagu lama tuh hehehe

hit me back ok
http://myaleo.blogspot.com/2012/06/cinta-platonik-jangan-malu-mengakuinya.html

Copyright©2011-2012.All Right Reserve By ✿CherytaJejaryBisu✿