Thursday, May 10, 2012

Kisah Awak dan Saya

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Kisah kita bermula pada 30.September.2011 bila saya meng-approve-kan awak untuk jadi rakan saya di mukabuku.
Dari " thanks 4 the add ..slamat bekenalan ..." menjadi beribu-ribu kata yang bercampur-baur rasa.

Indah... Itu yang saya rasa 

Pada 05.October.2011 saya berjanji akan menunggu awak. Banyak yang saya janjikan.. Alhamdulillah sampai sekarang saya masih pegang pada janji itu.

Lumrah dalam berkawan, bukan selalu dihiasi dengan gelak tawa. Saya dan awak punya begitu banyak emosi. Terutama saya.. Akhirnya pada 10.October.2011 kita bertegang urat menegakkan benang masing-masing. Awak dengan cara awak banyak menghuraikan semua cerita,dan saya dengan cara yang sangat keras kepala. 
Saya jadi amat terkilan bila apa yang kita gaduhkan hanya perkara yang sangat kecil... Pastinya saya sebagai perempuan,airmata jadi saksi luluhnya sekeping hati.. :'(

Sedih ... semua jadi gelap saat itu

Esoknya,kita masih berkawan. Tapi bukanlah macam mula-mula dulu. Saya masih dingin dengan awak.
Mungkin sebab saya masih rasa pedihnya semalam.. Tapi awak sabar.. Saya suka cara awak.

Bunga yang mula tumbuh semakin kembang dan semakin wangi.. 

11.October.2011 itu juga pertama kali awak cakap 'sory' pada saya. Susah nak jumpa lelaki macam awak. Walaupun salah itu saya yang buat,tapi awak yang minta maaf.. Dalam hari yang sama awk berikan saya satu lagu yang sangat sweet dan comel untuk saya dengar.. SOKO-TAKE MY HEART
13.October.2011 sekali lagi awak berikan saya lagu yang menyentuh hati saya. UNGU-PERCAYA PADAKU awak bagi melalui anak saudara saya. Awak sangat sweet.Teruja bila saya dengar dan macam-macam bermain dalam kotak fikiran. Terima kasih awak ..

Main-main bagi lagu pulak. hehehe
Untuk beberapa hari kta sangat bahagia...

16.October.2011 awak kata akan jauhkan diri dari saya. Terkejut sebab awak tahu apa yang saya tulis pada wall fanpage. Itu bukan niat sebenar saya. Tapi saya terpaksa. Hanya ALLAH saja yang tahu betapa pedihnya saya untuk luahkan kata-kata itu. Semuanya hanya kerana ingin awak bahagia dengan kehidupan awak yang sedia ada. 

Saya sangat bodoh waktu itu...

27.October.2011 awak tegur saya sebab saya letak picture profile tak pakai tudung. Nampak kat situ awak  masih ambil berat pasal saya walaupun hampir dua minggu kita berada dalam zon yang tak begitu baik.
29.October.2011 kita bercerita pasal bola.. hehe... Terengganu vs Negeri Sembilan. Awak kata awak setia dengan Selangor.. Okey.. Saya Terengganu,tapi sayang sekali Terengganu kalah pulak ..

Macam-macam kan kita ni ?

01.November.2011 saya rasa perubahan pada awak .. Awak tak macam dulu lagi. Saya dah macam tak wujud dalam frenlist awak. Tapi awak kata tak berubah pun. Mungkin cuma perasaan saya saja. Saya takut kalau awak berubah..
05.November.2011 awak kata awak rindukan dia. Saya pula rindukan awak sebab dah empat hari kita tak chat.. Dalam sabar,saya bagi awak ketenangan. Sebagai kawan,saya cuba ada dalam apa jua keadaan termasuk dalam keadaan saya cemburu.

Kesian awak ... :(

08.November.2011 giliran awak pula rasa perubahan saya. Padahal saya tak berubah pun. Saya takkan pernah berubah pada awak...
Dalam hari yang sama saya juga send picture kat wall awak. Tapi saya delete sebab tak nak ada yang salah faham.
09.November.2011 kita cerita pasal makanan. Awak bagitau saya awak suka makan apa.
Awak suka makan
-Gulai tempoyak
-Keli goreng garing masak berlada + belacan
-Sayur kobis goreng ,tapi taknak layu sangat
-Telur dadar
-Kicap manis
yang paling kelakar bila awak cakap nak nasi tiga pinggan.. Saya cakap awak ni makan ke ape? terus awak merajuk..

Kelakarlah awak ni...

10.November.2011 saya rasa adalah hari yang sangat gelap untuk saya. Awak terbaca salah satu entry dalam blog saya yang mana saya lepaskan geram pada dia .. Tapi dalam banyak-banyak yang awak baca tu ,ada yang awak salah faham dan buatkan awak serang saya dengan hebatnya dan awak BLOCK saya.. Tapi awak UNBLOCK saya malam tu juga. Alhamdulillah

Sedihnya masa tu,Allah saja yang tahu.

02.December.2011 awak mulakan kata-kata setelah hampir sebulan kita diam. Tapi bukanlah kata-kata yang menyedapkan... hanya menyakitkan . Awak salah sangka lagi dengan saya..
Kita diam lagi..
27.December.2011sekali lagi awak salah faham.. Macam-macam tomahan awak bagi pada saya. Tapi saya cuma diam sebab saya dah taknak gaduh dengan awak lagi. Yang saya nak hanyalah berbaik semula dengan awak macam dulu dan jadi kawan awak semula. Bukan musuh awak...

Api jangan ditambah dengan api.. Kesabaran kadang-kala akan membawa kebaikan. InsyaAllah ...

17.February.2012 saya inbox awak dan minta sesuatu pada awak. Saya minta kalau awak beci pada saya tolong buat sesuatu yang akan saya tahu awak memang dah benci. Jangan terus diam.. Tapi awak tak bagi apa-apa respon pun. Terus diam ..
10.March.2012 sekali lagi saya inbox awak. Kali ini harapan saya tak begitu tinggi sebab ini dah kali kedua. Cuma saya nak awak tahu yang saya tak pernah benci awak walaupun dah macam-macam benda berlaku.. Malah saya makin rindu pada awak..
26.April.2012 tanpa saya duga awak menghantar dua kata yang beri semula harapan pada saya. " Saya maafkan" .. Cukup buat hati lapang.

Terima kasih awak ..

Hari yang ditunggu akhirnya tiba. 07.Mei.2012 genaplah usia saya 25tahun. Cuma satu yang saya nak,ucapan dari awak. Tapi saya tak begitu berharap. Cuma hati saya selalu kata awak pasti akan wish..
Alhamdulillah ... tengahari 08.Mei.2012 awak wish birthday saya. Kaku lidah saya.. jantung bagai nak gugur dan macam-macam perasaan ada... Awak ingat hari lahir saya. Dan untuk pengetahuan awak,ucapan awak sangat bermakna dan terlalu berharga pada saya. Saya rasa inilah hari lahir yang paling bermakna untuk saya.

Hari ini,saya dan awak masih macam biasa. Tak ada cakap. Diam... Saya tetap bersyukur bila awak dah maafkan saya.
Saya selalu kata dalam hati, Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Ada sebab kenapa Allah temukan kita walau hanya dalam mukabuku. Pasti ada cerita untuk kita. Saya tahu banyak orang akan kata saya 'syok sendiri' tapi saya tak kisahlah. Saya tahu tahap mana hati saya. Pertemuan kita memang dah tertulis sejak azali lagi cuma kita tak tahu apa kesudahannya.
Bukan tujuan apa untuk saya ceritakan semua ini. Hanya sekadar mengingati apa yang pernah berlaku supaya kita tahu dimana kelemahan kita dalam sesebuah hubungan. Walaupun kita banyak lalui suka dan duka itu semua buat kita semakin kenal satu sama lain.
Terima kasih awak kerana sentiasa memaafkan saya. Kebaikan awak yang buat saya susah untuk melupakan awak.. Inilah kisah kita yang sentiasa tersimpan indah dalam hati saya..

Dalam apa jua perhubungan,jadilah diri sendiri. Biar mereka kenal kekurangan kita dahulu barulah beri ruang untuk kenal kelebihan kita. Kerana bukan semua orang boleh menerima kekurangan kita dimasa depan.

4 comments:

The Chocolate Oreo said...

sedih lah cerita awak ni :"(

mizz RFL said...

wahhh mcm2 dugaan.. hope frenship korg baik smula.. xsweet la gdo2.. huhu

FaiezahNajieza said...

TCO : xmo ngs2 ea .. hehe

Mizz RFL : thanks dear .. sy jg harap mcm 2 . sllu doa pd ALLAH kekalkan hubungan ni .. InsyaAllah

rAIHan said...

moga berbaik semula..

jemput singgah,
http://sukacakapsorang.blogspot.com/2012/05/makluman-utk-bakal-pelajar-uitm.html

Copyright©2011-2012.All Right Reserve By ✿CherytaJejaryBisu✿