Langsung tak sedar hari ini 17.Feb
Aku masih gagah
Ketawa dengan mereka yang dekat
Bercerita dengan mereka yang mesra
Tapi aku tak lupa kalau dia dah tak ada dalam hidup
Aku tak lupa yang dia minta untuk undur diri
Dan aku tak lupa kalau dia mohon aku lupakan dia sampai dua kali
Aku cuba penuhi permintaan
Aku hormat rasa seorang manusia
Rasa seorang lelaki
Aku derita itu belakang kira
Janji dia bahagia dengan apa yang dia pinta
Aku menangis itu perkara biasa
Janji dia tak benci
Aku baru sedar kalau hari ini sudah sebulan dia pergi
Walau beberapa hari lepas aku nampak dia
Masih aktif
Tapi untuk cerita kami
Sudah sebulan berakhir
Entah mana kekuatan aku dapat
Aku pun tak tahu
Yang pasti kerana aku masih sayangkan dia
Itu yg buat aku mampu berdiri hari ini
Semoga aku mampu terus berdiri bukan untuk sebulan ini
Tapi untuk sampai mati
Sampai aku tak ada nyawa lagi
Biarkan cerita pedih perlahan-lahan pergi
Tapi hati aku masih disini
Menunggu yang masih lagi belum pasti
Cerita 17.Januari akan selalu dihati
Walau sakit untuk diingati.
No comments:
Post a Comment