Lepas berbelas hari aku gagah menunggu dan setia dengan janji
Kau muncul juga akhirnya
Muncul bawa duri
Muncul bawa racun
Aku sangka kau akan kembalikan senyum yang lama hilang
Rupanya....
Kau minta aku sesuatu
Kau minta aku melupakan kau
Kau mahu aku berhenti menyayangi kau
Kau harap aku berhenti merindui kau
Kau fikir semudah aku buang sampah?
Aku tak mahu kata kau kejam
Kerana hati memang tak boleh nak dipaksa
Tapi kau seolah-olah sengaja menjadi batu
Langsung tak nak tahu apa rasa aku
Baik...
Ini cerita dua perasaan berbeza
Perasaan kau
Perasaan aku
Benci kau
Sayang aku
Kalau itu yang kau dan aku paku selalu
Sampai mati kita takkan boleh bersatu!
Aku pergi...
Macam yang kau mahu
Bila aku mula lupakan
Jangan datang lagi untuk bagi aku ingat
Nanti takut-takut rasa benci yang makin hangat
Kau...
Aku doa semoga jumpa yang PERFECT
Yang akan buat hati kau mati untuk dia saja
Yang mampu mati untuk cinta kau
Nanti-nanti baru aku tahu cinta aku tak seberapa rupanya untuk kau!
Tapi...
Bila kau tak jumpa yang sanggup mati untuk kau
Maknanya aku menang kerana kau takkan jumpa perempuan yang
menyayangi
Mencintai
Merindui
Kau separuh mati!!!!
NotaKaki: Mungkin aku mampu sayang kau sampai mati,tapi jangan lupa aku juga mampu benci kau sampai mati jika itu yang kau mahu
No comments:
Post a Comment