Sunday, February 24, 2013

Awak, Dia Rasa Cukup

Awak,
Dia rasa cukup setakat ini dia berpura-pura.
Berpura-pura
Jatuh cinta
Rindu
Tertarik
Pada seorang lelaki yang hanya dia nampak dari jauh

Dia tak sanggup lagi untuk tanggung semua penipuan ini
Semakin hari,
Semakin kuat perasaan dia pada awak.

Rindu dia
Sayang dia
Perasaan dia
Semuanya masih milik awak...

Hati dia masih merah tertulis nama awak

Walau dia tahu awak tidak lagi menyimpan dia sebagai seseorang yang perlu diingat,
tapi dia akan terus mengingati awak sampai hujung nyawa dia
sampai nanti dia mati!

Awak,
Permintaan awak dahulu terlalu berat
Terlalu sarat
Dia tak mampu nak angkat

Cuma satu dia minta,
Awak tolong faham
Bila dah sayang bukan mudah untuk buang

Dia tidak mahu menipu lagi
Ini tentang hati
takut nanti dia akan mati

No comments:

Copyright©2011-2012.All Right Reserve By ✿CherytaJejaryBisu✿