Tuesday, August 13, 2013

Terima Kasih

Terima kasih...
sayang aku tanpa lihat siapa aku
rindu aku tanpa ada rasa jemu

aku harap...
kau gagah berjalan dengan aku
kau gigih memimpin tangan aku
walau dalam ape keadaan sekali pun

aku tinggalkan cerita dulu
hanya untuk cipta cerita baru bersama kamu

jangan kecewakan hati aku
yang mana lama dulu pernah luka
jangan tinggalkan aku kerana aku paling takut duduk sendirian

sentiasa janji dengan aku...

aku akan sayang kamu sepertimana kamu menyayangi aku.

itu...
Janji aku..

Terima kasih kerana sudi menjadi separuh aku


Friday, May 31, 2013

Rindu


Aku rindu dia
aku harap dia tahu
aku harap dia rasa...

Aku rindu dia
Lelaki yang aku puja sekian lama
Nama dia sentiasa ada di setiap tutur kata

Aku harap,
Dia juga akan merindui aku sepertimana aku merindui diri dia.

-miss u so much ZNZ

Saturday, May 04, 2013

Maaf

Maaf...
Aku bukanlah bidadari yang kau sangkakan
Bukan juga permata yang kau impikan

Aku cuma manusia biasa
Yang punya cela
Yang punya cerita derita

Maaf...
Hati ini sudah lama hancur
Tidak layak untuk manusia seikhlas kamu
Manusia sehebat kamu

Hati ini...
Lama terbang dibawa pergi oleh seseorang
Dan kini aku masih menanti dia untuk memulang

Dan kamu...
Tidak layak untuk hati aku yang rosak!
Maaf....

Copyright©2011-2012.All Right Reserve By ✿CherytaJejaryBisu✿