Saturday, July 28, 2012

Pelik Dan Merapu Itu Satu

Rasanya semua orang tahu aku suka pada warna-warna yang terang. Dari zaman sekolah lagi aku paling suka warna terang. Tapi aku juga suka warna yang lembut(pastel) .. Tengok keadaan lah kan. Dalam minggu ni aku agak pelik,entah apa yang pelik aku pun tak tahu .. Tapi satu-satunya yang aku tahu pelik aku ialah aku semakin kuat merapu di TWITTER.. Boleh jadi gila juga lah bila layan lama-lama..
Hari ini aku memakai tudung yang berwarna HIJAU. Okay, sekali lagi... HIJAU ! Kau berani ? Berani kot sekarang ni .. Cuma satu saja yang kurang, lipstik merah aku ! Tak tahu mana perginya. Mungkin dalam handbag yang lain lain lain kot .. Banyak kan lain ? sebab bag aku belambak-lambak ! hahaha
Ini ada sedikit potret usang untuk tatapan korang. Ayat pun nak vintage jugak ke ? hahaa
Ada nampak apa-apa yang pelik tak ? Macam tak ada kan ? Pada aku , ada ! sebab aku jarang ambil gambar bua muka macam ini semua .. Entah gila apa sampai aku lakukan semua ini. haha

Thursday, July 26, 2012

Oh ! Turban

Tak tahu kenapa dengan aku this week .. HAPPY ? Ohhh~ Alhamdulillah, memang happy minggu ni. Tapi banyak benda yang aku tak selalu buat, aku buat minggu ni.
Aku dah mula ada masa untuk ber-tweet walaupun hakikat sebenar tak ramai pun followers. Kalau korang nak follow aku kat SINI. Hari-hari aku tweet. Ada yang berguna, ada yang merapu. Tak semak kalau tweet kat twitter ni. Tak macam FB. Tapi aku gunakan semua gadjet yang ada. Lappy untuk FB dan handphone untuk tweet. Terer kan ? hekhekehek

Hari ni juga aku agak lain .. Tetiba je gile nak pakai turban . Sumpah ! berani mati pakai turban ni . Yelah muka kalau kecik comei lote tak apa lah juga kan ? Ini dah lah muka macam bulan penuh . bulat macam bola.. hehe
Tapi aku sebat je lah sebab aku dah agak lambat nak pergi kerja . Turban ni bila kita pakai dia memang selesa. Ringan pulak tu. Nak pakai pun senang, belit-belit je .


Saturday, July 14, 2012

Eh ! Tolong Jangan Curang

Semalam kau janji akan ada dalam setiap kesusahan dia
kau janji lagi akan ada saat dia perlukan bahu untuk menangis.

Tapi hari ini ...

Dia bernafas bagai ikan diatas darat 
tercungap-cungap mencari nafas
dia menangis bagai nak gila sendirian
tapi kau...
entah kemana ...


Kau tahu yang kau dah lupa pada janji ?
Kau tahu diakhirat nanti semua janji akan diadili ?
Kau tahu semua tu ?
Apa yang kau tahu saat ini ?

Hanya mungkir janji..

Dia diamkan semua janji-janji kau sebab dia malas hendak bertikam lidah dan juga sebab dia sayangkan kau..
Dia rasa semua janji kau itu akan ditunaikan suatu hari nanti dengan penuh bahagia.
Kau pula, tak pernah faham keinginan hati dia ..

Kau nampak pendiam..
pemalu...
penyayang..
kaulah seolah-olah kekasih teragung dia..
Tapi rupa-rupanya...
kau macam mata pedang yang sangat tajam !

Kenapa kau curang ?
kenapa kau dua kan dia ?
kenapa kenapa kenapa kenapa ?

Apa dosa dia pada kau sampai kau buat dia semacam ini ?

Kau hina dia depan khalayak !
kau kata kau benci dia !
kau kata dia pengikis semua ringgit kau !
kau kata keluarga kau tak boeh terima dia !
kau kata lagi dia adalah perempuan yang langsung tak tahu erti menghormati !

Ohhh ... benarkah semua tuduhan kau ?

Jika benar apa yang kau semburkan pada dia ,
kenapa bukan dari bertahun dulu ?
kenapa kenapa kenapa ??

Dalam paksa dia terima semua tuduhan dan cacian kau !

Satu hari dia dapat tahu semua itu hanya alasan untuk mewangikan perbuatan kau yang busuk !
Ternyata tuhan tidak pernah tidur ..
Rupanya kau lebih jahat dari apa yang dia sangka ..
Semua janji yang buat hanya akan kau jawab disana nanti ..
Cukuplah hanya dengan dia..
jangan lagi janji dengan orang lain.

Hey pencurang !!
Kan lebih senang kalau kau kata kau mahu curang !
Tak perlu untuk dia buang waktu berhabis semua untuk kau !
Tak perlu dia bazirkan airmata aku untuk kau !

Eh ! Tolonglah...
Jangan pernah curang lagi !
kerana bila kau curang, kau adalah orang yang paling jahat dalam dunia cinta !
dalam dunia kasih !
dan dalam dunia sayang !!
Kau memang pencurang !!

Jauh.. jauh.. dan jauhkan dari dia manusia seperti ini
kerana dia sudah sangat letih dengan helah seorang pencurang ...

Copyright©2011-2012.All Right Reserve By ✿CherytaJejaryBisu✿