Monday, December 31, 2012

Selamat Tinggal 2012

Hari pertama bangkit dengan harapan
Moga mampu tempuh sampai ke penghujung
Dua kaki untuk tampung semua anggota
Satu kepala untuk menampung berbagai perkara

"Aku mampu...."

Kosong jika hidup tanpa dugaan dan cabaran
Cuba hadap...
Walau airmata menjadi pencerita tanpa dipaksa
Walau kaki menjadi penguat untuk melangkah

Hari berganti hari
Minggu....
Bulan...
Terus berganti
Dimana kemanisan aku tak pernah pasti
Tetapi syukur sentiasa dihati
Allah selalu menemani

Airmata..
Senyuman....
Adalah pelengkap perjalanan sepanjang masa
Jangan ditidakkan segalanya
Itu lumrah yang tak boleh ditolak

2012
Benar-benar mengajar aku menjadi sabar
Menjadi dewasa
Menjadi penerima kenyataan
Menjadi manusia yang selalu redha akan ketentuan

Mereka datang dan pergi tanpa ada henti
Kemanisan menjengah
Kesedihan bertapak
Semua itu mengajar erti betapa hidup bukan hanya satu rasa

Terima kasih 2012....
Aku benar-benar teruji dengan kehadiran kau
Walau aku masih sendirian melalui jalan yang kau sediakan
Namun aku bersyukur...

Selamat datang 2013
Semoga akan ada lebih kebahagiaan nanti
Dan aku harap akan hilang hujan airmata
Dan diganti dengan hujan bunga....
In sha Allah

Friday, December 21, 2012

Saya Tipu

Dah dua minggu saya kirim rasa pasal awak
Awak  cuma diam
Saya dah faham
Sebab saya tahu cara awak

Mungkin awak hormat keputusan saya
Atau memang awak tak pernah endah tentang erti rasa saya
Mungkin juga awak tidak mahu lagi membahas tentang kita

*Hela nafas panjang*

Saya cuma diam
Sebab dah letih untuk bertindak
Bukan putus asa
Cuma kudrat seolah tak berdaya

Saya gagah awak...
Gagah depan semua

Saya lakukan perkara yang sama untuk lupakan tentang kita
Saya yakin saya mampu
Saya pasti saya boleh
Saya mampu lupakan awak

Tapi...
Saya tipu sebenarnya

Buktinya...
Saya masih conteng tentang awak
Saya masih ingat tentang awak

Sunday, December 16, 2012

Kadang-Kala Kita Tak Mampu Memilih


Kadang-kadang aku rasa macam
Nak hentak kepala kat batu
Nak menjerit sekuat hati
Nak selam dalam-dalam

Bila semua aku tak boleh hadap,aku cuma mampu menangis..
Terapi katanya...

Mana ada terapi dengan airmata?
Semua tipu!!

Bila mula rasa turun...

Manusia sekeliling rasa tak berguna
Angin yang dingin serasa panas membara
Matahari ....
Rasa seakan ingin bagi aku mati...

Diam..
Penawar pada semua cacian

Aku tak nafikan...
Tapi sampai bila?

Bagi semua orang puas bergelak
Bagi semua orang sakan berpesta atas airmata
Baru nak bersuara?

Itu kata disini...

Bila jadi pada aku
Aku sendiri tak tahu nak buat apa
Diam atau aku lawan

Tapi...
Sekarang ini aku memilih untuk diam dan biarkan mereka bersuara
Kerana itu boleh buat mereka bahagia...

Thursday, December 13, 2012

Ibarat Kucing

Ibarat kucing..
Bila dia datang depan pintu kau dengan bulu yang cantik,
Badan yang gemuk,
Mata yang kehijauan dan bersinar
Serta manja yang terlampau
Pasti kau akan terus ambil dan bawa dia masuk ke dalam rumah tanpa kau tanya siapa tuannya....
Diawalnya..
Kau akan belai dia dengan penuh kasih sayang...
Kau berikan dia makan dengan makanan yang seenak-enaknya
Dan kau akan sediakan tempat yang paling selesa untuk dia....
Kau tidak peduli apa kemungkinan akan datang..
Kau hanya belai dia sepanjang masa.
Kau hebah pada semua orang kau suka dia.
Kau akan jaga dia...
Semua orang pun suka..
Tapi...
Bila lama dia dengan kau
Dan kau mula rasa...
Dia makan terlalu banyak..
Dia menyusahkan kau..
Dia tak mampu buat apa-apa untuk kau..
Dan dia tak membawa apa-apa faedah untuk kau..
Kau mula biarkan dia.
Kau mendiam
Dari membelai dia
Kau biarkan makan dan minum dia
Kau buat dia seperti bayang-bayang yang wujud lalu hilang...
Kalau lempiaskan marah pada benda lain
Kau fikir dia tak ada perasaan?
Dia tak ada rasa nak menangis?
Cukuplah...
Jika benar rasa kebencian mula terbit dalam diri kau
Kau nyatakan..
Nanti dia faham..
Dan dia tahu mana nak pergi
Dan dia tak akan pernah lagi kembali...
Mungkin jika kau boleh mendengar,
betapa banyak terima kasih yang dia mahu luah pada kau..
Betapa banyak doa yang dia cipta untuk kau
Kerana kau banyak berjasa kepada dia.....
NotaKaki : Sekarang aku mula sedar,aku tak ubah seperti kucing.. Cuma aku masih punya akal...

Wednesday, December 12, 2012

Akhirnya

Entah berapa lama aku pendam
entah berapa lama aku simpan...
aku rasa aku dah cukup kuat..

Hari berganti hari
Minggu juga semakin jauh...

Aku masih mampu tersenyum walau hati hanya Allah yang tahu.

Aku pesan pada hati supaya jadi sekuat mana yang boleh
Agar nanti dia mampu menampung dugaan yang lebih hebat lagi...

Tapi tadi...

Entah kenapa aku seakan goyah dengan dugaan.
Semua yang aku pendam,
Rasanya mahu saja aku muntahkan!
Menggigil semua anggota bila aku cuba melawan.

Aku cari satu sudut ruang dimana tiada siapa disitu
Duduk terdiam....
Mata tertutup...
Fikiran entah kemana...
Dan akhirnya hati tertewas dengan airmata!!

Sumpah!!! Aku dah tak tertanggung dengan semua ini..

Bila perasaan tidak mampu kita suarakan
Airmata lah jadi penceritanya...

Menitislah semahunya wahai air jernih
Sesungguhnya kau adalah pencerita terhebat lagi jujur...

Notakaki» sesungguhnya mintalah pada Allah untuk memberi kita keluatan kerana Dia maha mengetahui tentang segala hal..

Tuesday, December 11, 2012

Diam Aku Terus Diam....

Keliling mula nampak aku diam
Bukan sengaja,
Tapi ini cara aku luah semua rasa...
Bila aku mula buka mulut untuk bersuara,
Aku takut nanti-nanti ada yang terluka.
Tarik muka
Campak barang
Maki dia..dia dan dia
Itu bukan cara aku...
Bila aku diam
Aku nampu elak dari dosa tanpa sedar...
Tolong bagi aku ruang untuk diam
Untuk rasa tenang seketika
Untuk memujuk hati yang kian jauh rajuknya...
Waktu ini aku hanya mampu diam dari diperlakukan apa sahaja....

Monday, December 10, 2012

Biar Awak Pergi

Saya simpan awak baik-baik dalam hati
saya biar awak diam disitu
awak tenang barangkali

Satu tahun lamanya awak disitu

Saya sangka awak akan sentiasa berada disitu
Tapi lama kelamaan awak semakin jauh
Jauh dari hati

Saya cuba tahan awak dari terus jauh
Tapi apa daya saya?

Saya PEREMPUAN, awak

Saya tak mampu tahan awak dari semua itu.
Mahu atau tidak
Saya perlu biarkan awak pergi....

Awak tahu sakitnya waktu saya nak lepaakan awak pergi?
Ia sama macam dihiris

Tapi saya tahu Allah ada perancangan yang lebih baik untum kita....
Awak pergilah...
Semoga awak jumpa apa yang awak cari..

Nanti-nanti kalau Allah izinkan kita akan jumpa lagi
Dan baiki semuanya..

Copyright©2011-2012.All Right Reserve By ✿CherytaJejaryBisu✿