Semua orang ada cita-cita. Masa sekolah pun benda yang selalu cikgu tanya ialah cita-cita. Kadang-kadang naik bosan,nek meluat pun ada sebabnya dari darjah satu sampailah tingkatan lima tanya benda yang sama.
Cikgu : pelajar..apa cita-cita kamu
Murid : Blablablablabla *cita-cita semua nak best je,padahal belajar malas*
Tak dinafikan menyimpan/mempunyai cita-cita sewaktu kecil sangatlah bagus dimana cita-cita itu dengan sendirinya akan menjadi motivasi pada kita untuk belajar dengan lebih tekun,rajin dan nak jadi orang yang pandai.
Kalau bertanya pada aku,cita-cita aku masa kecil dulu aku nak sangat jadi polis wanita. Eh! memang la polis wanita,dah aku ni perempuan. Apeda!! Salah satu sebabnya aku suka sangat dengan orang yang memakai uniform,tak termasuk uniform kilang,pak guard dan sewaktu dengannya okay! Aku suka tengok askar,polis,bomba,tentera laut dan juga tentera udara. Pada aku orang yang memakai uniform ni nampak segak je sentiasa.. Kemas, itu yang paling aku suka.
Berbalik pada cita-cita aku yang tak seberapa tu,sebab kedua nak jadi polis, aku nak pegang pistol lepas tu boleh tembak orang! hahaha..sebab yang lain aku nak jadi polis waktu tu tengah musim cerita GERAK KHAS kat TV1, ala konon-konon nak jadi macam Inspektor Haliza. hahahaha
Mungkin itu salah satu faktor yang mempengaruhi cita-cita aku. Cehh, bila buat biodata kat buku kawan-kawan(zaman sekolah rendah) cita-cita sentiasa tulis POLIS. Bangga bebenor!
Lepas naik darjah 3, aku mula sedar yang aku tak begitu menyukai dengan polis.Jangan tanya kenapa sebab aku pun tak tahu. Aku dah jadi pengawas sekolah waktu tu, ada kuasa sikit la,, hehe
Tapi bukanlah aku tukar cita-cita nak jadi pemerintah negara. Sumpah, jauh panggang dari ayam .. (pepatah NZ) Aku mula sedar yang aku simpan cita-cita yang sangat tinggi, tapi bawah sikit dari jadi perdana menteri. Bila cikgu tanya,aku kata nak jadi PILOT !! jeng..jeng...jeng... Jangan jeles uolls ! Dalam kelas cita-cita aku sorang je yang vogue. Yang lain semua cikgu,polis,bomba,askar. Ala...cliche la cita-cita korang! Cikgu pernah tanya aku,kenapa aku nak jadi pilot memandangkan aku ni perempuan and mungkin dia tengok aku tak layak kot.
Cikgu : Faizah,kenapa awak pilih cita-cita nak jadi juruterbang?
Dengan bangganya menjawab..
Aku : Sebab saya suka dengan uniform dia cikgu..
satu kelas ketawakan aku.. Kuang ajaq depa tu !
Aku bawa bertahun cita-cita nak jadi pilot tu, bila nampak kapal terbang lalu je kat awan aku mula berangan. Mahu tak berangan,bukan senang nak dapat godeh-godeh mende yang ada dalam kapal terbang tu. Lepas tu aku selalu bayangkan yang aku akan pakai uniform pilot dengan spec hitam. Amboiiii, cantik agaknya! *muntah* Aku suka sangat tengok cerita yang berkaitan kapal terbang, tapi cerita PEARL HARBOUR memang aku minat sampai sekarang, padahal tak ada lah kena mengena sangat.
Sampailah kesekolah menengah,aku simpan cita-cita tu. Tapi tak ade lah aku excited beno nak jadi pilot sebab aku rasa macam tak layak. Bila masuk kelas jahit, aku mengantuk.Bila masuk kelas menukang aku segar, bila masuk kelas akaun aku segar,memasak.... tengah-tengah la.
Aku tak tahu sebenarnya apa yang aku nak jadi.
POLIS WANITA? hahaha
PILOT?
ENGINEER?
ACCOUNTANT?
sumpah tak pernah pun aku fikir waktu tu.Tapi dalam banyak-banya tu jiwa aku masih lagi pilot. Pilot ever okay :)
Bila umur mula meningkat pada 15tahun,aku mula dekatkan diri dengan dunia fashion. Aku suka sangat dengan fashion... Pergi sekolah pun melaram kemain ! Cuma dari kecik aku memang tak suka pakai bedak dekat muka. Macam semak je aku rasa ! Al-maklum lah,aku macam jantan sikit.. *pecah rahsia*
Naik lagi umur berjinak pulak dengan kamera. Kemain lagi berposing sana-sini depan kamera. Pokok kelapa pun menjadi.. Ingat-ingat balik macam bangla pun ada aku time tu. Aku ada kawan baik yang kerja dekat kedai gambar,so aku selalu lepak tempat dia. Aku banyak belajar dari tempat dia. Sikit demi sikit aku ambil ilmu tentang photography..
Bila umur aku jejak 18tahun,aku semakin dekat dengan dunia fashion dan photography.MasyaAllah,akhirnya semua cita-cita kat atas tu tak tercapai. Pilot entah kemana.. haha
Tak dinafikan jiwa aku yang sebenar-benarnya adalah fashion dan photography. Pilot terpaksa pendam sebab aku memang tak layak . Jangan nak mimpi..
Sampai kehari ini, dunia aku masih lagi dunia yang sama. Fashion dan photography memang tak boleh dipisahkan dengan aku. Aku pun bukanlah seorang FASHION DESIGNER sebab aku langsung tak pandai melukis,dan aku juga bukanlah PHOTOGRAPHER PROFESIONAL sebab belum sampai tahap macam tu. Tapi aku happy dengan life aku! Life yang tak banyak menyusahkan orang,yang tak ganggu hidup orang.
Apapun yang kita impikan satu masa dulu,sebenarnya bukanlah penentu segalanya untuk hari ini sebab waktu kita memilih cita-cita itu,kita masih belum mampu menilai tahap kemampuan kita. Sebab tu bila dah menginjak dewasa baru kita tahu dimana letaknya jiwa kita. Kawan-kawan aku pun ramai yang jadi cikgu,sedangkan masa sekolah tak nampak pun ciri-ciri bakal seorang guru,jadi askar sedangkan masa sekolah dulu lembik je.jadi polis sedangkan masa sekolah dulu perangai mengalahkan firaun! dan yang paling best ada yang bakal jadi ustaz! Hammmbooiiii tak agak-agak ,masa sekolah dulu selalu ponteng sekolah..
Nampak kan? Cita-cita hanya sekadar motivater kepada kita sewaktu zaman kanak-kanak. Kanak-kanak imaginasi dia tinggi. Macam akulah,nak jadi pilot sebab uniform dia cantik.
Cerita hari ini lebih kita perlukan untuk menentukan kemana arah tujuan kita. Yang lepas jadikan panduan.Dan jadikan sebuah 'BUKU BERSUARA' suatu hari nanti untuk bakal anak cucu kita. Tahniah kepada kawan-kawan aku yang berjaya hari ini. Yang mana kurang berjaya ,itu normal lah. Nama pun kehidupan. Rezeki ada dimana-mana sahaja.
Nak tahu cita-cita aku sekarang ??
Dengan umur yang dah layak sangat ni, aku bercita-cita nak jadi........................ FULLTIME HOUSEWIFE !! InsyaAllah.
Tapi kalau nak kahwin dengan PILOT boleh tak ? eh? :p