dia ada satu hati...
dan saya juga ada satu hati
Lumrah manusia hanya dua hati yang bersatu.. bukan tiga.
Awak dengan dia,
saya datang pula.
Ada orang kata saya jadi yang ketiga..
Tak kurang juga mencaci menghina.
Sebenarnya mereka salah sangka.
Bukan itu niat saya....
Saya tak minta untuk jadi macam ni....
Bila saya cuba jauh, awak boleh rasa dan cuba mendekat.
Bila awak menjauh, saya pula mengejar.
Saya janji tak akan cemburu bila lihat awak dengan dia mesra,
tapi hati....
Saya tak tahu macam mana nak kawal.
Awak tetap sayang dia walaupun adanya kehadiran saya.
Awak memang ikhlas dengan dia..
Hati saya menangis
hati saya gusar
hati saya hancur
Semua salah saya... Penyakit cari sendiri
Kalau awak nak tahu ini mungkin hanya sementara,
saya memang inginkan lelaki seperti awak, tapi......
saya tahu dimana tempat saya dan dimana awak simpan hati.
Andai ini hanya mimpi saya, biarkan saya tidur untuk selamanya..
Andainya ini realiti, tolong jangan bagi saya bermimpi lagi.
Sampai satu saat nanti saya akan pergi.
Biarkan saya sebegini untuk melihat dan merasa bahawa awak dekat..
Hanya sekali ini...
Mungkin TUHAN sengaja aturkan jalan cerita kita seperti ini... :'(
2 comments:
ini semua lumrah manusia . allah membei kita macam-2 .. perasaan tu datang dgn sndri tnpa disuruh atau dipaksa .. nice entry :D
pernah merasa keadaan sebegitu. :( anyway, nice entry :)
Post a Comment