Sunday, December 18, 2011
Aku Sengaja Biarkan Keadaan Sebegini Rupa
Hari makin gelap dekat luar.Hujan juga seperti tak mahu sudah.Seronok benar membasahkan bumi ini.Hari ini sekali lagi aku sunyi tanpa kamu.Tanpa lihat warna hijau dinama kamu.Aku rasa ,aku cukup kuat sebab sudah hampir 2minggu kamu hilang.Sebelum kamu hilang pun aku dah rasa kamu tak ada.Ya !! Aku sangat kuat.Tersangat kuat sampai hari ini aku jatuh dengan sendirinya hanya kerana ingin menahan kekuatan itu.
Aku tahu kamu kemana.Aku tahu kenapa kamu tak ada.Aku juga tahu apa yang kamu sedang lakukan.Dari awal aku tahu semua itu.Tapi apa yang aku tidak pernah tahu dari awal adalah perasaan kamu.Perasaan kamu pada aku.Kamu biarkan aku melayang-layang diatas tanah ini,melayang didalam angan aku sendiri...Sampai hati kamu.
Setiap kali aku bangun dipagi hari,melihat cahaya yang pertama tembus diruang mata aku,hati ini akan seru nama kamu,fikiran ini akan pasti mencari kamu dan jiwa ini meronta mahu melihat kamu.Aku cuba lawan semua itu kerana aku tak mahu jadi lemah.Aku mahu kuat dan jadi sekuat yang boleh.Kamu pernah marah aku sebab kamu kata aku ini mudah sangat menangis.Ya.. Aku menangis kerana kamu ! Kamu yang buat aku menangis.Selepas kamu berkata begitu,aku langsung tak menangis.Tapi hari ini aku terpaksa menangis kerana hanya tangisan dan airmata ini sahaja yang memahami pedihnya sebuah rasa....
Kamu tahu setiap detik yang aku lalui adalah seperti berjalan diatas duri yang tajam.Pedihnya menahan sakit hanya aku dan Tuhan yang tahu.Walau pedih,walau sakit macam mana sekalipun,aku harus terus berjalan demi menanti kamu.Aku akan terus mengukir senyuman untuk orang sekeliling agar mereka dapat merasa kebahagiaan dibibir aku ini ..Sengsara dihati biarlah aku yang tanggung sendiri.
Dibilik ini gelap gelita..Aku sengaja biarkan keadaan sebegini rupa kerana aku ingin merasa terangnya sebuah rasa.Jari-jemari ini ligat meratah setiap butir abjad yang ada diatas keyboard ini agar ianya akan menjadi sebaris,sebesar dan sehebat sebuah ayat buat kamu.Aku buat semua ini hanya untuk kamu walau aku tahu hakikat disebalik semua ini.Biarlah apapun yang aku tanggung hari ini,aku tahu Allah akan bagi sesuatu yang indah untuk aku..
Andai kata penantian ini hanya sekadar sia-sia,aku akan redhakannya..Kerana aku tahu aku punya pencipta,aku dicipta untuk menjadi hamba dilapangan yang Dia cipta,aku dicipta untuk mengenal apa itu makna kehidupan,dan aku dicipta untuk mengenali kamu supaya aku boleh belajar sesuatu yang dipanggil CINTA... Bila semuanya gagal,aku yakin Dia akan mempersiapkan sesuatu yang lain untuk aku..
Sesungguhnya penantian aku ini benar-benar satu penyiksaan....Kalau itu yang kamu mahu tahu.Pedihnya hanya akan terubat bila kamu muncul didepan aku.Seandainya itu tidak berlaku,biarlah aku tanggung kepedihan ini sehingga terhentinya nafas dan akan aku bawa jauh kesana...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment