Monday, December 05, 2011
Aku Harap Dia Akan Baca ...
Apa yang aku nak buat malam ni ? Apa yang aku akan dapat kalau aku buat sesuatu ? Aku masih duduk elok diatas kerusi kayu ini dan berhadapan dengan sesuatu yang aku panggil 'lappy'.. Jiwa masih ingatkan dia sebab dalam jam 8.00 malam tadi lampu hijau di chatbox die menyala sekali lagi .. Jantung aku macam biasa , dengan sepantas kilat bergerak laju tanpa hala tuju .. Ya Allah kenapa dengan kau ni perasaan ? Boleh tak kau tolong aku sikit ? Jangan macam ni .. Dia tak ada apa-apa pun dengan tuan kau,tapi kenapa kau lebih-lebih? Itulah keluh hati kecil aku waktu itu.. Tapi perasaan dan hati ini langsung tak mempedulikan apa yang aku bisikkan ..
Aku masih berharap akan ada satu tulisan atau sebaris ayat dari dia yang akan mengubat segala rasa yang ada dalam hati ini. Cukup sekadar 'salam' atau 'hai' .. Setiap kali aku membuka laman buku aku,hanya itu yang aku harap. Bila agaknya harapan semacam ini akan berakhir ? Oh ! Maaflah.. aku seorang yang degil dan keras kepala . Jadinya bila aku mula berazam pada sesuatu aku tak akan pernah beralah .. Maka harapan semacam itu akan aku bawa sampai bila-bila .. Mungkin akan berakhir bila dia sah menjadi milik orang lain..
Aku ini hanya manusia biasa . Aku membuat beribu kesilapan diatas muka bumi ini supaya aku sedar yang aku tak perlu riak atau bongkak dengan sebuah kehidupan. Dan aku juga mungkin disuruh membetulkan diri dengan melihat semua kesilapan . Tapi ada sesetengah manusia tidak boleh menerima kesilapan. Itu aku tak marah kerana dia juga tidak sempurna ..
Bercerita tentang dia, aku sangat merindui semua tentang dia. Semua tentang kenangan aku dan dia .. Kalau boleh aku putarkan semua masa yang ada,aku akan lakukan .. Saat ini juga kalau aku boleh putarkan masa,aku sanggup lakukan apa sahaja ... Ya Allah,sengasaranya perasaan ini.. Tapi aku tahu Engkau maha mengetahui segalanya dan kenapa jalan ini yang Engkau ciptakan untuk aku dan dia .. Cuma kalau aku boleh bertanya ,kenapa mesti dia ??? Kenapa bukan orang lain ? Kenapa bukan lelaki lain ?
Setiap apa yang aku luahkan,aku conteng,aku lepaskan dan aku jeritkan diatas dinding bisu milik aku ini,aku berharap dia akan membaca supaya dia tahu dia tidak akan jumpa wanita lain sehebat aku yang mampu mengukir sebuah rasa tanpa henti ... Mencintai dia sepenuh hati walau dengan separuh jiwa .. Kenapa dengan separuh jiwa ? Kerana tanpa dia sedar,dia telah membawa jiwa aku jauh kesana .. Dan aku tidak tahu kemana dia campakkan sang jiwa itu ... Biarlah !! Kemana pun jiwa aku dicampakkan,aku masih ada separuh lagi untuk dia .. Aku tak boleh lupakan dia macam tu saja ..
Kerana dialah satu-satunya lelaki yang mengubati hati aku yang hancur -lebur ini.. Hati yang hancur kerana seorang lelaki yang meninggalkan aku tanpa alasan .. Pedihnya hari-hari yang aku lalui dengan mengendong serpihan hati. Tapi bila dia datang,hati aku diubati dan hati ini jadi sangat cantik walaupun masih ada parutnya .. Terima kasih sang pengubat hati ..
Oleh itu dia tak mampu aku lupakan kerana aku telah berjanji aku akan serahkan hati ini hanya pada orang yang mengubati .. Tapi bukan hanya itu sahaja alasannya. Hati aku memang terpaut pada dia sejak dari pertama kali aku mengenali dia .. Mungkin cara dia yang memerlukan kasih sayang yang lebih buatkan aku jatuh cinta pada dia ..
Makin banyak aku bercerita,makin kuat rindu ini untuk dia .. Aku pernah berbisik pada sang rindu agar pergi dari hidup aku dan pulang pada dia , Tapi semakin aku mengasak untuk dia pergi,semakin kuat dia berpaut pada aku.. huh ! degil sungguh kau rindu ..
Waktu ini,saat ini dan detik ini,aku hanya seorang ... Melihat dia dari jauh mata dan menyayangi dia dari sedekat-dekat hati.. Melihat kisah hidup dia diatas satu pentas kecil ,melihat kasih sayang dia untuk orang lain,melihat kelukaan hati dia walaupun dia tidak tunjukkan semua itu .. Aku tahu,kerana hati aku ada pada dia .. Kalau lah aku mampu untuk mengisi semua kekosongan yang meraja dalam hati mahupun hidup dia,aku akan menyayangi dan membahagiakan dia lebih dari segala-galanya. Tapi itu hanya sekadar satu angan-angan dan impian yang bila-bila masa sahaja akan musnah dan mungkin juga akan menghempap ketubuh aku dan melukai aku ...
Harapan aku,semoga dia akan nampak semua ini dan akan membaca setiap apa yang aku coretan disini. Kerana berdirinya dinding bisu ini atas nama dia. Aku mahu cipta berjuta cerita dengan dia .. Tapi sayangnya,hanya bertahan beberapa ketika sahaja . Tapi aku tak akan berhenti kerana selagi nadi ini beraksi,aku akan mencintai dia dan aku akan tuliskan segala-galanya tentang dia .. Tentang dia selamanya .. Insyaallah ...
~Kalau awak baca,awak marahlah saya..kerana setiap kali awak marah saya...cinta saya pada awak semakin kuat. Saya suka kalau awak marah saya sebab bila awak marah,awak akan lahirkan banyak perkataan didalam chatbox saya walaupun perkataan yang melukakan..Sedangkan yang saya harap,hanya satu .. Saya tak tahu apa yang awak rasa.. Tapi saya tak pernah silap dengan perasaan saya.. Perasaan yang selalu membisik saya rindukan awak dan saya cintakan awak ... T_T
Maafkan saya juga andai apa yang tertulis ini bakal mewujudkan lebih banyak lagi kebencian awak kepada saya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
em...sedihla bace... tapi xpe anggap sume 2 dugaan dalm menghadapi mase akan datang n hargai setiap org y ader kat cc kite ye...
tq yura ... sy pasti akn menghargai siapa pun yg berada dicc sy lps ni ..
thank u so much
Ya Allah , jika benar dia untukku , dekatkan hatinya dan hatiku , jika benar dia bukan untukku , jauhkan lah hatiku dan hatinya . Sabar ye :)
thanks a lot dear arikal razali .. insyaallah ... sy sdg besabar .. :)
Post a Comment