Wednesday, December 28, 2011

Aku Punya Hati

Kalau mereka ada dekat dengan aku saat ini
mereka akan tahu bagaimana hancurnya
sekeping hati milik aku..
Bagaimana pedihnya sekeping hati yang terluka.
dan bagaimana leburnya pabila ia hancur

Hati ini milik aku
diamanahkan untuk dijaga
disayang bila ada cinta
dirawat bila terluka
tapi entah dari mana silapnya
hati ini seringkali dihina

Ini bukan hati kau
sewenang-wenangnya kau mahu hina
kau tahu betapa sakitnya aku menanggung
setiap kali kau menyentuh hati aku
dengan lidah kau yang tajam berbisa?
Kau takkan pernah tahu semua itu sebabnya apa yang kau tahu
hanya menyakiti aku...

Kau tuduh aku
kau hina aku dengan banyak kata
kau tahu kata-kata kau benar-benar berbisa
dan lebih berbisa dari ular
lebih tajam dari mata pedang
sakitnya hanya aku yang tahu

Hati ini anugerah
hati ini juga yang buatkan aku menasihati kau sentiasa
hati ini juga yang memberi kau semangat setiap kali kau lemah
hati ini juga yang selalu memuja kau walau kau tak seberapa
hati ini juga yang menguatkan aku untuk mendengar setiap luahan kau
Tapi...kenapa ini yang kau bagi pada hati aku?

Aku tak harap berlian yang kau takhta pada hati aku
aku juga tak harap permata yang berkilau kau hias pada hati aku
tapi cukup dengan jagaan
cukup dengan kata-kata indah..
supaya ianya jadi sejuk
molek dan hilang semua pedih yang ada..

~ Semoga Allah akan membuktikan semua kebenaran~

Tuduhan Dan Penghinaan Yang Akan Aku Ingat Sampai Mati

ASSALAMUALAIKUM...

Ini yang aku dapat jam 8.54 malam tadi dari orang yang amat-amat rindu. Lain yang aku harap,lain yang jadi.Tapi aku bersyukur akhirnya ada juga kata-kata dari dia..Biarlah sakit macam mana pun aku terima.

Msti korang semua tertanya-tanya kenapa aku buat entry cam ni kan ? Aku malas nak cerita sebab aku tak ada mood.Cuma apa yang aku nak bagitahu yang dia dah salah faham dengan aku .. Salah faham yang amat-amat sangat.Dia menyalahkan aku atas semua perbalahan yang terjadi antara dia,kawan baik dia dan adik-adik dia..Aku terima.. And now adik-adik dia ada add aku dekat fb,and aku dah approve.Adik-adik sangat baik and nice macam dia jugak.
Kalau ikut hati memang aku kecik hati sangat ,tapi nasib baik ada adik dia.Thanks NNMA.. Dia yang mintak aku supaya jangan fikir sangat..

Apa yang aku harap,Allah akan bukakan pintu hati dia untuk tidak terus berperasangka buruk pada aku.Dan tunjukkan kebenaran. Makin hari,aku makin sayang pada dia.. 
Tapi dia makin benci pada aku.. Masih ada kah harapan untuk aku?
Sesungguhnya hanya Allah yang tahu pengakhiran cerita ni..
Aku terima semua ini jika ianya salah satu ujian buat aku untuk menguji perasaan aku pada dia..
Allah lebih tahu kenapa harus semua ini yang terjadi.
Apa yang aku harap semuanya akan baik semula macam dulu... AMIN


engkau masih yang terindah
indah di dalam hatiku
mengapa kisah kita berakhir
yang seperti ini

Tuesday, December 27, 2011

Semuanya Tak Ada Lagi


Aku rasa macam baru semalam aku dengar dia melafazkan
azan ditelinga menyambut kelahiranku..
baru semalam dia tatang aku dengan penuh kasih sayang..
baru semalam aku rasa dia memanggil nama aku
balik kerumah kerana hari makin senja.
baru semalam dia menghantar aku kesekolah..
baru semalam dia berasa bangga dengan keputusan peperiksaan aku..
baru semalam dia pesan agar aku sentiasa jaga diri
dan baru semalam dia melafazkan kerisauannya tentang aku...

Tapi hari ini...
aku termanggu sendiri
mengingati segala-galanya dengan air mata
mengingati setiap jalan yang aku lalui dengannya
setiap langkah yang aku tempuhi dengannya
dan susah payah yang aku tanggung dengannya..

Azan,
jeritan,
nasihat,
kerisauan..
kini tidak ada lagi...
Yang ada hanya SEPI...

Kemana aku harus aku pergi
setelah dia meninggalkan aku sendiri begini
melangkah longlai dan tanpa arah tuju
mencari insan seperti dia..

Demi Allah,
aku rindu dia..
aku belum berkesempatan meminta ampun dan maaf dengannya
aku belum lagi balas semua budi dia
aku belum lagi jadi anak yang solehah untuk dia
aku masih perlukan dia

Kalau aku boleh undur waktu
aku nak jadi anak yang baik untuk dia
anak yang takkan pernah melukakan hati dia
menyakiti dia
dan akan menyayangi dia...
Tapi semua itu dah terlambat

Aku redha dengan semua yang tercipta untuk aku
Allah pinjamkan aku seorang lelaki yang baik macam dia
walaupun banyak kekurangan,
tapi dia cukup sempurna dimata aku..

Saat ini,hanya kenangan yang tinggal.
aku harus pandai bawa diri tanpa dia lagi
aku harus tahu yang aku tak ada lagi tempat mengadu
aku harus tahu tak ada lagi tempat aku bergurau senda
dan aku perlu tahu dia sudah tidak ada lagi..

Sesungguhnya Engkau telah meminjam seseorang yang hebat buat aku..
Walaupun sekejap,
ianya sangat bererti..

Abah..Bersemadilah disana dengan tenang
moga-moga Allah menempatkan abah bersama orang-orang yang soleh
kami anak-anak akan sentiasa mendoakan kesejahteraan abah disana..

AL-FATIHAH ... Amran Bin Adam (06.04.1956-19.01.2011)

Friday, December 23, 2011

Kau Lupakan Aku

Aku kenal kau di facebook,
Waktu itu kau sangat baik dengan aku.
Aku juga layan kau dengan baik kerana itu memang sifat aku,
akan baik dengan sesiapa sahaja.
Kau dan aku semakin hari semakin akrab,
itu yang aku tak boleh nafikan.
Walaupun kita tak pernah bersua muka,
tapi kau sangat mengambil berat tentang aku...
Terima kasih sangat.

Dalam perkenalan yang masih baru,
tiba-tiba kau luahkan semua yang terpendam.
Aku tak sangka sepantas ini perasaan kau pada aku.
Aku tahu waktu itu kau sunyi kerana kau selalu dikecewakan.
Aku faham....
Tapi aku tak dapat terima kau sebab
hati aku masih hancur,
hati aku masih lebur,
hati aku masih tertutup rapat.
Aku harap kau faham..

Dua kali kau lakukan benda yang sama,
cuba masuk ke lolong hati aku yang satu ini.
Tapi kau tak berjaya..
Kau seorang yang kuat semangat,
kau masih mencuba,
tapi aku tetap dengan pendirian ..
Aku minta maaf...

Hampir setahun hubungan kita difacebook,
akhirnya aku buat keputusan berdepan dengan kau.
Kau nampak sangat gembira,
aku juga teruja seperti tidak percaya.
Buka apa,
rupa-rupanya kau mengenali adik aku.

Hari demi hari aku lalui dengan kau.
aku tak nafikan aku senang dengan kau,
tapi hati aku sangat keras sebab tak boleh
langsug terbuka untuk kau..
Kau pulak semakin hari semakin pudar perasaan pada aku.
Aku tak kisah lah janji kau bahagia..
Kau punya teman selepas itu,
banyak juga suka duka bersama dia kau kongsi dengan aku.
Aku gembira bila lihat kau gembira..

Tapi langit tak selalunya cerah,
kau cuba buat kesilapan yang sama.
Banyak kali dah aku katakan
kalau dah jodoh takkan kemana,
jangan paksa hati aku
jangan paksa aku untuk menerima kau.
tapi kau degil..

Kau pergi tinggalkan aku tanpa apa-apa pesan,
aku boleh terima kerana aku tahu kemana kau tuju.
Berbulan aku nantikan kau untuk pulang
dan didinding facebook kau juga aku tak lupa menulis sesuatu.
Aku akan setia sebagai kawan kau sampai mati walaupun kadang-kala
kau hanya anggap aku ada bila kau perlu...

Semalam,aku dapat berita yang kau pulang.
Aku gembira mendengarnya..dan aku sangat teruja
Tapi gembira dan keterujaan aku itu hanya sementara
bila kau hanya seperti endah tak endah dengan setiap
pertanyaan aku.
Aku fikir mungkin kau letih,
tapi kau boleh melayan yang lain dengan baik.
Aku faham,
sekarang kau mungkin dah jumpa kekasih dan kawan yang lebih
baik dari aku.
Aku tak marah kau sebab aku juga bukan kawan yang baik pada kau.
Cuma aku kecewa dengan cara kau yang seolah-olah lupa
diri sebelum kau sekarang...
Aku disini berdoa untuk kau semoga kau baik-baik selalu
ditempat orang dan akan jumpa seseorang yang berjuta kali
lebih baik dari aku...
Dan aku...jangan pernah kau tanya lagi apa-apa
kerana aku akan diam sampai bila-bila....
Terima kasih kerana buat aku sedar,
bahawa aku sudah kau lupakan..



Wednesday, December 21, 2011

Bila Kamu Diambil Baru Saya Tahu Kamu Bermakna ...

Malam tu (20.12.2011) macam biasa aku duduk ditempat yang sama.Aku melayan kerenah manusia yang rata-rata berada dilaman muka buku atau dalam bahasa omputihnya FACEBOOK..Dan dalam masa yang sama macam biasa jugak aku akan buka satu-satunya dunia luahan perasaan aku.cewahh! perasaan lah sangatkan? Abaikan !! Dunia tu adalah my BLOG. Satu hari kalau tak buka memang boleh meroyan tahap cipan lah.Tapi malam tu kira-kira jam 11lebih,aku pun access la account.Tiba-tiba password aku tak boleh access.Ya Allah !! dengan gabra tahap azkaban aku pun tekan 2,3 kali.Ingatkan salah password.Keadaan tetap sama.Aku pun bukak lah link blog.Tiba-tiba apa yang aku tengok tu betul-betul mengejutkan dan buat jantung aku hampir berhenti !!!
Inilah yang aku nampak saat aku bukak blog aku.Macam nak gila masa tu.Airmata jangan cerita,meleleh-leleh kat pipi macam tengah tengok cerita korea.Aku dengan pantasnya buat screen capture and post kat wall si hacker ni.Ada yang bagitahu dia ni hacker yang baik.Okey,,aku boleh terima lah kalau kata dia tu baik ke ape sebab apa yang aku nak adalah blog aku semula.Cuba buat sikit perbincangan dengan dia and aku merayu kat dia tolong bagi semula blog aku.Inilah aku,bila sesuatu tu dah sebati dengan aku dan menjadi sesuatu yang aku panggil sayang,aku akan buat apa saja untuknya termasuk merayu,melutut dan sebagainya.Hanya dengan satu matlamat,aku nak semula benda yang aku sayang tu...Hebat tak 'SAYANG' aku?? :D
Lepas beberapa perbincangan (padahal tak banyak pun ckp ngn hacker tu) akhirnya si hacker ni die bagitau akan pulangkan semula blog aku jam 2.00pagi.Hati ni lapang sikit je sebab masih ada 2jam untuk aku tunggu.Tapi malam tu aku tak tunggu sebab badan aku penat sangat + aku hilang selera makan secara automatik lepas apa yang jadi.So,aku pun tidur lah dengan harapan yang sangat tinggi agar aku dapat menaip lagi dalam ini blog besok..

Hari ini,bangun pagi dengan riang nya pergi kerja dan bertambah riang bila aku test bukak link blog dan tengok semuanya dah okey.Aku pun teruskan kerja dan bila aku dah senang dari kerja,aku pun bukak la facebook dan si hacker telah pun komen pada picture yang aku post tu.Dia just tanya dah boleh ke? Aku dengan riangnya pun menjawab boleh !!! Tapi keseronokan aku tu sekejap je.Bila aku nak log in pada blog,masih lagi tak boleh.(aku tak pernah kena macam ni,so aku tak tahu yang hacker akn tukar password)Jantung ni sekali lagi macam nak stop bila tengok password aku tak boleh nak access.Dengan hati yag remuk redam,aku terus tutup lappy dan duduk termenung.Hilang segala mood yang ada.Selera makan jadi hilang semula.Aku hanya ingatka blog je masa tu.Tak ada benda lain yang aku ingat.Melainkan blog aku.Mood down and semua kerja yang aku buat serba tak kena.Nak mengadap muka customer lagi..Urgh !!
Lepas dari lunch,aku cuba-cubalah usha inbox kat facebook.Tiba-tiba aku ternampak ada 1 message dekat 'other'.. So,aku pun bukak lah nak tahu siapa yang send.Rasa macam tak percaya yang aku masih boleh bersama dengan ini blog !!! Si hacker send message tu dah 14jam.Kira-kira dalam pukul 1lebih kot.Aku pun tak kuasa lah nak kira-kira bagai.Yang penting,password aku dah dapat semula..Dengan perasaan riang gumbira,aku pun terus lah log in dan membuat ini entry.Si hacker tak usik ape-apepun..Thanks hacker.. :D

Semalam dan hari ini banyak mengajar aku tentang kesabaran.Dan membuat aku sedar rupa-rupanya blog ni dah jadi sesuatu yang aku sangat SAYANG !!! Aku dah tak boleh berpisah dengan blog ni lagi.Terlalu banyak cerita sebalik penubuhan blog ni.Selagi orang yang membuatkan aku terasa nak wujudkan blog ni bernafas(walaupun dah jauh dari aku),aku akan menjaga blog ni.Sepertimana aku menjaga perasaan aku pada dia..(sedih jap T_T) Betapa bermaknanya blog ni pada aku..Dan itu yang aku baru sedar semalam.

Pada sang hacker,aku tak tahu nak marah ke,nak maki ke sebab perasaan bercampur-baur.Tapi dalam masa yang sama aku nak berTERIMA KASIH kat korang,kalau korang tak ambil dia semalam aku takkan tahu yang dia sangat bermakna pada aku.Dan aku nak marah sikitlah kat korang,janganlah buat kat aku macam ni lagi..Hampir-hampir sakit jantung aku dibuatnya.. :D
Sekarang ni,baru aku tahu,macam mana pentingnya dan istimewanya "DIA" dlm hidup aku,macam tu jugak dengan "BLOG" ni.Aku janji akan jaga kau BLOG !! Macam mana aku sayang "DIA",macam tu jugak aku akan sayang "KAU"

~Kadang-kadang kita akan sedar sesuatu itu sangat penting bila dia hilang dari kita~

Tuesday, December 20, 2011

Kenapa Ni ??

Entah kenapa hari ini saya rasa bosan tak terhingga. Apa yang saya buat semuanya serba tak kena.Kebiasaannya bila mengadap lappy,saya okey je,tapi hari ini serius....BOSAN !!!
Apa yang berlaku sebenarnya ni ?? 
Bila bukak blog jadi tak tahu nak buat apa.Macam orang bodoh yang ditinggalkan tepi jalan keseorangan ! Melihat sekeliling dengan penuh hairan.Korang rasa saya kenapa erk ?? 

Arggghh !! betul-betul tak tahu kenapa dengan saya hari ini !! Tolonglah ! Saya blurr !! blank !! semua ada !!

Sunday, December 18, 2011

Aku Sengaja Biarkan Keadaan Sebegini Rupa



Hari makin gelap dekat luar.Hujan juga seperti tak mahu sudah.Seronok benar membasahkan bumi ini.Hari ini sekali lagi aku sunyi tanpa kamu.Tanpa lihat warna hijau dinama kamu.Aku rasa ,aku cukup kuat sebab sudah hampir 2minggu kamu hilang.Sebelum kamu hilang pun aku dah rasa kamu tak ada.Ya !! Aku sangat kuat.Tersangat kuat sampai hari ini aku jatuh dengan sendirinya hanya kerana ingin menahan kekuatan itu.

Aku tahu kamu kemana.Aku tahu kenapa kamu tak ada.Aku juga tahu apa yang kamu sedang lakukan.Dari awal aku tahu semua itu.Tapi apa yang aku tidak pernah tahu dari awal adalah perasaan kamu.Perasaan kamu pada aku.Kamu biarkan aku melayang-layang diatas tanah ini,melayang didalam angan aku sendiri...Sampai hati kamu.

Setiap kali aku bangun dipagi hari,melihat cahaya yang pertama tembus diruang mata aku,hati ini akan seru nama kamu,fikiran ini akan pasti mencari kamu dan jiwa ini meronta mahu melihat kamu.Aku cuba lawan semua itu kerana aku tak mahu jadi lemah.Aku mahu kuat dan jadi sekuat yang boleh.Kamu pernah marah aku sebab kamu kata aku ini mudah sangat menangis.Ya.. Aku menangis kerana kamu ! Kamu yang buat aku menangis.Selepas kamu berkata begitu,aku langsung tak menangis.Tapi hari ini aku terpaksa menangis kerana hanya tangisan dan airmata ini sahaja yang memahami pedihnya sebuah rasa....

Kamu tahu setiap detik yang aku lalui adalah seperti berjalan diatas duri yang tajam.Pedihnya menahan sakit hanya aku dan Tuhan yang tahu.Walau pedih,walau sakit macam mana sekalipun,aku harus terus berjalan demi menanti kamu.Aku akan terus mengukir senyuman untuk orang sekeliling agar mereka dapat merasa kebahagiaan dibibir aku ini ..Sengsara dihati biarlah aku yang tanggung sendiri.

Dibilik ini gelap gelita..Aku sengaja biarkan keadaan sebegini rupa kerana aku ingin merasa terangnya sebuah rasa.Jari-jemari ini ligat meratah setiap butir abjad yang ada diatas keyboard ini agar ianya akan menjadi sebaris,sebesar dan sehebat sebuah ayat buat kamu.Aku buat semua ini hanya untuk kamu walau aku tahu hakikat disebalik semua ini.Biarlah apapun yang aku tanggung hari ini,aku tahu Allah akan bagi sesuatu yang indah untuk aku..

Andai kata penantian ini hanya sekadar sia-sia,aku akan redhakannya..Kerana aku tahu aku punya pencipta,aku dicipta untuk menjadi hamba dilapangan yang Dia cipta,aku dicipta untuk mengenal apa itu makna kehidupan,dan aku dicipta untuk mengenali kamu supaya aku boleh belajar sesuatu yang dipanggil CINTA... Bila semuanya gagal,aku yakin Dia akan mempersiapkan sesuatu yang lain untuk aku..

Sesungguhnya penantian aku ini benar-benar satu penyiksaan....Kalau itu yang kamu mahu tahu.Pedihnya hanya akan terubat bila kamu muncul didepan aku.Seandainya itu tidak berlaku,biarlah aku tanggung kepedihan ini sehingga terhentinya nafas dan akan aku bawa jauh kesana...

Wednesday, December 14, 2011

Kembalikan Dia Tuhan


Kehadapan Tuhan..
Aku tahu terlalu banyak aku meminta padaMu,
Aku tahu aku selalu melupakanMu,
Aku hanya mengingatiMu
saat aku sakit,
saat aku sedih,
saat aku lemah..

Tapi aku tahu Engkau tidak kejam.
Walaupun aku selalu melupakanmu
Engkau masih mahu mendengar segala apa yang ada dalam hati ini.
Engkau masih mahu memandang aku yang hina ini..

Tuhan..
Aku mohon padaMu
sampaikanlah semua yang ada dalam hati ini pada dia...
Aku tak mampu untuk melakukannya..
Aku terlalu lemah untuk melakukan.

Tuhan..
Engkau yang mencipta apa yang ada dilangit  dan bumi,
Engakau yang cipta segala perasaan yang ada..
Engkau juga yang mengetahui sejauh mana perasaan ini..

Dia semakin jauh dari aku Tuhan....
Aku tak tahu kenapa ini yang Engkau cipta bagi kami..
Aku juga tidak tahu apa yang bakal berlaku nanti antara kami..
Aku selalu bertanya pada diri sendiri
kenapa Engkau cipta pertemuan antara aku dan dia ?
Pertemuan yang sangat indah..

Bila kejauhan semakin menjauh
aku jadi bingung dengan sebuah perasaan yang dipanggil cinta..
Apakah ini hanya untuk dia atau ini hanya ujian perasaan dariMu..
Berikanlah aku jawapan ...

Tuhan..
Kalau boleh aku minta lagi..
Aku mahukan dia kembali lagi pada aku..
Kembali untuk selamanya sehinga Engkau memanggil aku untuk pulang.
Aku terlalu cinta dia
Aku terlalu merindui dia
Aku terlalu inginkan dia

Aku tidak mampu melihat tentang masa depan aku yang Engkau cipta..
Tapi aku selalu berharap agar Engkau ciptakan sesuatu yang indah untukku.
Kembalikan dia kepada aku Tuhan...
Kembalikan semua kenangan aku dengan dia
walaupun kenangan itu hanya beberapa waktu sahaja.

Andai dia yang Engkau ciptakan untuk aku
banyakkan lah cinta dalam hati dia saat ini
agar dia sedar aku adalah yang tercipta untuk dia.
Terlalu banyak aku meminta..
Tapi aku sangat harap Engkau akan sampaikan pada dia
semua ini..
Aku igin sangat dia tahu bahawa dia lah yang aku sayang sekarang..
Biar aku lemah dihadapanMu
Lututku Kopak diatas sejadahMu
Asal Engkau mendengar semua keluhan hati aku .

Kembalikan semuanya Tuhan pada aku..
Aku janji akan menjaganya sepertimana nyawaku
sepertimana kuku aku jika tercabut dari isi akan sakit rasanya..
Aku perlukan dia
Aku perlu dia kembali pada aku...

Saturday, December 10, 2011

Tunggu ...


Awak.. saya nak tulis sesuatu dekat sini.
Walaupun awak tak suka,saya nak jugak tulis.
Degilkan saya?
Semuanya untuk awak...

Saya tak tahu kenapa tangan saya ni nak menulis kat sini.
Oh! mungkin sebab mulut saya tak mampu bersuara pada awak.
Kalau boleh saya suarakan semua yang ada dalam hati ni
saya takkan susah-payah menulis.
Tapi untuk awak semuanya akan saya lakukan.

Saya selalu megharap yang awak akan bagi saya peluang.
Saya nak baiki semua kesilapan saya pada awak.
Saya tak sempurna awak..
Saya lakukan kesilapan,
Saya lakukan macam-macam salah.
Saya tahu semua itu buat awak benci pada saya..

Kalau boleh saya undurkan waktu,
ingin sekali saya undur  saat kita dulu.
Walaupun hanya singkat waktu.. tapi penuh dengan makna.
Kalau saya boleh lihat masa depan,akan saya suluh masa depan tentang kita.

Saya pernah kata,saya akan tunggu semuanya tentang awak.
Awak ingat lagi tak ?
Waktu itu awak tanya saya,apa yang saya tunggu.
Tapi masa itu awak cuma nak tahu yang pertama saja ..
Saya kata..yang pertama ialah saya nak tunggu awak jadi sebahagian dari jiwa saya..
Awak tak balas apa-apa pun.
Tapi saya faham,sebab jiwa awak dah sedia ada pada orang yang terdahulu sebelum saya.
Sebab itulah saya kata akan tunggu awak sampai bila-bila ... Insyaallah..

Saya selalu berdoa sebelum saya tidur,masa saya solat..
Dan dalam doa itu,pasti akan ada nama awak.
Saya akan minta sebanyak-banyaknya dengan Allah..
Sebab hanya Allah yang tahu isi hati saya.
Sejauh mana perasaan saya pada awak.

Awak,, kalau awak memang dah tak boleh nak maafkan saya,
satu saja yang saya harap..
Andai esok atau nanti Allah memanggil saya untuk pulang,
awak jangan lupakan saya.
Jangan lupakan semua kenangan kita yang sekejap itu.
Jangan pernah lupa nama saya ya..
Sebab saya tak pernah lupa tentang awak terutama nama awak.
Sebab saya suka sangat nama itu..

Saya redha apapun yang datang menduga pada saya saat ini.
Biarlah menyakitkan,asal saya masih boleh menunggu awak.
Orang yang saya sayang sampai bila-bila.
Mungkin awak akan kata saya gila,
mungkin juga awak akan kata saya tak faham bahasa..
Tapi saya tak kisah awak..

Awak..sebelum saya tutup mata pen saya ini,
saya nak awak tahu
kalau bintang dilangit mampu membuat malam menjadi indah dibumi,
begitu juga awak pada saya...
Awak terlalu indah untuk saya lupakan ...
Maafkan saya kalau awak marah dengan semua ini ...

Thursday, December 08, 2011

‎~✿..Saya Tak Sempurna..✿~


Sungguh, banyak sangat kelemahan diri..kadangkala, sampai tidak tahu hendak BETULKAN yang mana satu dulu..berlawan dengan kehendak hati, dan sungguh proses MEMPERBAIKI DIRI sangat menyakitkan..PEDIH, kena lawan yang sungguh-sungguh..harus KUAT, CEKAL..paling penting, BERANI UNTUK BUAT..

Saya CEMBURU..cemburu pada mereka yang kuat..
Sungguh-sungguh..
Pada kamu yang berbuat..
Pada kamu yang jujur dengan diri sendiri..
Pada kamu yang ikhlas..
Pada kamu yang cekal..

 KUATKANLAH diri ini dengan kekuatanmu..tampunglah KELEMAHANKU, dengan segenap kelebihanmu, yakinkan aku, kita sentiasa ada Allah..DOA kita dimakbulkan, tapi dengan CARA Dia yang terindah..

Saya PERLU..
Perlukan awak..
SELALU..
Untuk MENCINTAI saya, supaya mencintai Allah..
Menelusuri ketidaksempurnaan bersama-sama itu, INDAH..

Wednesday, December 07, 2011

Rasa Untuk Awak


awak.. kat luar hujan renyai
Langit mendung..
Cuaca suram sangat..

Saya pulak duduk disini sedang memikirkan tentang awak.
Tentang cerita kita.
Tentang apa yang harus saya lakukan.
Tentang apa yang berlaku antara kita.
Tentang semuanya ...

Otak saya ligat memikirkan tentang awak
walau saya tahu waktu ini awak mungkin langsung tak ingat pada saya..
Maaf ya awak,
saya terlalu ingatkan awak..
Saya dah minta  pada Allah supaya lupakan awak dari ingatan saya..
Tapi Allah belum makbulkan lagi.
Mungkin Allah masih nak saya mengingati awak..
Sebab Allah tahu awak adalah sesuatu yang istimewa dalam hidup saya.
Dan Allah juga tahu semuanya tentang apa yang saya rasa pada awak ..

Hujan yang gugur dari langit
seolah-olah mengerti apa yang saya rasakan..
perlahan saja dia jatuh ke bumi ..
Langit menampakkan wajah muram..

Saya masih duduk disini.
ditempat yang sama
hanya untuk megingati awak..

Awak.. semalam saya nampak awak muram
Saya tahu apa yang jadi pada awak.
Saya minta maaf kalau semuanya kerana saya.
Saya ingin sekali berada disisi awak saat awak sedang bersedih
macam sebelum ini..
Tapi awak tak perlukan saya..
Tak apa lah.. saya cuma tengok awak dari jauh saja..
Kalau awak perlukan saya,chatbox dan juga handphone saya sentiasa ada ruang
untuk awak..

Awak... saya tahu awak muak baca semua yang ada diatas dinding bisu ini.
Tapi inilah yang saya rasa..
Rasa pada awak,
Rasa yang mendalam,
Rasa yang tak pernah henti..

Tuesday, December 06, 2011

Si Dinding Bisu


Dia dicipta untuk manusia mengenali antara satu dengan yang lain
Banyak fungsi
banyak cerita
banyak ragam
banyak ilmu yang boleh dikongsi
dan banyak kawan-kawan

Kenal atau tidak semua itu hanya cerita kedua
Yang penting digit yang orang lihat
Kadang-kala digit yang banyak itu seolah-olah satu hiasan
kerana tiada fungsinya.
Ahh .. Tidak apa ! Janji banyak..

Kita meluahkan apa yang terpendam
Luahkan apa yang kita rasa
Mencintai seseorang
membenci seseorang
Menilai seseorang
Semuanya diatas dinding yang sama

Berbangganya bila apa yang kita sampaikan mendapat perhatian
sedangkan yang meyokong atau menyukai itu langsung
tidak faham apa yang kita cuba sampaikan
Semuanya sandiwara bisu sang dinding
yang terconteng

Dia hanya mampu diam bila manusia-manusia ini melihatnya
manusia-manusia ini tersenyum,
ketawa,
marah dan bercakap semasa sendiri
Mahunya ketawa,tapi dengan cara apa ...

Dari dia datangnya cinta dan suka.
dari dia juga timbulnya benci nestapa.
Mengapa perlu berlaku semua ini sedangkan
bukan itu tujuan sebenar dia dicipta...
Manusia oh manusia...
nama saja ada akal,
tapi tak ubah seperti makhluk yang kosong kepalanya ...

Jadikan lah dia sesuatu yang berguna.
Yang mampu kau kejar kecemerlangan dalam kehidupan,
mampu menjana segala rezeki yang ada,
mampu mencipta satu silaturrahim .

Kalaulah dia mampu untuk bersuara
pasti manusia-manusia ini akan mengalirkan airmata
mendengar segala keluh resah
sang bisu bernama
Laman Muka Buku ....

Monday, December 05, 2011

Aku Harap Dia Akan Baca ...


Apa yang aku nak buat malam ni ? Apa yang aku akan dapat kalau aku buat sesuatu ? Aku masih duduk elok diatas kerusi kayu ini dan berhadapan dengan sesuatu yang aku panggil 'lappy'.. Jiwa masih ingatkan dia sebab dalam jam 8.00 malam tadi lampu hijau di chatbox die menyala sekali lagi .. Jantung aku macam biasa , dengan sepantas kilat bergerak laju tanpa hala tuju .. Ya Allah kenapa dengan kau ni perasaan ? Boleh tak kau tolong aku sikit ? Jangan macam ni .. Dia tak ada apa-apa pun dengan tuan kau,tapi kenapa kau lebih-lebih? Itulah keluh hati kecil aku waktu itu.. Tapi perasaan dan hati ini langsung tak mempedulikan apa yang aku bisikkan ..

Aku masih berharap akan ada satu tulisan atau sebaris ayat dari dia yang akan mengubat segala rasa yang ada dalam hati ini. Cukup sekadar 'salam' atau 'hai' .. Setiap kali aku membuka laman buku aku,hanya itu yang aku harap. Bila agaknya harapan semacam ini akan berakhir ? Oh ! Maaflah.. aku seorang yang degil dan keras kepala . Jadinya bila aku mula berazam pada sesuatu aku tak akan pernah beralah .. Maka harapan semacam itu akan aku bawa sampai bila-bila .. Mungkin akan berakhir bila dia sah menjadi milik orang lain..

Aku ini hanya manusia biasa . Aku membuat beribu kesilapan diatas muka bumi ini supaya aku sedar yang aku tak perlu riak atau bongkak dengan sebuah kehidupan. Dan aku juga mungkin disuruh membetulkan diri dengan melihat semua kesilapan . Tapi ada sesetengah manusia tidak boleh menerima kesilapan. Itu aku tak marah kerana dia juga tidak sempurna ..

Bercerita tentang dia, aku sangat merindui semua tentang dia. Semua tentang kenangan aku dan dia .. Kalau boleh aku putarkan semua masa yang ada,aku akan lakukan .. Saat ini juga kalau aku boleh putarkan masa,aku sanggup lakukan apa sahaja ... Ya Allah,sengasaranya perasaan ini.. Tapi aku tahu Engkau maha mengetahui segalanya dan kenapa jalan ini yang Engkau ciptakan untuk aku dan dia .. Cuma kalau aku boleh bertanya ,kenapa mesti dia ??? Kenapa bukan orang lain ? Kenapa bukan lelaki lain ?

Setiap apa yang aku luahkan,aku conteng,aku lepaskan dan aku jeritkan diatas dinding bisu milik aku ini,aku berharap dia akan membaca supaya dia tahu dia tidak akan jumpa wanita lain sehebat aku yang mampu mengukir sebuah rasa tanpa henti ... Mencintai dia sepenuh hati walau dengan separuh jiwa .. Kenapa dengan separuh jiwa ? Kerana tanpa dia sedar,dia telah membawa jiwa aku jauh kesana .. Dan aku tidak tahu kemana dia campakkan sang jiwa itu ... Biarlah !! Kemana pun jiwa aku dicampakkan,aku masih ada separuh lagi untuk dia .. Aku tak boleh lupakan dia macam tu saja ..

Kerana dialah satu-satunya lelaki yang mengubati hati aku yang hancur -lebur ini.. Hati yang hancur kerana seorang lelaki yang meninggalkan aku tanpa alasan .. Pedihnya hari-hari yang aku lalui dengan mengendong serpihan hati. Tapi bila dia datang,hati aku diubati dan hati ini jadi sangat cantik walaupun masih ada parutnya .. Terima kasih sang pengubat hati ..

Oleh itu dia tak mampu aku lupakan kerana aku telah berjanji aku akan serahkan hati ini hanya pada orang yang mengubati .. Tapi bukan hanya itu sahaja alasannya. Hati aku memang terpaut pada dia sejak dari pertama kali aku mengenali dia .. Mungkin cara dia yang memerlukan kasih sayang yang lebih buatkan aku jatuh cinta pada dia ..

Makin banyak aku bercerita,makin kuat rindu ini untuk dia .. Aku pernah berbisik pada sang rindu agar pergi dari hidup aku dan pulang pada dia , Tapi semakin aku mengasak untuk dia pergi,semakin kuat dia berpaut pada aku.. huh ! degil sungguh kau rindu ..

Waktu ini,saat ini dan detik ini,aku hanya seorang ... Melihat dia dari jauh mata dan menyayangi dia dari sedekat-dekat hati.. Melihat kisah hidup dia diatas satu pentas kecil ,melihat kasih sayang dia untuk orang lain,melihat kelukaan hati dia walaupun dia tidak tunjukkan semua itu .. Aku tahu,kerana hati aku ada pada dia .. Kalau lah aku mampu untuk mengisi semua kekosongan yang meraja dalam hati mahupun hidup dia,aku akan menyayangi dan membahagiakan dia lebih dari segala-galanya. Tapi itu hanya sekadar satu angan-angan dan impian yang bila-bila masa sahaja akan musnah dan mungkin juga akan menghempap ketubuh aku dan melukai aku ...

Harapan aku,semoga dia akan nampak semua ini dan akan membaca setiap apa yang aku coretan disini. Kerana berdirinya dinding bisu ini atas nama dia. Aku mahu cipta berjuta cerita dengan dia .. Tapi sayangnya,hanya bertahan beberapa ketika sahaja . Tapi aku tak akan berhenti kerana selagi nadi ini beraksi,aku akan mencintai dia dan aku akan tuliskan segala-galanya tentang dia .. Tentang dia selamanya .. Insyaallah ...

~Kalau awak baca,awak marahlah saya..kerana setiap kali awak marah saya...cinta saya pada awak semakin kuat. Saya suka kalau awak marah saya sebab bila awak marah,awak akan lahirkan banyak perkataan didalam chatbox saya walaupun perkataan yang melukakan..Sedangkan yang saya harap,hanya satu .. Saya tak tahu apa yang awak rasa.. Tapi saya tak pernah silap dengan perasaan saya.. Perasaan yang selalu membisik saya rindukan awak dan saya cintakan awak ... T_T
Maafkan saya juga andai apa yang tertulis ini bakal mewujudkan lebih banyak lagi kebencian awak kepada saya...


Sunday, December 04, 2011

Indahnya Matahari Pagi


Pagi yang indah disulami dengan terbitnya matahari.
Oh ! indahnya pagi .. detik hati kecilku
Aku meneruskan perjalanan dengan langkah yang berani dan yakin
Aku tahu hanya itu bekal untuk aku kenyang sewaktu
Mencari rezeki nanti...

Aku lihat kenderaan berpusu-pusu lalu lalang
Mereka juga seperti aku.
Ingin mencari rezeki yang halal tak kira apa juga jenis pekerjaannya
Kekentalan hati batu ini telah membuatkan tuannya terus menyelusuri
Laluan berliku itu

Ya ALLAH.. terima kasih kerana masih berikan aku kesempatan seindah ini
Masih mampu melihat cahaya matahari mu,
Masih mampu merasa kelembutan tiupan angin mu,
Masih mampu merasa segala perasaan yang kau hadiahkan buat aku..
Syukur Alhamdulillah...

Sesungguhnya,keindahan pagi ini hanya aku yang rasa
Kenapa hanya aku?
Sebabnya bukan semua manusia dalam dunia kerdil ini tahu menghargai seperti aku..
Aku perlu hargai kerana bila sampai masa aku akan pergi tinggalkan semua keindahan ini.
Pergi tanpa aku boleh patah balik lagi..


Saturday, December 03, 2011

Bukan Aku.. Bukan Dendam.. Bukan Kamu


Kat luar rumah hujan.. Basah juga masa aku balik dari kerja tadi. Jiwa agak tak tenteram lepas dia tegur aku di chatbox. Menegur bukan untuk menjernih keadaan ,tapi mengeruhkan lagi keadaan. Kesayuan terus menerus menyelinap disetiap ruang dalam hati.. Jantung ini juga tak lupa memainkan peranan yang sangat dasyat. Berdegup kencang dan rasanya seolah-olah mahu saja dia keluar dari balutan kulit dan daging ini..
Kenapa setiap kali aku ternampak button berwarna hijau galak menyala di laman muka buku dia,dan setiap kali itu juga jantung aku seperti direntap-rentap. Berdebar tanpa henti.. Badan menjadi seram sejuk. Segala-galanya berubah menjadi bergelora.

Dia cuba bertanya pada aku tentang apa yang aku cuba sampaikan pada wall muka buku aku.. Itu semua tak ada kena mengena dengan dia !! Macam mana aku nak yakinkan dia yang telah membenci aku ?? Dari apa yang dia luahkan pada aku tadi,terpancar segala kebencian yang dah tercipta dalam diri dia untuk aku. MasyaAllah,, macam mana aku nak buktikan ?

Dia kata yang aku membenci diri dia dan kekasih hatinya. Yang lagi pedih menusuk hati bila dia kata yang aku menyimpan dendam terhadap dia.. Sumpah !! sebesar kuman pun aku tak menyimpan dendam terhadap dia . Cuma perlu aku akui,aku memang agak geram dengan cara kekasih hati dia yang sentiasa mengabaikan dia .. Kesian kan ? Tapi hanya itu yang mampu diri yang lemah ini lakukan. Aku takut disalah erti kan.

Maafkan aku andai apa yang tercalit didinding bisu itu buat kau terasa hati dan menambah lagi benci yang sedia merajai. Bukan niat aku untuk semua ini. Mungkin hanya kebetulan. Apa pun yang berlaku antara kita selepas ini,aku hanya mampu mengangkat tangan dan berdoa supaya kau boleh memaafkan segala salah dan silap serta segala tingkah laku aku terhadap kau ... Jangan pernah ada benci antara kita .. Kerana dengan menanam benci, menabur baja benci hanya akan merosakkan hati. Maafkan aku sekali lagi teman.. Benar bukan niat aku untuk terus melukai kau. Dan bukan juga salah takdir atau keadaan,malah ianya semua sudah tertulis sejak azali inilah jalan cerita antara aku dan kau ..

Aku telah memaafkan semua tentang kau walaupun kau langsung tiada salah pada aku. Biarlah semua rasa ini untuk orang lain, kerana hati kecil lagi degil ini tidak mahu pergi kepada kau selain perasaan merindu.. Hanya sang rindu yang meronta-ronta ingin kepada kau ..

Aku bukan yang sempurna seperti dia dimata kau,tapi aku cuba untuk menjadi yang sempurna sehingga aku tidak sedar aku melakukan kesilapan .. Kesilapan demi satu kesempurnaan ..Maafkan aku ...

-Entry ni ditulis malam tadi .. tapi terpaksa di update pagi ni sebab line tenet kat rumah laju sangat sampai tak terkejo yop !! hahaha

Friday, December 02, 2011

Sunyi ...

Bilik ini sunyi...
aku tak tahu apa yang buatkan dia sunyi
sedangkan kenderaan lalu dengan cergasnya diluar sana..
ditambah dengan bunyi bising yang datang entah dari mana..
Tapi kau masih sunyi ??

Taya aku pada sang sesuatu yang berdarah biru.
Dari tadi dia berada didalam pelukan jemari aku,
entahkan dia sakit,
dia meraung,
dia lemas..
aku langsung tak peduli ...

Objek empat segi bercahaya eletrik ini sentiasa menemani aku..
Dia tahu yang aku langsung tak boleh berpisah dari dia
kerana sekarang ini dialah satu-satunya kawan yang aku ada..
Bila dia lemah selepas aku menggunakannya,
aku akan cepat-cepat berikan dia bantuan..
hahahaha... jahat sungguh aku menggunakan dia
tanpa belas kasihan..

Tapi aku masih lagi sunyi duduk didalam bilik ini..
Apa yang aku inginkan sebenarnya ?
Aku memang mengarut..
mengarut sebab apa yang tercatat didada blog bisu ini
hanya sesuatu yang terlintas di benak fikiran ...
Tanpa motif..
tanpa tajuk..
tanpa erti.. mungkin...

Biarkan sunyi ini terus bermaharajalela disini
kerana aku akan meninggalkannya sekejap lagi untuk hari ini ..
Biar apa pun yang cuba mendengki..
Aku tak tahan lagi ...
Biarkan aku pergi sang sunyi ...


Aku Tak Marah .. Hati

Aku tak tahu apa yang ada dalam hati aku..
Sebab hati ini dah lama sangat diam dari berbicara tentang dia disini.
Aku tak marah kan kau akan hati,
Malah aku bersyukur kerana doa aku
Dikabulkan.

Tapi,dimana letaknya dia sekarang ?
Diruang hati ini?
Adakah masih selesa berada ditempat yang sama
Atau dia sudah berpindah dan beralih ketempat yang jauh
Dari ruang-ruang yang ada..

Aku tak mampu jawab semua persoalan yang agak agresif bermain dihati.
Tapi aku boleh rasa sayup-sayup kesayuan bila teringat akan tempat dia dalam hati aku.
Adakah kesayuan itu tanda dia masih ada ditempat yang sama?
Ah ! aku cukup tak tahu...

Fikiran terarah pada dia sedangkan otak kosong tanpa pemikiran.
Apa yang berlaku ??
Aku masih tak pasti !!
Tolonglah aku...
Aku mencari akan sesuatu yang sukar untuk ditemui..
Sesuatu yang mungkin jauh tapi terasa sangat dekat..
Iaitu cinta dia....

Copyright©2011-2012.All Right Reserve By ✿CherytaJejaryBisu✿