Sunday, November 27, 2011

Kisah Benar aku |Salam Maalhijrah

Assalamualaikum...
Salam Maalhijrah pada semua yang baca entry ni..
Sebenarnya saya nak buat satu entry yang agak
istimewa semperna dengan Maalhijrah.
Sebuah kisah yang benar *tak tipu*
Moga-moga akan beri inspirasi or ape-apelah 
untuk u all okey !

Nama aku Nor Faizah binti Amran . Aku dilahirkan pada tanggal 07.mei.1987.Kelahiran aku berlaku di Hospital Batu Pahat Johor. Nama aku diberi oleh kakak aku yang sulung .. Aku ada 7 orang adik beradik. 4perempuan and 3lelaki. Aku anak perempuan bongsu. Agak manja dengan keluarga,kasar,lasak,lain dari adik beradik perempuan yang lain.. 

Masa sekolah pulak aku memang tak minat bersukan.Paling benci awal tahun yang sibuk dengan sukan. Tapi bila da besar ni, kalau tak support sukan aku rasa cam aku lah orang paling bodoh sekali .. Support je lah . Nak main memang tak lah . hahaha

Kisah jahiliah aku bermula bila aku bekerja disebuah bandar kat Batu Pahat. Masa tu dah jumpa macam-macam orang and kawan-kawan yang baru . Kawan-kawan sekolah aku ramai yang sambung belajar. Tapi aku taklah sebab aku semak bila ingat homework.*aku tak bodoh* hehehe

Bila dah kerja kat tengah-tengah bandar,and kerja aku tu hari-hari berhadapan dengan orang ramai. So,style and penampilan aku kenalah jaga. Jadinya aku mulalah berfesyen sakan. Tapi bukanlah jenis fesyen yang haruk-haruk okey. Ikut perkembangan semasa . Untuk pengetahuan korang, aku ni jenis yang tak bertudung and memang tak serasi lah dengan tudung.*dulu* 

Dari situ aku mula bercampur dengan macam-macam orang. Ikut group yang top kat tempat aku . Waktu tu tahun 2005.Aku dah aktif dengan kawan-kawan yang extreme ni sejak dari sekolah. Tapi tak ada lah sampai ponteng sekolah ke,balajar hancur ke.Aku belajar masih okey. Stay duduk kelas ke 2 dr 8 kelas.Bila exam stay dlm top5 .. So aku memang tak bodoh la kan ? hahaha

Pada tahun 2003,malaysia penuh dengan kumpulan skuter.Tahun ni dah aktif semula group tu. Tapi masa tahun 2003,skuter Suzuki VS125 yg paling popular .. Bila dapat boyfren naik skuter, rasanya kitalah yang paling hot. Sebab kat skuter tu ade speaker and design cantik-cantik. Aku pun dapat lah sorang boyfren yang ada skuter dengan design yang simple warna merah(Red Devil) .. Perangai pon dah macam 'devil'. hahaha

Bila dah ade boyfren and aku bakal jadi hot,aku pun mulalah tambahkan keextereman style aku. Dari pakai skirt yang panjang,aku mula pendekkan skirt aku.Yelah.. nak naik skuter kan, takkan nak pakai yang panjang lak . Lagi satu cam akak-akak kilang je .. hehehe
Rambut aku yang panjang and comel*prasa jap* tu aku kerat bagi pendek and aku warnakan .. Ikut trend la katakan .. Baju lak sendat abis and kadang-kadang pakai singlet je . Dalam sebulan aku akan spend hampir rm500 untuk beli baju ,skirt ,kasut and accessories .. Semuanya yang branded ! Aku memang gile brand !

Keluarga aku terutama arwah abah,memang baran gile bila aku berubah sampai macam tu. Tapi dia tahu perangai anak die yang kepala batu ni. Sampai masa dia malas nak cakap,dia biarkan aje. Apa yang die selalu cakap pada aku,pandai-pandai jaga diri. Aku pulak kira berjaya lah jaga diri sebab aku memang pantang orang sesuka hati sentuh-sentuh aku and cerita benda -benda yang berunsur 18sx.Boyfren aku pun sekadar pegang tangan aku je .. Sumpah la aku tak suka !! 

Lepas abis je trend skuter tu, aku and boyfren dah tak couple lagi, Banyak hal lah jantan tu .. Tapi dia memang baik ! hehehe.. Aku pun bertukar tempat kerja. Dari bandar aku beralih kedalam shopping complex lak . Butik baju. Masa ni lagi lah extreme.. Sebab orang ingat aku ni chinese ! Berkawan dengan amoi-amoi yang hot,cantik and sosial membuatkan aku lebih hot .. Tapi masa ni aku dah tak pakai singlet lagi sebab aku rasa aku dah besar kot .. malu je .. short skirt sentiasa .. Sebab aku ni tak lah tinggi sangat, so bila pakai short skirt,aku akan nampak tinggi .. hahaha
Masa kerja kt butik ni, aku buat lak perangai lain,aku kawan dengan ramai lelaki .. Tak kira la dia tu single ke,boyfren orang ke..aku tak kisah ! dorang yag cari aku .. so, aku layan kan je lah .. Masa ni gak aku banyak kecewakan aty lelaki .. hahaha.. 
Tapi laki orang aku tak ambik port okey !Aku tak suka kacau laki orang ! Depa tu semua gataiii ! 

Nak jadikan cerita yang tak membosankan, aku bertukar kerja sekali lagi.. Kedai gambar yang agak ekslusif kat Batu Pahat.. Masa ni lah aku berjumpa cinta sejati aku.. Dari sini lah aku mula kenal makna hidup,makna diri aku sebagai seorang perempuan .. Yess !! die berjaya ikat aty aku untuk mencintai die sorang je .. Tapi aku taknak cerita pasal kisah cinta aku,nanti lari tajuk lak .. Senang cerita die berjaya ubah aku walaupun bukan 100%

Dari short skirt aku mula pandai pakai long pants. Aurat lah kan ? Rambut pun dah mula panjang and siap rebonding lagi. Make up bagi sweet . Tapi orang yang berjaya mengubah aku tu,hanya bertahan dengan aku untuk masa 5tahun ..April 2010 dia tinggalkan aku sebab die pilih orang lain .. Tapi alhamdulillah,walaupun aku frust,aku taklah bertindak ape-ape yang bodoh ! aku still dengan keadaan yang sedia ada .. 

Bulan Ramadhan 2010,adalah bulan yang benar-benar merubah aku menjadi yang lebih baik dr sebelumnya.. Bukan baik tahap malaikat,tapi lebih baik dari sebelum ni lah .Pada satu hari 2 , aku nak keluar dengan my sis,my sis ckp, 'kau ni cubalah pakai tudung'.. Aku cuma ketawa je .. aku kate kat dia,macam lah aku ni suka sangat dengan tudung tu .. Nanti pakai ikut trend buat dosa je .. Tapi sebelum keluar tu,aku tergerak hati nak test tudug my sis. Ye lah anak sedara aku yang umur 12 tahun pun pakai tudung,aku ni makcik dia yang dah 20++ tahun takkn tak nak pakai kan ??

Bila aku dah pakai tudung 2, aku pun terus lah tegok cermin .. macam biasa lah kan ? Bila aku tengok je cermin tu,tiba-tba aku ternampak yang muka aku ni memang lain gile ! Nak kate cantik ? cun ? tak tahu lah nak kate apa . Tapi memang lain lah .. Dengan kuasa Allah,aku rasa cam sayang sangat aku nak bukak tudung tu .. So aku pun decide tok keluar dengan pakai tudung . My sis agak kaget la .. Tapi die suka sangat .. 

Bermula dari hari tu,dalam bulan yang baik dari seribu bulan,aku terus memakai tudung .. Langsung tak tanggal.. And semua habit-habit buruk aku, telah pun aku buang jauh-jauh .. Tak nak dah buat semua tu . Aku pun makin dewasa, kalau tak berubah,lelaki mana yang nakkan aku.Aku pun dah tak ade parents. So,aku kene pandai-pandai jaga diri ..Sampai saat ni semperna Maalhijrah,aku terfikir penghijrahan terbesar aku adalah menutup rambut aku dari dilihat orang-orang yang bukan muhrim dan menutup aurat .. Aku harap semuanya akan bertahan sampai aku mati nanti . Moga-moga Allah menerima apa yang aku lakukan sekarang dan akan mengampunkan dosa-dosa aku yang kelmarin ...

Itulah sebuah kisah benar yang aku kongsikan dengan korang . Aku bukanlah manusia yang baik,tapi aku mencuba menjadi yang lebih baik . Aku harap korang pun akan lakukan penghijrahan dalam diri korang pada tahun ni .. Tak rugi sebenarnya melakukan perubahan terutama sekali perubahan kearah kebaikan .. Cuma bila kita cuba kearah kebaikan,akan banyak dugaan .So, hadapi dengan tabah dan tenang sebab tu lah ujian dari Allah .. 

P/S : Bukan nak bukak pekong kat dada sendiri,tapi aku rasa mungkin cerita aku ni boleh membuka mata sesetengah orang yang ingin berubah .. Jangan takut dengan perubahan .. :)


3 comments:

NN said...

yup2... sekurang-kurangnya kita mencuba kan... comel je pakai tudung, keep it up :)
Inspirasi Nurul Ain

susulemakmanis said...

comel dear..teruskan ok..salam kenalan n salam maal hijrah..

FaiezahNajieza said...

thanks dear ... salam perkenalan .. :)

Copyright©2011-2012.All Right Reserve By ✿CherytaJejaryBisu✿