Aku tunggu Dia tunjuk pada aku
sesuatu yang aku anggap istimewa selama hidup
tapi Diam terus diam
lalu uji aku
uji demi uji
sampai aku jatuh tak mahu bangun lagi...
ada satu waktu,
aku jumpa seseorang yang buat aku tersenyum tanpa sebab
menangis bila terhiris oleh ayat kata-katanya
entah kenapa...
aku diam..
cuba biar lelaki itu pergi kerana bisik sang diri
"tak apa,kau bukan cintakan dia"
lalu...
aku biar lelaki itu pergi mungkin dengan remuknya hati
Dia mahu tunjuk pada aku bahawa ini yang aku cari
Dia desak hati untuk rindu
padan muke aku!
kali ini aku rasa kekurangan tanpa lelaki itu
aku cari selagi aku mampu
hati bisik
"kau sayang dia"
"ya! Aku sayang dia!"
Hari ini aku tahu lelaki itu mungkin akan jadi milik aku
bila Dia izinkan..
Aku bahagia..
Aku gembira..
hanya kerana Dia yang takdirkan aku bersama lelaki itu.
Alhamdulillah...
Tuhan, biarkan semua ini sampai nanti aku mati
No comments:
Post a Comment