Saturday, September 14, 2013

Semalam

Semalam--
sedang leka aku mengadap kerja
handphone berbunyi

tok--tok--
Samsung punya default ringtone katanya

aku kerling sikit 
lalu aku swipe bukak skrin
bila tengok ade wechat

wechat itu dah biasa
yang buat aku feel luar biasa bila yang tengok itu
mesej dari sang cinta

tersengih--
berbunga--
maunya, dekat seminggu tak ada khabar berita

sayang,,
sihat tak?
rindu lah... (sticker budak nangis)

mata dah banjir
aku memang kalah bila dia kata rindu 
bukan apa--
aku kenal dia
aku tahu banyak mana rindu dia

Tuhan memang tahu kami sangat rindu

Kalau duduk dalam kem
selalu aku ngadu semua
sakit
suka
memang mengada--

sekarang--
dia ditugas jaga sempadan negara yang mana coverage tak berapa nak ada
maka--
aku simpan semuanya

Kalau hitung rindu yang ada memang tak cukup untuk semua masa
tapi aku harus faham dia bukan untuk aku
dia untuk negara--
Malaysia memerlukan khidmatnya

tak apa--
aku tunggu
selagi aku mampu--

I miss u too b,,
huk huk






Thursday, September 05, 2013

Tunjuk Pada Aku

Aku tunggu Dia tunjuk pada aku
sesuatu yang aku anggap istimewa selama hidup
tapi Diam terus diam
lalu uji aku

uji demi uji

sampai aku jatuh tak mahu bangun lagi...

ada satu waktu,
aku jumpa seseorang yang buat aku tersenyum tanpa sebab
menangis bila terhiris oleh ayat kata-katanya

entah kenapa...
aku diam..

cuba biar lelaki itu pergi kerana bisik sang diri
"tak apa,kau bukan cintakan dia"
lalu...
aku biar lelaki itu pergi mungkin dengan remuknya hati

Dia mahu tunjuk pada aku bahawa ini yang aku cari
Dia desak hati untuk rindu

padan muke aku!

kali ini aku rasa kekurangan tanpa lelaki itu
aku cari selagi aku mampu
hati bisik
"kau sayang dia"

"ya! Aku sayang dia!"

Hari ini aku tahu lelaki itu mungkin akan jadi milik aku
bila Dia izinkan..

Aku bahagia..
Aku gembira..
hanya kerana Dia yang takdirkan aku bersama lelaki itu.

Alhamdulillah...

Tuhan, biarkan semua ini sampai nanti aku mati
Copyright©2011-2012.All Right Reserve By ✿CherytaJejaryBisu✿