Satu bulan....
Aku tunggu tanpa harap
Sebab aku tahu apa kesudahan
Kata aku dalam hati
"kau tak akan datang lagi"
Makanya aku diam...
Aku buat aku lah manusia paling gagah dalam dunia
Mampu lupakan kau tanpa sakit
Aku ketawa
Aku melonjak
Semua kerana nak lupakan kau yang aku rasa semakin melupakan aku.
Bukan sekali kau pernah buat
Tapi banyak kali!
Sampai aku rasa mahu saja matikan hati
Tapi aku hairan kenapa dengan kau aku langsung tak boleh matikan hati
Kau datang lagi
Dengan alasan yang aku anggap remeh
Tak masuk akal
Kau serabut lalu aku kau tinggalkan?
Tempat apakah aku ini pada kau?
Bukan aku benci tapi aku bersyukur kau kembali
Ianya seolah-olah hadiah hari lahir yg paling mahal aku dapat walaupun belum sampai masanya...
Aku mohon sekali lagi...
Bila kau dah kembali,
Tolong jangan pergi lagi
Terlalu sakit aku nak hadap
Aku nak telan...
Jika kau mahu pergi lagi
Pergilah...
Jangan pernah kau kembali
No comments:
Post a Comment