Kau mungkin boleh diam bila orang langgar bahu kau
Kau mungkin boleh diam bila orang maki kau
Tapi bila orang mula bercerita tentang sesuatu yang ditokok-tambah
Siapa pun tak boleh terima!
Orang bisu pun akan menghentak kaki tak setuju..
Aku boleh terima jika cerita itu betul lagi sahih
Tapi bila ditokok-tambah,
Memang aku tak boleh terima
Bercakap tentang darah daging aku
Memburukkan darah-daging aku
Sesuatu yang mencabar kesabaran
Jangan pernah bakar api depan aku
Sampai terasa kedalam hati
Takut nanti aku bakar kalian sekali
Sumpah!!!
Aku tak boleh terima
Aku rasa sebal membuku dalam hati
Mahu saja aku lempar semua rasa dimuka mereka
Biar mereka tahu apa yang aku rasa!
Jadi manusia biar manusia yang waras
Jangan hanya waras tapi akal entah kemana
Bercakap serupa tin kosong
Disepak orang masuk longkang
Ditiup angin berguling entah kemana!
No comments:
Post a Comment