Friday, April 26, 2013

Cerita Hati

Dah banyak kali orang sekeliling menyuruh aku berjalan kehadapan tanpa menoleh kebelakang lagi. Ada yang kata aku takkan dapat apa-apa bila aku terus disini menunggu sesuatu yg tak pasti. Mereka kata bila kita terlalu berharap kita hanya akan dapat sakit. Aku tak nafikan apa yang mereka kata. Bukan sekali aku pernah rasa sakit,tapi banyak kali!

Perawat Hati

Bila hati kau dihancurkan oleh orang yang paling kau sayang bertahun-tahun,kau memang tak mudah nak ubat kan? Kau akan tutup rapat hati kau sampai tak ada seorang pun yang mampu masuk! Sebabnya kau taknak hati kau bertambah hancur dan dalam masa yang sama kau masih sayangkan si penghancur hati itu.
Tapi... Bila takdir tuhan menetapkan kau akan jumpa dengan seseorang dan dialah perawat hati,kau memang tak boleh menolak. Kau takkan pernah sangka dia mampu merawat hati kau sedangkan kau anggap dia sama seperti manusia lain. Hati yang hancur mana mungkin boleh jadi cantik lagi...

Rasa Baru

Orang kata "Allah akan temukan kita dengan orang yang salah sebelum Dia temukan dengan orang yang tepat." Beberapa tahun dulu sebelum aku terluka,aku langsung tak faham apa maksud ayat itu. Tapi bila dia yang aku paling sayang dan aku harap jadi separuh dari jiwa aku pergi dan tinggalkan aku,baru aku faham. Dia memang orang yang salah yang sengaja dihantar pada aku untuk aku belajar banyak perkara. Mencintai,menyayangi,mengasihi dan tersakiti..
Bila Allah mula bawa dia pergi untuk orang lain aku perlu sedar bahawa bukan dia sahaja yang terbaik. Aku yakin akan jumpa yang lebih baik dari dia walau hati belum benar-benar mampu melupakan. Ternyata aku menjumpai seseorang yang lebih baik dari dia. Dan dia memberi rasa yang baru kepada aku. Rasa yang hampir aku lupakan. Jatuh cinta....

Waktu Yang Salah

Kadang-kadang kita akan bertemu dengan seseorang pada waktu yang tepat tapi orang yang salah. Begitu juga sebaliknya... Kita rasa dunia sangat tidak adil bila dia yang tepat tapi waktu tersangat salah. Ataupun waktu yang tepat tapi orang yang salah.
Aku tak tahu samada dia orang yang tepat tapi waktu yang salah atau sebaliknya.. Dia punya cinta,aku tak punya cinta. Adakah aku perlu menyalahkan waktu?

Terima Takdir Allah

Sedar tak sedar dah 3tahun cerita cinta tak kesampaian berlalu dan setahun enam bulan rasa baru hadir dalam hidup. Semakin melupakan cerita sakit dan cuba ganti dengan cerita indah walau bukanlah terlalu indah. Tapi bila kau mampu menggantikan hati untuk yang lain kau telah berjaya melangkah kehadapan. Dan sekarang sekali lagi aku tersangkut dengan hati yang sering terluka. Tapi bila sayang mengatasi segalanya kau tak mampu lakukan apa-apa. Setia disini menanti sesuatu yang tak pasti. Kadang-kala menangis,kadang-kala tertawa bahagia. Apa yang diharap takdir Allah akan jadi indah bila kesabaran dipertaruhkan. Yang pasti hati milik dia yang aku tak pasti punya rasa sama atau tidak.
Semoga Allah terus beri kesabaran untuk menanti jika dia yang terbaik. Jika tidak tolong ajar hati aku untuk melupakan dan redha....

Sekali kau lafaz sayang, tak mudah untuk kau lepaskan...

Sunday, April 14, 2013

Manusia

Kau mungkin boleh diam bila orang langgar bahu kau
Kau mungkin boleh diam bila orang maki kau

Tapi bila orang mula bercerita tentang sesuatu yang ditokok-tambah
Siapa pun tak boleh terima!
Orang bisu pun akan menghentak kaki tak setuju..

Aku boleh terima jika cerita itu betul lagi sahih
Tapi bila ditokok-tambah,
Memang aku tak boleh terima

Bercakap tentang darah daging aku
Memburukkan darah-daging aku
Sesuatu yang mencabar kesabaran

Jangan pernah bakar api depan aku
Sampai terasa kedalam hati
Takut nanti aku bakar kalian sekali

Sumpah!!!

Aku tak boleh terima
Aku rasa sebal membuku dalam hati
Mahu saja aku lempar semua rasa dimuka mereka
Biar mereka tahu apa yang aku rasa!

Jadi manusia biar manusia yang waras
Jangan hanya waras tapi akal entah kemana
Bercakap serupa tin kosong
Disepak orang masuk longkang
Ditiup angin berguling entah kemana!

Copyright©2011-2012.All Right Reserve By ✿CherytaJejaryBisu✿