Semakin hari kita semakin jauh
Bila ditanya,
hanya pertelingkahan yang wujud
Diam tiada jawapan...
Aku faham tentang kita
Tentang kita yang tiada apa-apa
Aku merindu disini
Engkau membisu disana
Hanya Allah tempat mengadu rasa
Semoga Dia sampaikan kepada engkau
Aku sangat berharap jika engkau sentiasa selamat
Sentiasa bahagia
Dan sentiasa berada bersama orang yang engkau sayang...
Aku disini..
Hanya mampu melafazkan doa
Tanda kasih dan bukti bahawa engkau sentiasa ada dihati...
Tolong jaga diri
Aku tak mampu terbang untuk berada disisi engkau
Tapi aku layangkan doa menerusi tuhan...
Dan aku harap engkau akan rasa
Tolong jaga diri...
Kerana esok atau lusa mungkin aku akan mati
Dan tak ada lagi manusia seperti aku yang akan terus menanti
Menanti jawapan yang tak pasti...
No comments:
Post a Comment