Sunday, March 17, 2013

Bila Sayang

Kalau kau sayang dia
Apa saja sanggup kau buat untuk dia
Sama ada dia tahu atau tidak!

Kau tak pernah minta untuk kenal dia
Kau tak pernah minta untuk rapat dengan dia
Kau tak minta untuk sayang dia

Tapi...
Tuhan dah siapkan semuanya
Semuanya untuk kau dengan dia
Sesuatu yang kau langsung tak boleh nak halang!

Dia datang...
Kemudian pergi..
Bukan baru sekali tapi dah banyak kali..
Kau dekat sini
Tunggu dia penuh pasti!

Walau hati kau dah hancur berkali-kali
Kau tetap pasti

Dia mungkin lelaki yg tak akan kau jumpa lagi untuk lain hari
Kerana dia cukup istimewa
Dia jugalah penyembuh kau punya hati
Dan mungkin akan kau sayang sampai mati

Hati kau dia bawa pergi
Jiwa kau dia heret sekali
Tapi mungkin dia tak sedari

Kau akan sayang dia sampai mati
Itu satu janji
Selagi Allah bagi
Walau kau tahu satu hari dia akan pergi :'(

Nota kaki: Bila kau mula menangis kerana dia,bermakna kau dah mula sayang dia dan akan sayang sampai mati... Dan jika kau ada kat tempat aku,kau akan tahu kenapa aku macam ini. Sebabnya... Aku tak mahu dia pergi...

No comments:

Copyright©2011-2012.All Right Reserve By ✿CherytaJejaryBisu✿