Tuesday, July 03, 2012

Jauh Dalam Dekat

Kadang-kadang aku rasa macam aku tak wujud dalam dunia nyata dia.
Aku rasa benar-benar wujud bila dia memerlukan aku.
Aku tahu tempat aku dimana, tapi tidak perlu buat aku begini.

Diam.. diam.. dan diam...
Hanya bersuara saat dia bertanya
aku tidak mahu bersuara tanpa hala

Jauh.. jauh.. dan semakin jauh
dia mula menjauh saat aku setia menanti
entah kenapa aku pun tak pasti

Dia mendekat saat aku aku mula lelah dengan setia
saat aku mahu menjauh,dia segera datang.
kenapa buat aku macam ini ?
Dimana letaknya salah aku?
Andai aku bukan pilihan hati,
jauhkan aku dari sini
jauhkan aku dari hati..

Jangan bagi aku harapan
jangan bagi aku penangan cinta
jangan bagi aku segala-gala..

Nanti aku sakit
nanti aku bakal benci
nanti aku akan pergi..
Bagitahu aku apa mahu kamu
jika aku mampu, aku akan lakukan..

Aku juga manusia dicipta punya hati
andai ia dilukai.. sakitnya sama seperti apa yang kamu rasai..
Jika benci ...
Biarkan saja aku pergi membawa hati ...


No comments:

Copyright©2011-2012.All Right Reserve By ✿CherytaJejaryBisu✿