Saturday, May 26, 2012

Terlalu Sakit

Salam .. Erm,, minggu ni adalah minggu yang mana aku TERLALU penat dan sibuk dengan kerja yang tak pernah nak habis. Tak pernah nak habis tu jangan percaya,memang tipu. Hari-hari pun kerja habis cuma kadang-kadang rasa macam taknak habis.

Mula dari hari isnin banyak sangat photoshoot yang perlu disettlekan. Dari konsep yang romantik,konsep funny,dan yang paling aku teruja nak buat adalah semalam iaitu konsep tentera. Macam konsep Schawal tu.. Tapi yang ni tentera laut. Location kami di Batu Layar Kota Tinggi Johor. Wahh ! memang best ,walaupun aku ni cuma 2nd camera je,tapi teruja yang amat sangat !

Bila dah teruja tu memang tak ingat lah yang panas terik bakal membakar kulit muka,angin yang bertiup kuat buatkan pasir masuk mata. hehe .. mane de pasir masuk mata :P
Tapi kulit memang masak garing kat sana. Panasnya masyaAllah .. tapi semuanya terubat bila tengok laut. Mungkin ada yang belum tahu aku seorang manusia yang terlampau cintakan laut ! Kalau boleh aku nak bina satu banglow yang indah ditepi laut. Best kan ? erm,, tapi memang tak boleh lah .. Apa yang buat kan aku lebih teruja adalah bila dari tepi pantai tu aku dapat tengok kapal-kapal dagang yang berlabuh. Cantik !! Walaupun nampak kecil,tapi cantik sangat ! Kalau malam lagilah cantik sebab akan ada lampu..

Bila dah banyak sangat kerja,pasti ada sebahagian badan yang mogok. Bangun je pagi tadi rusuk sebelah kanan aku sakit sangat ! Rasa macam apa aku pun tak tahu nak cakap...tapi gagahkan juga bangun dan pergi kerja. Minggu ni juga paling gile bila kitaorang semua gerak pergi location seawal jam 0400. Mata memang tak boleh nak bukak lah kalau time-time macam tu nak keluar kan? Bangun sahur pun tak awal macam tu,tapi sebabkan aku minat gile dengan photography ni dan kerja ni aku yang pilih aku buat juga asalkan aku puas ! Malaysia boleh ! Faiezah juga boleh ! hahhaha

Tapi yang tak boleh bila sakit aku langsung tak kurang,menahan sakit dan buat-buat ketawa depan kawan-kawan. Bukan hipokrit,tapi saja taknak menyusahkan orang lain selagi aku boleh tahan. Bila dapat stop and rehat sekejap,aku duduk termenung lihat ombak yang menghempas pantai. Sama macam manusia ,sekali ombak bah,sekali pantai berubah.. (tak tahulah betul tak peribahasa tu)
Lupakan pasal pantai tu semua ,aku cuma nak bagitau yang aku busy sangat dan sakit sangat dekat rusuk ni. Macam nak jerit je kuat2 ! Kalau ada boypren kan best.. boleh bagi semangat sikit.. hehe *gatal*
Okeylah guys, mata dah mengantuk sangat ni.. jumpa lagi nanti ..

Wednesday, May 23, 2012

Duhai Indah...

Aku suka pada laut dan pantai...
Walaupun laut dan pantai selalu buat aku jadi kecil,tapi deruan ombaknya mampu membuatkan semangat aku jadi besar. Angin yang menerpa disetiap rongga tubuh membuatkan aku tenang dan nyaman..

Aku suka lihat bintang..
Kerdipan cahayanya selalu buat aku memendam berjuta impian untuk orang yang aku sayang. Kesetiaan bintang pada malam buatkan aku yakin bahawa aku juga mampu sepertinya. Kecantikan bintang membuatkan aku rasa semua yang ada dalam dunia ini indah.

Aku suka lihat awan ..
Walaupun awan itu terlalu jauh untuk aku genggam, tapi kecantikannya buat aku ghairah untuk tatap walau cahaya matahari menghalang. Biar sakit sekalipun aku pasti akan lihat awan kerana setiap bentuk awan itu takkan pernah berulang untuk kedua kalinya.

Aku suka berjalan dalam hujan..
Waktu itu bila aku menangis takkan ada siapa yang tahu. Walaupun hujan yang membasahi tubuh terlalu sejuk, itu hanya menguatkan langkah kaki aku untuk terus kedepan.

Aku suka duduk sendiri..
Memikirkan semua keindahan dan cuba membunuh semua kedukaan dan kesengsaraan. Aku cuba cari teman dalam keindahan itu,tapi semua sia-sia. Aku tersenyum sendiri saat mata tertutup. Mimpi memang semua indah.. tapi reality susah untuk kita duga.

Duhai semua keindahan.. teruslah menjadi indah pada aku. Moga-moga semangat aku juga akan seindah itu ..

Monday, May 21, 2012

Pernah Tak...

Pernah tak ...
kalian bayangkan saat kalian masih kecil dan baru menjadi kanak-kanak,kalian terpaksa melihat satu keadaan dimana semua orang dihadapan kalian menangis. Menangis teresak-esak dan tiba-tiba bapa kalian datang memeluk dan berkata "emak dah tak ada" .. Dengan kebatasan pemikiran yang ada,aku hanya diam. Airmata mula mengalir tanpa aku tahu apa ertinya.Mata sayu seorang kanak-kanak hanya lihat sekujur tubuh yang sangat dikenali terbaring kaku. " Kenapa dengan mak? " Itu saja yang mampu aku katakan .
Kenapa ambil orang yang melahirkan aku ?
Kenapa ambil orang yang selalu memandikan aku ?
Kenapa ambil orang yang mengorbankan waktu tidurnya untuk menyusukan aku ?
Kenapa ? Kenapa ? dan kenapa ???
Aku diam saat emak diusung pergi.. Entah apa maksud redha,entah apa maksud pergi tak kembali... Yang aku tahu, semua orang bersedih

Pernah tak..
kalian bayangkan seronoknya hidup dengan seorang lelaki yang terpaksa menjadi ibu ?
Melayan kerenah anak-anak sebelum pergi ketempat kerja dan akan masak selepas pulang dari tempat kerja. Walaupun anak perempuan lebih ramai dari anak lelaki,tapi abah tetap menjadi 'mak' pada kami.
Aku.. satu-satunya anak perempuan dia yang degil dan lain dari adik-beradik yang lain. Dari pandangan seorang anak,bukan mudah untuk menjadi kedua-duanya dalam masa yang sama ... Kesian abah..

Pernah tak ...
kalian rasa kebahagiaan yang teramat indah bila lelaki idaman menggenggam tangan kalian dan berkata " izinkan saya 'duduk' dalam hati awak". Sweet kan ? Dunia semua bisu. Yang ada hanya bunyi kencangan jantung aku. Adakah ini mimpi ? atau kenyataan? Yang pasti ianya kenyataan yang tak pernah aku undang. Tetapi aku bersyukur kerana aku telah temui cinta pertama aku..
Pernah tak..
kalian terfikir kebahagiaan dengan seseorang yang disayang itu bukan hanya kegembiraan. Tetapi kebahagiaan itu juga disaat kesusahan.. saat ketawa.. saat menangis.
Bila aku menangis hanya bahu dia yang aku cari. Aku hanya tahu dia sahaja yang mampu mengesat airmata aku..

Pernah tak ..
kalian bayangkan macam mana rasanya bila orang yang kita sayang curang terhadap kita ? Ditipu saat diri masih hidup atas dunia nyata. Betapa butanya aku !
Kenapa mesti semuanya berlaku terhadap aku ? dan yang paling teruk.. kenapa aku tak mampu berbuat apa-apa saat semuanya terbongkar ? Aku hanya menangis ... membazirkan setiap butiran airmata hanya kerana orang yang aku sayang.. Masih berfikir yang dia hanya alpa. Nanti-nanti dia akan balik semula pada aku.. :'(

Pernah tak ...
kalian terfikir hubungan cinta yang dibina selama beberapa tahun akan berakhir dengan sangat-sangat sayu ? bila orang yang kita sayang..
kita percaya..
kita rindu setiap saat..
akhirnya meinggalkan kita dengan sangat angkuh. Lupa akan semua kisah yang pernah tercipta. Hanya kerana hanyut dengan perkenalan yang baru. Insan yang pernah dia genggam tangan,dia janji,dia lafazkan sayang ...akhirnya dia lupakan !
Perasaan tak tergambar bila dia dengan angkuhnya berkata " aku bencikan kau !! "
Apa yang boleh aku katakan saat itu ? Dia ditemani teman yang baru duduk disebelah,tetapi aku bertemankan airmata dan hati yang hancur. Dia pijak hati aku tanpa belas kasihan.. Dia lupa akan semua cerita cinta yang pernah tercipta.
Aku kosong...
Aku sepi..
Aku hilang..
Tak ada lagi kata-kata peawar untuk aku bangkit..
Tak ada lagi bahu yang nyaman untuk aku rebahkan kesedihan..
Tak ada lagi tangan yang akan mengesat airmata saat aku menangis..
Semuanya pergi selepas bertahun bersama aku..
Sungguh... Manusia memang mudah berubah, tapi kali ini aku sudah kenal apa itu erti redha. Dia bukan yang dicipta untuk aku .. Pasti ada hikmah sebalik semua ini. InsyaAllah...

Pernah tak...
kalian bayangkan apa yang aku rasa bila saat airmata mula kering dan senyuman baru igin terukir,aku diduga lagi dengan pemergian dan pemergian..
Tiga-bulan selepas dia tinggalkan aku, atuk menyahut seruan Ilahi. Pergi tanpa balik lagi.. Mujur ada abah dan adik-beradik menjadi penguat..
Lagi hebat selepas enam-bulan insan yang teramat-amat aku sayang pergi juga menyahut seruan Ilahi. Kali ini aku matang ,tetapi bila abah pergi..semuanya ikut pergi.
Kekuatan... semangat.. ketabahan.. semua pergi ! Aku longlai dengan airmata lagi jadi teman disisi. Pada siapa aku nak berpaut ? Bahu siapa lagi nak aku rebah untuk redakan semua rasa ini ? Mahu tidak mahu aku melangkah sendiri dengan berbaki kekuatan yang tak ingin pergi. Apa lagi dosa yang aku buat sampai seawal ini mereka diambil pergi ?
Aku semestinya bagai layang-layang yang terputus talinya ...

Pernah tak ..
kalian rasa diri sangat-sangat jahat bila terjatuh hati pada insan yang sudah punya kekasih ? Bukan aku sengaja..tapi inilah rasa. Dia datang saat aku memerlukan cinta.Tapi sayang sekali,aku terpaksa biarkan dia pergi demi menjaga banyak hati. Tuhan saja yang tahu apa yang terpendam. Demi bahagia dia, aku rela. Aku juga turut bahagia bila dia juga bahagia..

Semuanya pasti kalian mampu bayangkan.. Tapi untuk merasa sedalam mana rasa ini amat mustahil.Aku juga selalu terfikir kuatkah aku dalam menempuh semua dugaan itu ? Dan cukup bersyukurkah aku setiap kali merasa kebahagiaan ? Mungkin sebab itu diciptakan 'redha' supaya manusia tidak mudah melenting dengan setiap dugaan yang datang. Senyumlah selagi mampu untuk mengukir senyum, menangislah selagi belum merasa puas ...

Friday, May 18, 2012

P.E.N.I.N.G

Pening bila lihat manusia yang tak habis-habis hipokrit. Nak jadi apa ? Benci tau dengan kamu si HIPOKRIT ! Dengan ini aku cipta sebahagian gambar dan potret ceritaku yang agak tunggang-terbalik bagi meluahkan semua rasa pening ini.. 

P/S : Jangan korang pula yang pening okey ..  Tapi lebih baik pening dari hipokrit.. nononono!!


Tuesday, May 15, 2012

Rasa Yang Berserabut

Apa yang patut dilakukan bila seseorang yang sespesis dengan kita ambil hak kita ? Apa yang patut dilakukan bila kita mencintai seseorang milik sespesis dengan kita ? kompius tak ? Tak payah la nak kompius sangat kan ?
Lain bunyinya dan lain maksudnya ....

Kadang-kadang aku rasa macam teraniaya bila orang yang aku sayang pergi tinggalkan aku tanpa ada signal merah ke, biru ke, hijau ke.. dia main tinggal je..
Kadang-kadang pula aku rasa macam sangat jahat bila aku mencintai kepunyaan orang. Walaupun bukan kepunyaan dia yang halal,tapi aku tetap rasa berdosa dan jahat sangat.

Selalu aku fikir, apa nak jadi dengan aku ni erk ?
Banyak lagi LELAKI dekat luar sana..

Kenapa mesti bersandar pada cerita pahit semalam untuk berdendam ?
Kenapa mencintai LELAKI yang sudah ada kekasih ?
Buta ke hati aku ni ?
Atau sengaja aku gelapkan sebab cinta itu buta ...

Entahlah...

Aku mula rimas bila si PEREMPUAN yang ambil dia dari aku mula menyebok dan ambil kisah hal-hal aku.. Apa lagi yang dia nak aku pun tak tahu lah.. Dia dah dapat apa yang dia nak . Siap dah ada anak dua lagi. Tak cukup ke bagi aku menangis berbulan-bulan dua-tahun lepas ? Argh !! rasa macam nak cekik je dia kalau ada depan mata aku sekarang..

Menyayangi seorang LELAKI yang meyembuhkan luka hati kita memang indah. Tapi sayang kedatangan aku sangat-sangatlah lambatnya .. Dia sudah punya pilihan hati. Aku pula seolah-olah buta tuli terus-terusan mencintai dia .. Apa pula perasaan kekasih dia bila aku mencintai lelaki pujaan hati dia ?

Pi mai pi mai tang tu juga ...
Aku teraniaya dan menganiaya .. Nauzubillah ..
Aku tak nak menganiaya orang .. cuma apa yang aku rasa sekarang ni natural ..
Tuhan ... tolong aku !!

Nota Kaki : Apa yang aku tulis ni adalah apa yang terlintas difikiran aku saat melayan mukabuku. Berserabut yang amat sangat ..

Thursday, May 10, 2012

Kisah Awak dan Saya

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Kisah kita bermula pada 30.September.2011 bila saya meng-approve-kan awak untuk jadi rakan saya di mukabuku.
Dari " thanks 4 the add ..slamat bekenalan ..." menjadi beribu-ribu kata yang bercampur-baur rasa.

Indah... Itu yang saya rasa 

Pada 05.October.2011 saya berjanji akan menunggu awak. Banyak yang saya janjikan.. Alhamdulillah sampai sekarang saya masih pegang pada janji itu.

Lumrah dalam berkawan, bukan selalu dihiasi dengan gelak tawa. Saya dan awak punya begitu banyak emosi. Terutama saya.. Akhirnya pada 10.October.2011 kita bertegang urat menegakkan benang masing-masing. Awak dengan cara awak banyak menghuraikan semua cerita,dan saya dengan cara yang sangat keras kepala. 
Saya jadi amat terkilan bila apa yang kita gaduhkan hanya perkara yang sangat kecil... Pastinya saya sebagai perempuan,airmata jadi saksi luluhnya sekeping hati.. :'(

Sedih ... semua jadi gelap saat itu

Esoknya,kita masih berkawan. Tapi bukanlah macam mula-mula dulu. Saya masih dingin dengan awak.
Mungkin sebab saya masih rasa pedihnya semalam.. Tapi awak sabar.. Saya suka cara awak.

Bunga yang mula tumbuh semakin kembang dan semakin wangi.. 

11.October.2011 itu juga pertama kali awak cakap 'sory' pada saya. Susah nak jumpa lelaki macam awak. Walaupun salah itu saya yang buat,tapi awak yang minta maaf.. Dalam hari yang sama awk berikan saya satu lagu yang sangat sweet dan comel untuk saya dengar.. SOKO-TAKE MY HEART
13.October.2011 sekali lagi awak berikan saya lagu yang menyentuh hati saya. UNGU-PERCAYA PADAKU awak bagi melalui anak saudara saya. Awak sangat sweet.Teruja bila saya dengar dan macam-macam bermain dalam kotak fikiran. Terima kasih awak ..

Main-main bagi lagu pulak. hehehe
Untuk beberapa hari kta sangat bahagia...

16.October.2011 awak kata akan jauhkan diri dari saya. Terkejut sebab awak tahu apa yang saya tulis pada wall fanpage. Itu bukan niat sebenar saya. Tapi saya terpaksa. Hanya ALLAH saja yang tahu betapa pedihnya saya untuk luahkan kata-kata itu. Semuanya hanya kerana ingin awak bahagia dengan kehidupan awak yang sedia ada. 

Saya sangat bodoh waktu itu...

27.October.2011 awak tegur saya sebab saya letak picture profile tak pakai tudung. Nampak kat situ awak  masih ambil berat pasal saya walaupun hampir dua minggu kita berada dalam zon yang tak begitu baik.
29.October.2011 kita bercerita pasal bola.. hehe... Terengganu vs Negeri Sembilan. Awak kata awak setia dengan Selangor.. Okey.. Saya Terengganu,tapi sayang sekali Terengganu kalah pulak ..

Macam-macam kan kita ni ?

01.November.2011 saya rasa perubahan pada awak .. Awak tak macam dulu lagi. Saya dah macam tak wujud dalam frenlist awak. Tapi awak kata tak berubah pun. Mungkin cuma perasaan saya saja. Saya takut kalau awak berubah..
05.November.2011 awak kata awak rindukan dia. Saya pula rindukan awak sebab dah empat hari kita tak chat.. Dalam sabar,saya bagi awak ketenangan. Sebagai kawan,saya cuba ada dalam apa jua keadaan termasuk dalam keadaan saya cemburu.

Kesian awak ... :(

08.November.2011 giliran awak pula rasa perubahan saya. Padahal saya tak berubah pun. Saya takkan pernah berubah pada awak...
Dalam hari yang sama saya juga send picture kat wall awak. Tapi saya delete sebab tak nak ada yang salah faham.
09.November.2011 kita cerita pasal makanan. Awak bagitau saya awak suka makan apa.
Awak suka makan
-Gulai tempoyak
-Keli goreng garing masak berlada + belacan
-Sayur kobis goreng ,tapi taknak layu sangat
-Telur dadar
-Kicap manis
yang paling kelakar bila awak cakap nak nasi tiga pinggan.. Saya cakap awak ni makan ke ape? terus awak merajuk..

Kelakarlah awak ni...

10.November.2011 saya rasa adalah hari yang sangat gelap untuk saya. Awak terbaca salah satu entry dalam blog saya yang mana saya lepaskan geram pada dia .. Tapi dalam banyak-banyak yang awak baca tu ,ada yang awak salah faham dan buatkan awak serang saya dengan hebatnya dan awak BLOCK saya.. Tapi awak UNBLOCK saya malam tu juga. Alhamdulillah

Sedihnya masa tu,Allah saja yang tahu.

02.December.2011 awak mulakan kata-kata setelah hampir sebulan kita diam. Tapi bukanlah kata-kata yang menyedapkan... hanya menyakitkan . Awak salah sangka lagi dengan saya..
Kita diam lagi..
27.December.2011sekali lagi awak salah faham.. Macam-macam tomahan awak bagi pada saya. Tapi saya cuma diam sebab saya dah taknak gaduh dengan awak lagi. Yang saya nak hanyalah berbaik semula dengan awak macam dulu dan jadi kawan awak semula. Bukan musuh awak...

Api jangan ditambah dengan api.. Kesabaran kadang-kala akan membawa kebaikan. InsyaAllah ...

17.February.2012 saya inbox awak dan minta sesuatu pada awak. Saya minta kalau awak beci pada saya tolong buat sesuatu yang akan saya tahu awak memang dah benci. Jangan terus diam.. Tapi awak tak bagi apa-apa respon pun. Terus diam ..
10.March.2012 sekali lagi saya inbox awak. Kali ini harapan saya tak begitu tinggi sebab ini dah kali kedua. Cuma saya nak awak tahu yang saya tak pernah benci awak walaupun dah macam-macam benda berlaku.. Malah saya makin rindu pada awak..
26.April.2012 tanpa saya duga awak menghantar dua kata yang beri semula harapan pada saya. " Saya maafkan" .. Cukup buat hati lapang.

Terima kasih awak ..

Hari yang ditunggu akhirnya tiba. 07.Mei.2012 genaplah usia saya 25tahun. Cuma satu yang saya nak,ucapan dari awak. Tapi saya tak begitu berharap. Cuma hati saya selalu kata awak pasti akan wish..
Alhamdulillah ... tengahari 08.Mei.2012 awak wish birthday saya. Kaku lidah saya.. jantung bagai nak gugur dan macam-macam perasaan ada... Awak ingat hari lahir saya. Dan untuk pengetahuan awak,ucapan awak sangat bermakna dan terlalu berharga pada saya. Saya rasa inilah hari lahir yang paling bermakna untuk saya.

Hari ini,saya dan awak masih macam biasa. Tak ada cakap. Diam... Saya tetap bersyukur bila awak dah maafkan saya.
Saya selalu kata dalam hati, Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Ada sebab kenapa Allah temukan kita walau hanya dalam mukabuku. Pasti ada cerita untuk kita. Saya tahu banyak orang akan kata saya 'syok sendiri' tapi saya tak kisahlah. Saya tahu tahap mana hati saya. Pertemuan kita memang dah tertulis sejak azali lagi cuma kita tak tahu apa kesudahannya.
Bukan tujuan apa untuk saya ceritakan semua ini. Hanya sekadar mengingati apa yang pernah berlaku supaya kita tahu dimana kelemahan kita dalam sesebuah hubungan. Walaupun kita banyak lalui suka dan duka itu semua buat kita semakin kenal satu sama lain.
Terima kasih awak kerana sentiasa memaafkan saya. Kebaikan awak yang buat saya susah untuk melupakan awak.. Inilah kisah kita yang sentiasa tersimpan indah dalam hati saya..

Dalam apa jua perhubungan,jadilah diri sendiri. Biar mereka kenal kekurangan kita dahulu barulah beri ruang untuk kenal kelebihan kita. Kerana bukan semua orang boleh menerima kekurangan kita dimasa depan.

Tuesday, May 08, 2012

DuaPuluhLima Suda.. Alhamdulillah

Kehadapan TUHAN,
Saya mungkin sangat kecil jika dibandingkan dengan semua yang ada dimuka bumi ini.
Tapi saya tidak takut untuk terus hidup.
Terima kasih TUHAN kerana beri saya kesempatan seindah ini untuk merasa nikmat dunia.

Semalam,
Genap sudah usia duapuluhlima tahun.. Alhamdulillah..
Syukur saya hanya DIA yang tahu.
Bila ramai yang mendoakan,air mata jadi teman lagi..
tapi kali ini ianya teman gembira...

Terima kasih untuk semua rasa yang pernah datang dan telah pergi.. Walau sangat pahit untuk ditelan sebuah kedukaan, tetapi semuaya jadi manis dikemudian..

Tak ada kek...
Tak ada sambutan yang gah..
Tak ada makanan untuk dijamu pada semua..
Tapi ada banyak doa dari mereka yang mengenali..
Hanya terima kasih yang mampu dibalas dan hanya ALLAH yang akan memberi keberkatan kepada kalian.

Saya masih lagi orang yang sama dengan nombor yang berbeza. Takkan pernah berubah kerana inilah saya.

Tuhan... Terima kasih sekali lagi atas segala-galanya.

Sunday, May 06, 2012

InsyaAllah


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Kurang dari tujuh-jam usia aku akan bertambah..
Semoga Allah akan memberikan kesempatan kepadaku
untuk meraikannya... InsyaAllah

with love,
FAIEZA



Wednesday, May 02, 2012

Rasa Hampa

Rasa hampa bila apa yang diharapkan tak menjadi ?
Nak lupakan macam tu je bukan mudah.. Nak tak nak diamkan diri dari cakap dengan semua orang.

Macam nak menangis..

Tapi.. untuk apa buat semua tu? Buat semua rasa kau lemah ? Memang tak lah.. Cuba untuk jadi kuat dari dulu. Tapi masih tetap lemah. cuba..dan terus cuba !

Kenapa dia buat aku sampai macam ni ?
Apa salah aku pada dia ?
Aku kan kawan dia ?
Dia kan pernah sayang aku ?

Banyak sangat soalan yang bermain dikotak fikiran. Tak akan pernah habis. Dan kenapa manusia selalu sangat lupa janji ? Kan senang kalau aku ada kuasa,boleh aku sumpah orang tu dan biarkan hati aku puas ! Puas sampai aku boleh ketawa berhari-hari macam orang sewel..

Nak saja aku tanya kenapa dan kenapa aku dilayan sebegini ?
Menangis seorang diri lebih baik dari bertanya pada dia yang hanya akan menghancurkan hati aku.
eh... tadi kata taknak menangis ?

Nak tak nak menangis juga akhirnya nanti.. Aku hanya seorang perempuan yang sangat rapuh dan mudah lahirkan banyak air mata.

Copyright©2011-2012.All Right Reserve By ✿CherytaJejaryBisu✿