Friday, April 06, 2012

Kalau Abah Ada Hari Ini

Andai hari ini arwah abah masih bernafas dan bernyawa diatas bumi,genaplah lima-puluh-lima tahun umur dia. Banyak benda yang dia rancang pada usia ini sebelum nafasnya terhenti. Aku adalah salah seorang anak dan saksi perancangannya.

Macam mimpi....
Bila hari ini tahun kedua abah dah ada untuk menyambut ulangtahun dia. Walaupun bukan setiap tahun aku sambut dengan dia,tapi terasa sangat berbeza bila dia dah tak ada..

Allah itu maha adil...
Ambil abah walaupun saat kami belum bersedia..
Tapi Allah ambil saat kami mampu untuk hadapi semuanya.

Semoga tarikh 06.APRIL ini akan aku ingat sampai bila-bila.
Aku dah tak boleh nak bagi abah hadiah..
Aku dah tak boleh nak belikan abah kek..
Aku dah tak boleh nak buat abah sedih dalam gembira..

Apa yang aku boleh lakukan..
Hadiahkan abah surah Yassin agar dia tenang disana..
Bacaan surah Al-Fatihah selepas solat dan...
Doa untuk dia sebagai seorang anak yang selalu merindui dia.

Semoga aku mampu untuk melalui hari-hari akan datang tanpa abah dan emak seperti sebelum ini.. Tanpa aku sedar,mereka banyak meninggalkan kekuatan pada aku dan aku juga tak pernah sangka kalau aku sekuat ini. Mudah-mudahan kekuatan ini akan kekal sampai berakhirnya denyutan nadi ini.. Semoga Abah dan Emak berada dikalangan orang-orang yang soleh dan solehah.. Amin..

3 comments:

Anonymous said...

sis pun dah tak ada abah
sama2 doa semoga arwah ayah kita tenang di sana :) amin.

FaiezahNajieza said...

Amin . same la kite .. :(

abgDude a.k.a kai said...

sedekahkan lah al-fatihah kepada yang telah pergi..
semoga roh mereka aman di sana..

- http://encikkai.com -

Copyright©2011-2012.All Right Reserve By ✿CherytaJejaryBisu✿