Friday, February 17, 2012
This is ME !!
Saja buat dekat FB. Tapi sangat-sangat benar kenyataan diatas.*tutup mata*
Ada sesetengah yang aku boleh terima sebab betul.Tapi yang awal tu memang aku susah nak terima dan aku tak tahu lah samada betul ada atau tak.
Punya daya tarikan kepada sesiapa sahaja...OMG !! ade ke? setahu aku daya penolak ada lah kat aku ni?*Gelak*
Realistik... Yakin... Yang dua ni pun buat aku keliru pening bagai Ezlyn dengan Dato M.Daud Kilau. Realistik tu aku tak berapa nak faham lah, tapi yakin tu,kadang-kadang ada...kadang-kadang tak ada yakin langsung..
Sikap panas baran,,YES ! Aku mengaku 101%. Aku memang seorang yang panas baran. Tapi baik hati. *tangan di dada mata keatas*
Yang lain tu memang betul lah. Dan yang paling aku suka 'anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini'. Bangga beb ! *kembang hidung*
Aku pun tak tahu lah macam mana benda ni boleh tafsir sehebat ini ataupun semuanya mungkin kebetulan. Apa-apa pun,setiap manusia yang dilahirkan,pasti punya sifat,kelebihan dan kekurangan tersendiri.Nama pun manusia.Tiada siapa yang sempurna..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment