Wednesday, February 01, 2012
Aku,Dia & FB
Tengok tv9 terlayan pulak cerita melayu yang tajuknya 'Aku,Dia & FB'. Tajuk dia yang interesting tu buat aku nak tengok sangat sampai habis.Tapi tak jangka pulak cerita nya memang masuk la. Aku pun tepacak depan tv tak berganjak.
Situasi macam tu aku sendiri pernah rasa .. Dah ada pasangan(couple) tapi masih mencari yang lain semata-mata untuk keserasian. FB lah tempatnya. Bila dah jumpa someone dalam FB tu,rasanya macam serasi lah sangat.Tapi sebenarnya kita lupa yang kita perlu lalui ketidakserasian tu kalau kita nak cerita hidup kita menarik.
Nama pun manusia mana pernah puas dengan apa yang dia ada,tapi tak salah kalau kita nak cari yang lebih baik kan ? Maksud aku bagi yang belum kahwin lah.Yang dah kahwin tu,better terima saja pasangan apa adanya.Masa bercinta boleh terima,takkan dah kahwin tak boleh kot. Tak aci lah macam ni kan?
Yang masalah lagi satu adalah si mangkuk Facebook !Kononnya nak bagi sesama manusia ni berhubung,tapi berhubung yang lain pulak. Aku bukan nak salahkan FB okey ! lempang sekali.. Aku tahu mesti ade yag bercakap dalam hati cam ni "alah ! tu semua masing-masing punya cara macam mana dia guna". kan? kan? kan? Aku tahu,aku belum habis taip lagi lah. FB ni bergantung pada kita yang guna . Kalau baik,baik lah jadinya..Macam tu juga sebaliknya. Macam-macam lah FB ni. Kadang-kadang aku sendiri pon tak faham.Hubungan yang baik boleh rosak hanya kerana FB. Dan yang best bila yang tak ada hubugan,tiba-tiba buat 'in relationship' pastu tak lama tag picture kad kahwin. Meriah !! Yang tu aku suka sangat-sangat.. Bina masjid melaui FB. Kan bagus macam tu. Ni nak jahanamkan hubungan orang lain. Pokok pangkal hati manusia tu sendiri.Hanya dia saja yang boleh control.
Bak kata Nabil "lu pikir lah sendiri"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
haiiiii awak ;)
jemput la dtang ke blog einaz. ada info penting untuk anda sebagai wanita, punca pad yang diperbuat daripada bahan kitar semula menyebabkan kanser rahim.takut kan..
Post a Comment