Friday, January 27, 2012

Rindu Cerita Dia

Duduk sendiri...
menghadap mukabuku yang langsung tak bagi apa-apa faedah..
buka profile yang mana menarik perhatian..
melayan line berukben yang sangat lembap..
dan...
melihat satu-satunya mukabuku seseorang yang aku rindu...

Lama dia tak tunjukkan diri dalam mukabuku. Aku tak tahu kenapa ? Dan aku tak tahu kemana dia pergi... Dia tak tahu ke aku rindu mati kat dia ? Ahhh !! sah-sah memang dia tak tahu sebab dia tak pernah endah pun pasal aku ! Pujuk hati sendiri dengan kata... 'tak apa..Allah tahu'
Tapi sampai bila nak cakap macam tu? Tolonglah Ya Allah ...

Buka ini blog kesayangan..langsung dah tak ada pasal kegembiraan berjumpa dengan dia. Yang ada hanyalah rintihan hati untuk diarintihan pada yang maha Esa untuk dia, bukti penantian aku,sebuah rasa untuk dia,surat untuk dia dan pengakhiran sebuah cerita antara aku dan dia.. Tak lupa juga rintihan sewaktu aku dituduh...

Aku rindu entry yang lepas tentang dia... yang aku ingat tajuk entry tu
'KENAPA AWAK ISTIMEWA'
'SWEET SONG FROM HIM'
'INCIK NZ IS BACK !'
'KENANGAN TENTANG DIA'
ahhh... banyak lagi ! dan semuanya telah aku tong-sampahkan ! Jangan tanya kenapa sebab hanya aku sahaja yang tahu.. Hanya aku sahaja yang tahu alasannya apa dan kenapa aku padam. Bukan sebab benci dia.. tapi aku harus padam agar semua puas !

Aku juga dah lama tak buat cerita tentang dia.. Sangat lama. Sebab aku dah berjanji akan lupakan dia !! Boleh ke ? Nyatanya aku tak mampu dengan bukti cerita yang sekarang ini.. Tak kan mampu untuk aku lupakan dia sewenang-wenangnya.. Dia istimewa sampai bila-bila !

Tapi kenapa dia biarkan aku lepas dia tahu perasaan aku ? Dia tak kesian dekat aku ke? Atau dia memang sengaja nak buat aku macam ni?
Aku pulak.. Kenapa terus tunggu dia ? Tak tahu ke dia tengah bahagia dengan apa yang dia ada sekarang. Kalau tak,takkan dia biarkan aku macam ni..

Perasaan !! memang selalu macam ni.. Buat  manusia gundah-gulana. Tak keruan dan macam-macam lagi. Walaupun rindu ini dah sarat sangat,tapi aku tak boleh berhenti dari terus tunggu dia. Hanya mukabuku dia sahaja yang boleh ubat semua rindu ini. Tapi untuk seketika.

Persetan semua perasaan !! Tumpu pada hidup dan cuba jadi yang terbaik jika mahukan yang terbaik.. InsyaAllah... Allah maha mendengar dan melihat. Dia akan nampak dan dengar apa yang aku rintihkan..

RINDU KAMU.... nz

Thursday, January 26, 2012

" Kenapa dia muncul semula? "

Petang yang bising di rumah aku, saat aku sedang melayan kanak-kanak yang memanggil aku 'Aunty Izza' tiba-tiba handset buruk aku berbunyi bagitahu ada seseorang yang mengirimkan pesanan buat aku. Samada pesanan manusia ataupun automatik aku pun tidak tahu.
Bila telefon buruk yang banyak jasanya itu dah berada dalam pelukan jari-jemari,aku pun membuka pesanan itu degan penuh tanda-tanya.. Tiba-tiba alangkah terkejutnya bila nama yang aku lihat itu satu nama yang hampir 4bulan tak muncul dalam telefon aku !MasyaAllah..Betul ke apa yang aku tengok ini ?
Bukan nak puji diri,tapi aku punya hati yang baik sebab bila sesiapa sahaja yang buat sesuatu dekat aku,aku pasti boleh maafkan dia jika niat dia baik dengan aku !
Membalas dengan hati yang ikhlas itu pasti,tapi tak tahu apa niat yang mengirim..

?... ini sahaja yang aku dapat waktu itu.
Apa? itu sahaja yang aku tanya dengan balasan.
Respon yang baik dari dia.Lama dah kami tak mengirim pesanan.Dia mungkin sibuk,aku juga terluka dengan cara dia.Allah sahaja yang tahu kenapa dia lakukan sedemikian pada aku.Mungkin dengan cara begitu dia lebih bahagia..Aku terima..
Banyak rupanya soalan yang bermain difikiran dia tentang aku. 4bulan seperti 4tahun tak bertanya. Aku tahu dia ingat aku..tapi perasaan manusia kadang-kala punya racun yang lebih berbisa dari racun tikus. Maka dilupakan sahaja perasaan itu.
Aku juga punya soalan yang agak besar bermain difikiran.
" Kenapa dia muncul semula? "
Aku tak mahu tanya dia sebab aku tak mahu dia berkecil hati dengan pertanyaan aku. Biarlah masa menetukan.
Yang pasti,aku dah lumpuhkan semua
perasaan...
janji-janji...
dan semua kenangan dengan kau !
Cukup !!!

Aku terima kau sebagai kawan dengan sebab aku tak mahu ada musuh atas muka bumi ini dan tak mahu kehidupan aku diconteng dengan perasaan kebencian.
Kau faham kan?
Jangan kau pernah tanya aku lagi...

Jika kau datang dengan niat kau ingin berkawan tanpa bawa perasaan yang lepas, aku terima dengan gembira. Tapi jika sebaliknya,aku minta maaf... Kau tak layak lagi !Luka yang kau tinggalkan masih ada didalam hati ini..
Sakit !
Pedih !
Aku masih boleh rasa..

Terima kasih Kapten Mohd.Najib Bin Mohd.Radzi ..
Kau bagi aku satu pengertian yang bercinta tak semestinya bersatu.. Dan selama mana kita dengan seseorang,belum tentu kita sudah mengenali mereka ....
Jadikan aku hanya kawan yang boleh berkongsi cerita,
boleh mendengar dengan baik...
dan.. boleh membantu saat kau perlukan...

Thursday, January 19, 2012

Dah Setahun Abah Tinggal Tanpa Pesan

Sembilan belas hari dalam tahun dua ribu sebelas.. Tak tahu apa takdir aku hari ini sehinggalah tepat jam lima setengah pagi aku dikejutkan dengan bunyi telefon yang menghentikan mimpi indah aku. Panggilan yang sama sekali tak aku fikir akan aku dengar.
“Kak..abah makin sesak nafas.Datang hospital cepat !”
Kata-kata itu buatkan aku terdiam dan jantung seolah-olah bagaikan nak gugur. Adakah benar apa yang aku dengar ni atau hanya sekadar mimpi? Mimpi yang hanya ingin menakut-nakutkan aku? Hampir lima minit aku terdiam diatas tempat aku terkaku setiap malam. Aku masih memikirkan adakah ini mimpi atau realiti yang harus aku lalui? Tiba-tiba aku tersedar inilah realiti dan mungkin juga akan menjadi sebahagian takdir malah sambungan cerita hidup aku untuk hari ini. Dengan pantas aku mendapatkan kakak aku yang masih lena. Kami seolah-olah kaku dengan apa yang berlaku. Demi Allah..aku belum bersedia dengan sebarang kemungkinan.
Tapi takdir memang tak pernah rasa kasihan pada kita. Jika dia mahu jadi,dia akan terus jadi tanpa memikirkan sama ada aku sedia atau tidak. Dalam perjalanan aku kehospital sekali lagi telefon aku berbunyi. Yang tertera disitu nama ‘ABAH’.. Aku cuba harapkan sesuatu yang lebih baik dari kata-kata tadi. Tapi apa yang aku harapkan nyata jauh dari sangkaan.
“Kak... Abah dah tak ada ! Abah dah meninggal..”
Tak terhitung beratnya beban kata-kata tu. Rasanya mahu saja aku rebah saat tu. Takdir kadang-kala memang kejam. Susah nak berpihak pada aku! Itulah yang aku fikirkan sewaktu kata-kata tu keluar dari mulut adik aku.. Ampunkan aku Ya Allah.. Motor yang aku tunggang aku lajukan dengan sekuat hati sebab aku perlu cepat sampai ke hospital. Biarlah apa yang bakal jadi dijalan raya nanti aku tak peduli asalkan aku sampai dengan cepat!
Suasana memang suram pagi tu. Dia tahu walau ceria macam mana pun aku tak mungkin bersama keceriaan.Kami terus ke wad tiga. Bila kaki aku mula melangkah masuk ke wad tiga,bilik yang ketiga,aku dah ternampak dari jauh sekujur tubuh kaku diselimuti dengan kain putih. Itu pasti Abah! Ya! Abah aku yang terbungkam kaku disitu.. Semakin dekat jarak aku dengan tubuh kaku tu,makin longlai langkah kaki ini. Jika seluruh anggota badan ni mampu mengeluarkan kata-kata,aku pasti mereka akan kata ‘kuatlah’ kerana saat tu aku benar-benar hilang seluruh kekuatan. Saat tu hanya airmata yang mengalir deras tanpa henti. Mahu sahaja aku menjerit memanggil Abah,tapi itu hanya menyiksakan Abah.
Aku jadi benci pada sebuah takdir yang meragut semua orang-orang yang aku sayang. Kalau Mak masih ada saat tu,aku pasti boleh menaruh kekuatan pada dia. Tapi sayangnya saat tu Mak tak ada! Mak dah tunggu Abah kat sana. Pada siapa lagi aku nak menagih kekuatan selain adik beradik aku yang tinggal? Tapi mereka sendiri mencari kekuatan seperti aku. Kekuatan yang diragut tanpa belas kasihan. Jika tiada iman,mahu saja aku potong punca nyawa supaya aku boleh ikut Abah dan terus jumpa Mak disana! Tapi aku masih punya iman walaupun iman aku bukan setebal Al-quran.
Bila jenazah Abah siap dimandikan dan dikafankan, jenazah Abah dibawa kerumah nenek. Sampai rumah nenek,aku makin sayu bila lihat jenazah Abah diletakkan ditengah-tengah rumah. Terkaku seorang diri disitu dengan dikelilingi manusia yang mengasihi Abah. Membacakan surah Yassin dan Al-Fatihah untuk Abah.Belum sampai setahun jenazah Atuk diletakkan ditempat yang sama,sekarang giliran Abah pula. Hebat sungguh ujianMu Ya Allah..
Aku pandang seorang demi seorang wajah kakak dan adik-adik aku,aku cuba baca apa yang ada dalam hati dan kotak fikiran mereka,aku pasti semuanya sama macam aku! Abang aku adalah orang yang paling sedih bila dia langsung tak dapat jumpa Abah. Waktu itu dia berada di Pahang. Dia minta kami untuk tidak menunggu dia sebab dia tak mahu jenazah Abah tersiksa. Aku rasa dia adalah orang yang paling sedih waktu tu. Cuma dia tak mahu kakak ,adik-adik perempuan dan adik-adik lelaki dia semakin sedih bila nampak kesedihan dia.
Waktu aku rasakan terlalu hebat berlalu,rasanya aku tak mahu melepaskan jenazah abah! Aku belum puas menatap wajah Abah. Walaupun wajah Abah pucat,tapi tak apa! Aku nak tengok jugak! Baru 24tahun aku dengan Abah,aku belum puas lagi.. Kenapa mesti ambil Abah Ya Allah? Selesai jenazah Abah disolatkan,mereka mengusung jenazah Abah menuju ke satu-satunya tempat yang abadi untuk Abah.
Abah tak akan balik lagi. Abah akan dikambus dengan tanah yang kotor tu. Abah tak kan dapat lagi mendengar setiap kata-kata aku. Abah tak akan ada lagi saat aku ingin menceritakan setiap kegembiraan dan kedukaan. Abah tak ada saat nanti aku dimiliki. Aku ingat lagi sewaktu ada hayat Abah,dia selalu pesan pada aku jaga diri baik-baik.Abah juga selalu menyatakan kerisauan dia terhadap aku sebab aku satu-satunya anak perempuan yang masih bawah tanggungjawab dia. Abah juga takkan senang hati selagi aku belum dimiliki oleh mana-mana lelaki. Walaupun sampai saat Abah pejam mata aku masih belum dimiliki,aku harap Abah pergi dengan tenang. Tapi aku sedih sangat bila nanti sampai masa aku akan dimiliki,Abah tak ada disisi. Aku selalu beranagan-angan mahukan Abah adalah orang utama disaat aku dimiliki. Biarlah.. Allah maha mengetahui apa yang tertulis hari ini. Mungkin Allah ambil Abah dan nanti akan Dia datangkan seseorang yang baik mampu menjaga aku macam Abah.InsyaAllah.. Berat rasanya kaki ni nak meninggalkan Abah seorang diri disitu. Tapi aku harus tinggalkan juga. Itu memang tempat Abah. Satu hari nanti aku juga akan kesitu.
Tinggallah Abah seorang diri tanpa ada sesiapa meneman. Hari tu seluruh alam tahu kesedihan aku. Seluruh alam juga turut bersedih bersama aku. Nampak kuat langkah kaki aku,tapi tak siapa yang tahu aku terpaksa merangak dan mengutip semua kekuatan yang tinggal. Biarlah dengan apa cara sekalipun kekuatan yang aku dapat,aku harus terus berjalan demi sebuah kehidupan dan segala kenangan Abah yang ada.
Dan hari ini...genaplah setahun Abah terdiam dari berjuta kata-kata. Abah jauh dari dunia nyata. Abah melalui hidup yang aman disana.InsyaAllah.. Dan aku,masih lagi disini,setia mengingati,merindui kasih sayang Abah,kata-kata Abah dan gurauan Abah. Wajah abah tak akan pernah padam selagi nadi ini beraksi. Biar aku sendiri sepi disini melalui liku-liku kehidupan yang masih sama banyak onak dan duri. Aku perlu siap untuk melalui caci maki manusia sendirian tanpa Abah... Walau perit,walau pedih satu kehilangan tu,aku harus redha kerana inilah sebahagian ujian dariNya untuk kehidupan aku..
Terima kasih Ya Allah kau telah ambil Abah dengan cepat sebab kau tahu Abah akan lebih sakit lagi jika kau biarkan dia hidup lama. Kau uji aku dengan pemergian Mak dan Abah sebab kau tahu aku mampu menjadi lebih kuat walau tanpa mereka. Kau tempatkanlah Mak dan Abah dikalangan orang-orang Engkau kasihi.Engkau cucuri lah rahmat keatas roh mereka. Dan sampaikanlah rindu yang amat sarat dalam hati ini pada mereka.. Sesungguhnya semua ujian yang Engkau datangkan terselit berjuta hikmah.. Akan aku utuskan doa untuk mereka selagi Engkau berikan aku kesempatan....

Wednesday, January 18, 2012

Kini,aku punya dia...

Takdir kita bukan di atas tangan mereka.. tapi diatas tangan Dia yang maha kuasa.
Mereka siapa nak bertanya tentang kita sedangkan mereka tidak punya apa rasa cinta yang nyata.
Kau dan aku bertemu memang dirancang dari awal untuk kita
sama-sama rasa maknanya bercinta..
maknanya kehidupan..
dan maknanya sebuah rasa yang tak boleh dilihat oleh mata..

Banyak orang persoalkan kenapa engkau jadi pilihan ?
Macam tu juga dengan kau.. kenapa aku jadi pilihan ?
Sedangkan kau dan aku boleh cari yang lagi cantik dan hebat untuk pendamping.
Kenapa lah mesti soalan tu yang selalu
kamu..
kamu..
dan kamu ajukan ?
Tak letih ke dengan soalan-soalan yang tentu-tentunya aku tak akan jawab !

Aku cantik...
Dia hensem...
Itu mata kami.. ada siapa-siapa yang nak tanya lagi?
Kalau ada..aku tak perlu jawab sebab aku dah pun bagi jawapan yang sepatutnya..
Mata kamu dan aku sangat berbeza.Mungkin sebab aku dah punya dia,tapi kamu tidak..
Maka,kamu akan selalu nampak keburukan dia tapi kamu langsung tak mahu pandang kebaikan dia yang selalu merajai.

Banyak orang cuba pisahkan aku dan dia dengan cara mereka sendiri.. Tapi cinta punya kuasa yang tersendiri,walau goyah macam mana pun aku masih dengan dia yang aku sayangi.Tak mungkin akan berpisah selagi pencipta perasaan kami masih mengizinkan kami untuk bersatu hati.
Kau..
Kau..
Dan kau....
Cuma seorang hamba yang digelar MANUSIA BIASA sama seperti aku. Seinci pun tiada beza dimata Dia sang pencipta. Kalau aku mahu dipisahkan,tak perlu tunggu kau usahakan.. Dia sendiri akan takdirkan..

Kini,aku punya dia...
Dia punya aku...
Kami bakal bersatu nanti untuk sama-sama menuju syurga hakiki..
Teguh kami pada janji yang tersimpul rapi agar hati tidak terus dinafi..
Biar apa orang kata,
Biar apa orang cerca,
Asal aku tahu... kau dicipta memang untuk aku.. INSYAALLAH

Nota Kaki : Entry ini aku tujukan khas buat cousin tersayang yang bakal menjadi isteri kepada insan yang dia sayang pada 03.02.2012 nanti.. Banyak sangat dugaan mereka tempuh sebelum ini dan Alhamdulillah kalau Allah izinkan mereka akan bersatu...

Tuesday, January 10, 2012

Yang Pertama

Sekejap je rasa dah nak masuk minggu ke 2 dalam bulan Januari dan tahun 2012. Dah lama jugak tak update blog kesayangan ni.Ini adalah entry pertama untuk tahun 2012. Lately ni agak busy membawa diri kesana dan kemari.Dari Batu Pahat ke Kluang, dari Kluang ke Kl dan dari Kl ke Jb pastu patah balik ke Batu Pahat semula.Puas dah naik bas dalam 9hari tahun 2012 ni.. Penatya jangan cerita.. Tapi dalam banyak kali naik bas tu baru hari ni mabuk dalam bas ! Seksanya rasa... Baru saya tahu macam mana rasanya orang yang mabuk mengandung ke,mabuk bas ke ataupun mabuk laut.. Memang seksa yang amat sangat ! Alhamdulillah..tak termuntah dalam bas..
Dalam menempuh kesibukan hari-hari yang agak extreme ni,saya memang langsung tak sempat nak buka my Blog,my Skype,YM and yang paling disayangi iaitu Facebook. Ramai juga yang sedar akan ketidakhadiran saya diwall mereka. Ada juga yang menconteng diwall bertanya kemana menghilang? Rasa cam artis sekejap.(perasan jap)
Saya tak kemana pun. Tapi saya tak nafikan ada sebab kenapa saya menyibukkan diri dan mendiamkan dari semua tu.Sebabnya hanya saya je yang tahu okey? U all x kepoci kan? huhu
Rindu pada blog memang tak dapat dinafikan. Nak rindu kat boyfren,dia belum wujud lagi disisi.Nama pun mausia,bila sesuatu tu dah bagi makna pada kita,pasti kita akan sayang kan? Kalau tak bagi makna pun akan sayang kot.. Ahhh.. lupakan semuanya !
Setakat ni perjalanan 2012 masih lagi lancar cuma hati masih lagi belum benar-benar tenang.Kenapa? Biarlah hanya saya saja yang tahu..




Copyright©2011-2012.All Right Reserve By ✿CherytaJejaryBisu✿