Saturday, January 19, 2013

Dua Tahun Tanpa ABAH

Tuhan...
Masa sememangnya sangat pantas.
Tanpa aku sedar hari ini sudah dua tahun seorang lelaki yang paling aku sayang dan paling aku simpan dalam hati pergi meninggalkan aku.

19.Januari.2011 06:25 Pagi
Engkau menjemput dia untuk kembali kepadaMu

Engkau ambil dia dari kami
Walau kami rebah
Walau kami lemas dalam airmata
Engkau tetap membawa dia pergi...
Kami redha kerana itulah janji yang pasti.
Janji yang mana Engkau hanya meminjamkan dia untuk kami

Pinjam untuk menjaga kami
Pinjam untuk mendidik kami
Pinjam untuk menyayangi kami
Dan pinjam untuk mengajar kami makna kehidupan

Hari ini...
Kami mampu menerima takdir yang Engkau tulis
Takdir yang mana dia harus pergi dulu
Hanya doa yang selalu kami kirimkan
Hanya ingatan yang buat dia 'hidup' dalam diri kami
Sesungguhnya tiada lelaki lain sehebat dia

Tuhan...
Sampaikan salam rindu kami kepada abah
Katakan padanya kami rindu...

Tuhan...
Tempatkan roh abah dikalangan orang-orang yang soleh dan orang-orang yang Engkau kasihi.
Jagakan abah untuk kami...

Al-Fatihah....
Amran bin Adam
06.April.1956-19.Januari.2011

Monday, December 31, 2012

Selamat Tinggal 2012

Hari pertama bangkit dengan harapan
Moga mampu tempuh sampai ke penghujung
Dua kaki untuk tampung semua anggota
Satu kepala untuk menampung berbagai perkara

"Aku mampu...."

Kosong jika hidup tanpa dugaan dan cabaran
Cuba hadap...
Walau airmata menjadi pencerita tanpa dipaksa
Walau kaki menjadi penguat untuk melangkah

Hari berganti hari
Minggu....
Bulan...
Terus berganti
Dimana kemanisan aku tak pernah pasti
Tetapi syukur sentiasa dihati
Allah selalu menemani

Airmata..
Senyuman....
Adalah pelengkap perjalanan sepanjang masa
Jangan ditidakkan segalanya
Itu lumrah yang tak boleh ditolak

2012
Benar-benar mengajar aku menjadi sabar
Menjadi dewasa
Menjadi penerima kenyataan
Menjadi manusia yang selalu redha akan ketentuan

Mereka datang dan pergi tanpa ada henti
Kemanisan menjengah
Kesedihan bertapak
Semua itu mengajar erti betapa hidup bukan hanya satu rasa

Terima kasih 2012....
Aku benar-benar teruji dengan kehadiran kau
Walau aku masih sendirian melalui jalan yang kau sediakan
Namun aku bersyukur...

Selamat datang 2013
Semoga akan ada lebih kebahagiaan nanti
Dan aku harap akan hilang hujan airmata
Dan diganti dengan hujan bunga....
In sha Allah

Friday, December 21, 2012

Saya Tipu

Dah dua minggu saya kirim rasa pasal awak
Awak  cuma diam
Saya dah faham
Sebab saya tahu cara awak

Mungkin awak hormat keputusan saya
Atau memang awak tak pernah endah tentang erti rasa saya
Mungkin juga awak tidak mahu lagi membahas tentang kita

*Hela nafas panjang*

Saya cuma diam
Sebab dah letih untuk bertindak
Bukan putus asa
Cuma kudrat seolah tak berdaya

Saya gagah awak...
Gagah depan semua

Saya lakukan perkara yang sama untuk lupakan tentang kita
Saya yakin saya mampu
Saya pasti saya boleh
Saya mampu lupakan awak

Tapi...
Saya tipu sebenarnya

Buktinya...
Saya masih conteng tentang awak
Saya masih ingat tentang awak

Copyright©2011-2012.All Right Reserve By ✿CherytaJejaryBisu✿